Wednesday, July 22, 2009

Review APM09



Kurang memuaskan. Itulah apa yang terpacul dari mulutku selesai sahaja Anugerah Planet Muzik 2009 yang dijalankan di Jakarta, Indonesia. Saban tahun dianjurkan di Singapura dan pernah dianjurkan di Malaysia, aku merasakan ini adalah antara penganjuran APM paling kurang memuaskan. Maaf aku hulurkan terlebih dahulu, tetapi sebagai pengikut setia APM sejak 2001, aku memang sangat menantikan APM09 kali ini. Teringin aku melihat kerja-kerja warga Indonesia yang aku rasa sudah mempamerkan kerja hebat mereka dalam arena musik serantau. tapi sayang apa yang diharapkan jauh sekali dari pandangan. Ingin diingatkan, diatas nama seni, aku lansung tidak mendiskriminasikan komentar ini. Ia ikhlas dari seorang yang setia dengan APM untuk 9tahun ini.

Segala yang berjalan seperti tidak kena. Ada sahaja yang menggangu pandangan mata dan halwa telinga. Tidak lagi diambil kira kemenangan yang sangat mengejutkan. Apepun ada juga beberapa aspek yang aku puji. Jadi kita terus kepada komen aku terhadap APM09.



SETTING PENTAS

Agak cantik. Aku suka dengan elemen planet-planet yang bergantung tu. Kombinasi warna yang sangat menarik. Back setting yang menyelitkan unsur-unsur gujerat, juga idea yang menarik. Tetapi kenapa penggunaannya sangat minima?. Oleh kerana setnya yang begitu besar, ia sebenarnya membuat ruang pentas kelihatan kecil dan sempit. Jadi apabila ia kurang digunakan, seperti tidak praktikal. Ruang pentas itu sendiri sebenarnya sudah membunuh elemen "Teater" di situ. Apabila ada artis membuat persembahan, pendangan terhadap artis dan ruang pentas tak menarik. Tiada pengkhususan. Dari pengamatan aku, ruang pentas itu agak panjang ke belakang. Jadi kalau set itu di tarik sedikit ke belakang atau di kompakkan panjangnya, ruang di hadapan pentas itu akan menjadi lebih luas.

TATACAHAYA

Satu-satunya aspek yang aku puas hati untuk APM09 ini. Penggunaan warna yang sangat menarik. Bersatu dengan warna set dan prop. menarik. Menjadikan ruang dewan kelihatan sangat mewah. Cuma aku rasa perlu ada follow spot untuk pemenang. Kerana tiada elemen kejutan dalam aspek tatacahaya lansung apabila diumumkan pemenang. Lagi satu, samada aku yang silap atau apa, tp tada smoke machine ke. sbb lighting direct mcm tu. Takde effect lansung.

MUZIK DAN AUDIO

Kurang memuaskan. Paling ketara apabila Siti Nurhaliza membuat persembahan. Lansung sukar untuk mendengar nyanyian Siti. Audio tak membangkitkan kehangatan APM09. Tiada elemen memberansangkan lansung dalam susunan muziknya. Perjalanan muzik kedengaran hambar sepanjang acara. Audio juga kedengaran tidak stereo. Di corong TV memang audionya sangat kering. Riverb tiada lansung. Entah samada pendengaran di kaca tv atau bagaimana, tetapi memang kurang memberangsangkan. Music performance pun mcm kurang ummph.

PROTOKOL

Juga kurang memuaskan. Apa relevannya apabila setiap kali sesuatu anugerah ingin disampaikan, begitu ramai orang di atas pentas?. Cukuplah penyampai seorang dua dan maskot itu. Sudah mencukupi. Apabila sudah terlalu ramai, artis yang ke pentas seperti tiada hala tuju. Paling ketara semasa pengumuman lagu paling popular dan artis paling popular setiap negara. Lihat saat Siti ke pentas untuk anugerah artis paling popular Malaysia, tidak ada apa-apa yang berlaku di atas pentas. Penyampai membaca nota, dan Siti seperti terbiar dan tidak tahu mahu buat apa. Lagi satu, Pengacara utama APM09, Yang bertiga itu, bukankah sepatutnya menjadi tunggak utama APM09?. Tetapi kemunculan mereka yang diingati hanya pada jam 9.15 dan 11.30. Wajar? Anggota slank tak pakai baju, dan melondehkan seluar. Wajar? Ucapan Arman Gigi yang menyebut tentang media Malaysia di dalam satu majlis yang melihat "pertembungan" 3 negara. Wajar? Susunan anugerah juga seperti ada yang tak kena. Entah kenapa, seperti tiada elemen "exciting" setiap kali pemenang diumumkan, walaupun anugerah utama.

PERSEMBAHAN

Menyedihkan. Ini acara 3 negara. Artis ada beribu. Kenapa harus di undang artis yang sama untuk membuat dua persembahan?. Persembahan ST12 berulang. Adakah kekurangan artis. Kemana Rossa? Kemana Judika?. Kemana Vivi Aldiano?. atau J-Rocks?.. Faizal Tahir juga berulang, Kemana Bob? Atau mungkin Hattan?. Walaubagaimanapun, aku tidak menafikan persembahan banyak yang boleh dibanggakan. Untuk persembahan aku bg kredit kepada persembahan Afgan, Siti dan Faizal tahir. Walaubagaimanapun, positifnya di sini, kita dapat mengenali artis Indonesia yang lainnya selain dari Kris Dayanti, Rossa, Kerispatih, Ungu, Dan Afgan yang sudah cukup sinonim di Singapura dan Malaysia.

PEMENANG

Aku tidak mau komen tantang anugerah popular. Kerana ia adalah berdasarkan undian. Tp bagi anugerah terbaik, bukankah sepatutnya memberikan yang terbaik. Bunga untuk artis wanita terbaik?. Aizat mengalahkan Afgan untuk artis baru terbaik, tetapi Afgan menggondol artis lelaki terbaik?. Ayu artis baru wanita terbaik?. Dan beberapa lagi anugerah yang aku rasa sangat pelik dengan pemenangnya. Dua katagori artis baru terbaik, Malaysia dpt. Dua katagori artis terbaik, Indonesia dapat.. ?? Apepun, Juri Terbaik sudah menentukannya. Jadi itulah dia.

PENONTON

Kenapa sangat pasif?. Tiada sambutan lansung dr penonton. Jika ada sekalipun hanya untuk artis tuan rumah. Nasib baik Siti tu namanya sudah kuat di sana. Dan aku merasakan, segerombolan peminat di hadapan pentas itu sangat mengganggu untuk majlis anugerah seperti APM ini. Oleh kerana peminat-peminat ini hanya akan berteriak sewaktu artis mereka di atas pentas, dewan akan senyap dengan kemunculan artis lain. Keadaan ini memang menyedihkan dan membuat APM09 hilang megahnya.



KESIMPULAN

Itu serba sedikit yang mampu aku coretkan tentang APM09 kali ni. Secara keseluruhannya, aku rasa penganjuran kali ini tidak diberi penumpuan sewajarnya kepada protokol yang merupakan aspek terpenting. Elemen "gempak" sudah ada. Set gah, Montaj juga sangat menarik. Tapi kelancaran majlis lansung tiada. Seperti kelam kabut. Dan juga "protokal dan formaliti", tidak kira bg mereka yang membuat persembahan atau menjadi penyampai. Sangat penting bg majlis anugerah sebesar ini. Apapun ini merupakan satu pengajaran kepada tunggak utama APM. memang bukan mudah menganjurkan satu majlis yang gah, tapi bagi Anugerah Planet Muzik, yang sudah SEDEKAD, perlu ada pemantauan yang lebih gitu untuk penganjuran akan datang. Adios... Tahniah untuk semua pemenang. Tahniah kepada Siti, Aizat, Ayu (siapa lagi ya? ) kerna membawa buah tangan untuk Malaysia.

Wednesday, July 15, 2009

Ganu Vid..!!!





Ganu Sokmo.!!!!

Tanggal 9hb july yang lepas. bersamaan hari khamis... aku bersama sekumpulan team RTM, wisma radio berangkat ke Kuala Terengganu.. untuk satu program yang telah di rancangkan lama iaitu, Program Riuh Sakang.. aku bertolak dr rumah pada jam 6.45 pg dan tiba di Angkasapuri sekitar jam 7.30... then dalam kul 8 kami bertolak... dalam perjalanan tak banyak yang aku leh ceritakan... sbb aku memang seorang yang bencikan perjalanan jauh.. then solusi terbaik adalah TIDO.!!!.. eheheh ade lah berhenti makan.. tp yang aku pasti aku sedar2 dah nak sampai K.Terengganu.. eheheheheh....

Hari Pertama sampai.. tak banyak yang berlaku.. kami meneruskan dengan program ank angkat.. aku diberikan kepada Paksu Dan Maksu sebagai anak angkat... eheheh.. aku rasa teruja sbb ni kali pertama aku terlibat dengan program seumpama ni.. ehehhe.....

dan malam khamis tu bermulalah aktiviti pertama kami.... ehhehe

Malam tu takde pape sgt nak buat.. program dengan rtm semua akan berlansung esok.. jumaat.. jd malam khamis tu Paksu Ngan Maksu bercadang membawa kami ke sekitar bandar dan tempat2 menarik sekitar situ.. memang show wooo... ahhahah.. dah la Pak su ngan Maksu aku ni kire mcm org kuat gak area situ.. g mane2 sume org kenal jek.. aku lak malu.. ahahaha... malam tu kami dibawa ke Waterfront sbb ade event ape ntah... then kami dibawa ke satu pasar.. untuk membeli Durian..!!!!. ahahaha.. even dah pkul 12 malam ye hari tu.. ahahaha... jd balik je umah.. tanpa membuang masa.. durian menjadi santapanku.. buat managerku yang anti durian...PADAN MUKE...!!!!



Hari kedua,... bermula awal pagi.. dah ada game show sekitar pantai teluk ketapang... eh kalau silap nama tu betolkan k.. huhhu... dan apa algi.. aku yang aktif ni bantai ar... sampai letih nak mati badan aku.. ahahah antara game pg tu ialah... F1... pastu bawak org pakai kereta sorong tu.. ngan lari berantai tu.. ahahah.. memang fun.. lama aku tak main game2 mcm ni.. tp sayang artis yang ada pg tu cume aku, izati ngan yabang jek... artis lain aku tak tau ape citer.. kalau ade msti best...



















petang tu.. merupakan waktu untuk artis wat rehearsal..... aku pun standby la lepas solat jumaat tu.. sampai padang tu.. msih lg set up speaker sume tu... tehn rehearsal petang tu berjalan mcm biasa jek... pun agak kureng sbb hanya kami bertiga artis yang wat sound check.. even ramai artis sepatutnya..

heheeh.. malam tu.. berjalan lancar.. walau ade masalah sket tetibe ujan turun lebat laaaaaa.. ahaha.. tp sumenye berjalan lancar.. penonton masih setia... dan show mlm tu abis sekitar jam 12 malam.. ehehe.. artis yg ade malam tu.. fabulous cats, amylea, aku, flava, izati, yabang... gempak la gak.. tp yang pasti badan aku punya lah nak pengsan sbb pg tu bantai main game tu sampai nak pitam.. ahahaa.. padan muke aku la kan.. ahaahahahah. balik malam tu.. walaupun aku dah penat nak mati... Maksu masak byk giler.. ketam samballa.. sume la.. ape lg.. dah penat2 aku bantai la mcm org kelaparan tak makan sebulan.. eheheh.. aku rasa berat aku memang naik sejak duk ganu ni 3 hari.. ahahahah......


esoknya merupakan hari untuk aku pulang.. pg tu takde papep sgt.. cume majlis perpisahan jek.. agak sedih gak.. sbb Paksu ngan Maksu layan kami dengan sangat la baik... memang mcm umah sendiri aku rasa tau.. ehehe.. then kami bertolak dlm kul 8... tp tak terus balik.. kami singgah ke pulau kapas dulu.. then ade la yang mandi2... aku tak... walaupun hampir nak mandi..nehehe.... then selesai sume.. kami gerak dr ganu balik ke kl dlm kul 3... huhuhu.. sampai ke Angkasapuri dalam jam 12 malam.. aku yang dah seminggu tak balik umah.. terus drive ke johor.. dalam 3.30 pg sampai.. punye la penat.... dan sepanjang esoknya hari ahad.. aku tidor jek.. penat sgt kot...









apepun.. trip kali ni memang great.. byk yg aku dpt... dah la aku tak pernah rasa kemesraan yang sebegini dengan org2 rtm, dj sume tu.. jd program mcm ni memang good la.. ehehe tahniah kepada warga wiswa radio rtn ye.. dan terima kasih kepada semua yang terlibat kepada majlis ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...