Thursday, April 16, 2009

Aku dan Siti "14 Tahun"


kerap memerhati, tapi hati jarang terpanggil untuk mengisi..
seketika membaca hasil nukilan siti, terus tangan ku gagah berdiri..

ya... juara lagu 96, membuka tirai kepada siapa siti nurhaliza kepada diriku... walaupun ziana zain masih ratu, siti sudah mula mengisi sudut kalbu... lantas minat ku sudah mula mengintai2 untuk mendekati gadis ini yang pada waktu itu masih lagi jauh....

satu persatu langkahku, kususun searah dengan nya, setiap lagu dan albumnya menjadi teman dikala suka duka... setiap cerita dan isu tentang dirinya menjadi mainan jiwa.... apa lagi yang harus ku sua... 14 tahun aku tak pernah berganjak menjadi "kita"..

bermula dengan jawapan di persimpangan hinggalah di taman teman, aku gagah mengingati tiap bait lirik dan kata. berada untuk setiap yang di jayakannya....

14 tahun..
bukan tempoh singkat.. bukan juga tempoh untuk merasa lelah dan penat..
keringat ku walaupun tidak terlihat namun cukup terbayar untuk melihat..
tahun demi tahun bagaikan aliran yang tidak berterminal..
terusan minat yang tidak berganti walau sesaat..

terus,
apa yang harus membuat aku berubah minat..
sudah ku gagahi jalanku dengannya sepanjang 14tahun..
kekuatannya, adalah sebahagian dr diriku..
jd, seteguh mana kakinya melangkah, seteguh itu juga untuk hati aku untuk tidak menyerah...
dulu, kini dan esok....
siti dan aku, akan pasti bersama..

8 comments:

zaffirazaini said...

sob...sob...
walau cara ekspresi yang berbeza...
namun ini adalah satu rasa yang serupa.....
Yang aku, kau dan kita kongsi bersama...
SitiZoners... itulah kita...=)

Rayta87 said...

Hai Fairuz..I was one of the committee members for Malam Kebudayaan Sembilan on march 8th 2009, where you was invited to perform. I am one of Datuk Siti's biggest fans too. And, i wish you all the best and may you excel in showbiz just like her ya.
keep on rockin'!!

Fairuz Selamat said...

testing

Fairuz Selamat said...

rayta.. ya.. tq.. hehehe.. kita same2 sokong siti k.. n doakan fairuz k.. lepas abis blaja ni nak all out for my career..

idasm said...

wah... menariknya bait-bait kata.. membuat hati terus terpana...
tp nape x letak kat laman SZ sana...
best apa....
hehe...

Fairuz Selamat said...

hahahaa.. tu la kak.. biler keikhlasan hati bergabung dengan minat yang tiada bertepi, ayat yang terucap seharusnya menjadi penuh nikmat.... eheeheh...

maksud akak name betol ke?

idasm said...

maksud akak .. nukilan ini letak kat board SZ tu. err.. ke dah letak.. sorilah akak tak perasan... hehe...

Fairuz Selamat said...

ok saya letak jap g,.. ehheeh suke ar bace blog akak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...