Friday, March 19, 2010

Nasyid Feseni 2010

Alhamdulillah malam td.. 18hb mac.. acara nasyid untuk festival seni 2010 telah pun berlansung.. ada 9 kolej bertanding.. dan kolej aku, kolej pertama.. yang aku ajar tak de rezeki lansung tahun ini... dimana dalam 5 tempat pemenang itu, kami tak tersenarai pun.. satu kejutan buat kami semua tatkala turun pentas dan kiri kanan org mengatakan kami telah mempersembahkan yang terbagus..

harapan untuk menjuarai acara ini untuk kali ke4 sgt besar memandangkan ramai yang mahu berundur dr menyertai pada tahun hadapan.. tapi rezeki tak memberi peluang kita menutup itu dengan kegembiraan.. ada bebrapa isu yang aku sendiri bangkitkan berhubung keputusan itu.. lansung tidak menafikan kehebatan kolej lain, dan lansung tak berniat untuk melihat keputusan itu berubah.. hanya inginkan sedikit penjelasan untuk memberi ruang membaiki pada masa2 mendatang..

ingin aku katakan, apa yang kita, kolej pertama, lakukan adalah yang terbaik... dan sentimen itu yang memaksa format dtukar, tidak akan mengubah konsep persembahan kita yang menjadi antara pelopor dalam katagori nasyid festival seni ini....yup.. mengapa aku katakan kami menjadi pelopor.. nasyid di um sudah tertulis sebuah pertandingan nasyid tradisional.. namun kami memberanikan diri untuk menyelitkan unsur2 yang lebih dramatik terutama dari segi persuaraan dan struktur persembahan.... dan bertitik tolak dr keberanian ini, 4 tahun lepas, aku tak segan mengatakan, banyak idea2 kami menjadi bahan rujukan untuk kumpulan2 lain. atau pun mungkin ia kebetulan.. mungkin.. dan ini sendiri diakui oleh ramai pihak... jd dengan berubahnya format.. yang dimaklumkan malam semalam, langsung tidak mengubah konsep persembahan kami.. kerana apa.. kami masih lg dalam konsep tradisional.. dan kami masih lg mengutamakan ciri2 apa itu nasyid..

berbalik kepada kejadian semalam.. sudah tentu untuk aku yang sudah masuk tahun kelima mengajar... merasakan ia keputusan yang paling sukar untuk aku terima. yela.. kali pertama memegang tanggungjawab sepenuhnya sbagai pengajar.. aku perlu menjawab persoalan.. "3 tahun juara berturut2.. tahun ni lansung takde placing... apa jd dengan ukhwah astar?"... namun jawapan optimis aku... ini lah rezeki... mungkin allah nak bg sedikit pengajaran untuk kami.. supaya merasakan juga apa yang kolej lain pernah rasa.. jd pemahaman itu aku jdkan sebagai penguat untuk aku terima keputusan itu...

walaubagaimanapun.... aku masih lgi ingin membawa pengutaraan tentang penjelasan sepenuhnya, diteruskan.. aku masih lgi kabur dengan statement kami terlalu koir... ini sudah masuk tahun ke5.. bukan kali pertama.. jd persoalan ini timbul setelah kami menjuarainya 3 kali sebelum ini?.. terus aku tertanya.. apa itu koir apa itu nasyid.. adakah soprano, mezzo contralto itu HANYA untuk koir?.. jawapannya TIDAK.. kerana ia adalah pembahagian asas dalam nyanyian.. dan nasyid masih lg dikatagorikan sebagai satu persembahan nyanyian.. yang membezakan adalah dakwahnya.. meseg nya... kalau juga mahu dibangkitkan isu kemodenan yang kami serapkan... ini memang lawak la... bukti sepanjang persembahan sgt jelas tentang siapa moden siapa tidak... nak dikatakan masalah teknikal yang memberi impak... itu bukan salah kami.. dan nak ikutkan.. kami paling minima kesalahan teknikalnya... nak dikatakan busana menyimpang.. hurmmm.. tunjuk gambar je kami boleh matikan statement itu.. lagu kami tak menepati syarat?... lg la mengarut... jd apa ya....

sebenarnye.. aku masih lg bersifat optimis dengan kekalahan ini.. kerana kekalahan mendapatkan placing lansung tak menafikan yang kami berjaya membuat persembahan semalam denagn baik.. atleast dr pemerhatian aku... jd aku bersyukur.. aku nampak team bonding yang wujud setelah kami brief tentang kekalahan ini.. bagus juga hikmahnya... bermesyuarah tentang yang akan datang.. cume tu la.. kami mahukan sedikit keberanian untuk mendapatkan hak yang sepenuhnya.. sedikit penjelasan sudah cukup menenangkan..

akhirnya... aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada seluruh team ukhwah astar.. syafik, hadi, amin, hazuan, gaban, raihan, yan, shima, mila, afi, tijah, ein, ika, nisa, dan saida.. juga kepada pembantu aku.. eccehh.. alia.... iwe dan ejin.. kepada team kolej yang membantu.... korang memberikan yang terbaik.. hampir 4 bulan berlatih.. kita mungkin perlukan masa untuk menerima ini. namun 4 bulan itu aku rasakan cukup bermakna buat aku.. kita berjaya mencipta jenama "ukhwah astar" dengan bergayanya.. tu paling utama... kita akan terus mempertahankan ukhwah astar.. aku sebagai antara pengasas ukhwah astar... aku takkan biarkan permata ini hilang.. dan aku mengharapkan junior2 ini ade semangat seperti aku... ukhwah yang terjalin indah ini sgt sedih jika dilupakan mcm tu je..

jd.. sekian terima kasih.... dan tahniah kepada semua 5 kolej yang mendapat tempat.. korang memang bagus guys.. teruskan membuka mata org luar bahawa nasyid um memang terbaik.. terima kasih kepada pihak penganjur.. pusat kebudayaan.. krew DTC sendiri... terima kasih semua...

( penat taip...)


Wednesday, March 17, 2010

MPA 2



takde ape sgt.... 6 mac lepas.. aku g dinner tahunan kolej kediaman pertama... 1. atas jemputan penerima anugerah.. aku menerima anugerah kecemerlangan akdemik untuk bekas warga kolej yang dah grad ngan cemerlang... cemerlang la sgt kan.. huhuhhu.... kedua.. sebagai pembuat persembahan.. mlm tu aku perform 3 lagu.. cinta tak sehaluan, still got the blues ngan save the last dance for me... aahahaha.. ok la.. pada aku so far sume berjalan lancar.. mcm biasa.. aku tak dpt makan ngan tenang.. huh..!!! hah event ni dibuat di putrajaya convension centre.... tu je lah kot...


Tuesday, March 16, 2010

Aku Nak Join Detik..!!

menulis dr meja office.. (meja la sgt...)

hurmm.... tetibe rasa nak tulis tentang detik lepas aku usya blog kakdik... rindu dia... shes great.. great actor.. great friend... hurm.. terus teringat kat detik yg aku persembahkan d pahang november lepas.. sekali dengan syidek, yusry, iqa, hafiz, che am, pae.. dengan team2 produksi yg gempak.. jaja, epul, ita.. sume la.. and... dorang dah berjaya ke kebangsaan.. dan dijadualkan show akan dilansungkan pada minggu pertama april... malangnya aku ada kursus di kemaman terengganu seminggu.. jd aku dengan hati yang maha berat aku menarik diri dr pementasan itu... pengaraha agak kecewa pada mulanya.. tp aku tak punya plhan lain.. tapi tak mengapa.. dengarnya sudah dapat pengganti.. (lebih hebat mungkin).. jd seadanya aku, aku sgt mendokan pementasan itu berjaya dipentaskan dengan gah.. walaupun hanya manifestasi.. dan harapan aku untuk kakdek menang pelakon wanita terbaik dan pae pelakon lelaki terbaik berkecai.. tp ia tetap satu tanggungjawab... aku masih mengintai peluang jika aku boleh terlibat dengan show tu.. really.... aku nak...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...