Wednesday, October 12, 2011

Nak Sangat Handsome kan?


kalau dah makan... belum masuk lunch time dah tiga kali makan.... lunch lagi.. balik kije lagi... supper tak dilupakan... ahahahh..... lg berangan nak badan mcm ni?.. ahahha... ok3.. fairuz!! WAKE UP..! ahah.. pehhhh aku nak badan mcm no 5 tu weyh.. berdasarkan ukur lilit diameter yg aku sendiri ukur.. aku rasa kedudukan aku kat no2 atau no3 kot... ahahaha,... kalau ia tak dilabelkan sebagai perasan la... wakakakkaaka... ahaha... well.. aku sgt la mementingkan keindahan badan yang dah tercipta tak ckup hot ni... jd mcm mane nak buat bdan mcm ni?... caranya senang je!!.. GYM.. and DISIPLIN..!!! ok3... takleh tangguh lagi... tepi3 sume!!

(Tengah push Up....)

Tuesday, October 11, 2011

Ahmad Jais Meninggal Dunia


 pagi ini aku dikejutkan dengan dua berita sedih. satunya pemergian suami kepada ex-bos aku. kerana masalah kanser limpa.. yang kedua, pemergian seniman terulung negara, seniman AHMAD JAIS. beliau meninggal dunia di Pusat Perubatan Darul Ehsan Shah Alam pada 9.19 pagi tadi. Mungkin aku bukan antara mereka yang lahir atau hidup pada zamannya. kegemilangan beliau merentasi nuansa muzik nusantara.. siapa yang boleh lupa lagu keramat BAHTERA MERDEKA?... keindahan ciptaan lagu DIAMBANG SORE?.. ataupun lagu SELAMAT HARI RAYA yang masih menjadi antara pilihan utama bila tiba hari raya walau usianya melebihi usia aku sendiri?... itulah seniman dahulu.... menyanyi dan bekarya keara kejujuran cinta terhadap bakat dan keindahan seni itu sendiri. perjalanan mereka orang-orang lama ni bukan semudah orang seni sekarang. pernah aku duduk semeja dengan ORANG ORANG LAMA dunia seni ini, dan teman2... bercerita tentang perjalanan seninya... beliau mengakui, penglibatan dlam dunia hiburan ini bukan dilakukan atas dasar duit semata2.. tetapi kerana cinta dan kejujuran. mereka sanggup berkorban wang ringgit demi memperjuangkan maruah seni itu sendiri...



Dan pada hari ini, perginya seorang seniman, sebutir lagi bintang, seorang lagi lagenda seni tanah air, AHMAD JAIS. aku pasti, pemergiannya akan diiringi doa dan peninggalannya juga akan terus dihayati walau untuk 30 tahun lagi. insyaallah.. moga roh beliau ditempat dikalangan mereka yang paling bertuah di sisiNYA.. insyaallah...

Lagi Berita Tentang Pemergian Ahmad Jais:

Monday, October 10, 2011

Tangga gaji BARU.. Budjet 2012....

berikot adalah tangga gaji di bawah sistem saraan baru perkhidmatan awam.. alhamdulillah.. takde la banyak mana kan.. tp lebih bersyukur dr lansung tuhan  tarik balik.... dapat gak 2rat lebih.. leh tmbah2 duit beli susu anak kan... beli lampin ke.... pergi (Redbox) ke.. wakakaka... ni hah.. tgok smpai kepitaman.. sila3.. sila hebohkan.. tp ni budjet 2012 ye.. jgn korang dok histeria kat bank hujung bulan ni yee....


moga malaysia akan terus diberi kekayaan dan kesejahteraan serta kestabilan dr segala segi.. sokongan rakyat kepada apa yg kerajaan jalankan amatlah perlu.. sb bila negara kita stabil.. negara kita maju.. org luar nampak.. org luar suke.. negara kita jd negara maju. pendapatan negara meningkat.. kadar inflasi kurang... hutang kerajaan kurang... insyaallah... taraf hidup kita semua rakyat jelata ni akan ditingkatkan.. insyaallah...

amin3!!!..

p/s: nak g holiday la!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...