Friday, April 24, 2009

"Fairuz" Manusia zaman ini?

bekas makanan bersepah. plastik bersepah.. botol bersepah... ini bilik manusia ke, penempatan manusia zaman batu?


hahaah.. tgok tu.. meja mengalahkan meja org lain.. penuh dgn barang= sampah.. ahhaha


terpaksa buat jadual.. kalau tak sah2 hidup tunggang langgang.... 2009 yg sgt bz.!!


katil adalah untuk - topi, baju, beg, fail, nota.... and beg kertas.. tempat untuk tido?


ni la saat paling kemas untuk meja aku... ahahaha selalunya lagi bersepah.. ni nasib baik speaker ade org pinjam.. haah


bayangkan mcm ne aku nak tido... full space dah bertimbun ngan barang.. uwaaaaa

Thursday, April 23, 2009

Review "Patung Kertas"

vivian sebagai pengacara malam gala patung kertas... giler babas ar....


semalam, 22hb april 09.... sedang berehat2 di depan laptop sesudah selesai solat maghrib, kawanku, zafar, call...

"apai, jom tengok patung kertas.. org ada 2 ticket free..."

aku tanpa banyak bicara pun setuju.. satunye, sbb aku memang nak tgok.. ye la masa season 1 dlu mcm gempak gak kan org ckp, mase tu aku tak tgok.. so memang nak sgt tgok yang season 2 ni... plus, my classmate, adik sutun tu berlakon... one of the main watak gak la.. so memang nak tgok ar.... ehehehe... pastu, syafizal, abg kenit, abg zaki, abg syed.. sume menari... kire mcm show kawan2 lak aku rasa.. ahakz... plus.. aku tak tau pun sebenarnye paper doll tu mcm ne... (naif nye aku..!!). then aku terus call fina, ajak dia n suh dia cepat2 siap.. kami gerak dlm kul 8 dr UM, sampai dalam pkul 8.35... ok la.. tapi aku agak heran nape tak ramai.. parking lengang.. owh.. upenye, ni 1st showing.. kire mcm last full dress rehearsal ar... ok ar.. senang sket nak dpt seat... jd kami pun tunggu.. dpt msuk dalam panggung dalam 8.45... still tak mula lagi.. dekat2 pkul 9.10 baru dia start.. aku taktau nape lambat.. mase kami masuk, kami di hidangkan dengan 7 figura manusia yang mematungkan diri di atas pentas untuk sajian mata kami sementara menunggu show mula... preset yang cantik pada aku..... dengan lelaki2 yang galak bermekap dan drag, dengan posing maut, aku rasa memberi pandangan pertama yang cantik...

ok ni sekarang aku nak komen lak tentang persembahan... ingin diingatkan.. ini adalah pandangan aku sebagai budak drama yang baru sahaja mengenali teater setahun dua ni.. jadi ini pandangan naif aku.... pandangan aku sebagai penonton juga.. dan juga pandangan seorang insan yang sedang belajar bagaimana mahu mempertingkatkan ilmu berteaternya...oleh itu, kiranya ada yang tersinggung, atau tidak berpuas hati.. sila jangan membunuh diri, atau membunuh aku ya... eheheh..

love n respek..!

adik sutun sgt membunuh dengan gaun ini..!!! percayalah.!!

dari keseluruhan persembahan.. aku bagi 3 bintang dr 5 bintang.... kenapa? baiklah, secara generalnya, aku rasa msg yang nak disampaikan itu berjaya... tapi terlalu banyak ruang yang membenarkan mata jahatku ini untuk mengintai kesalahan.. dan apabila ia dipersetujui dua kawan ku, aku rasa.. bukan aku "sengaja" mencari itu...

opening scene yang aku suke.. cantik latar ni kan

aku akan mulakan dengan aspek teknikal dan krew pentas... aku tak tau di mana silapnya, adakah kerana itu adalah show pertama.. atau masih lagi dalm full dress rehearsal... atau juga "belum all-out"... kerana aku rasa malam tu teknikal sangat mendukacitakan.... di awal persembahan lagi, semasa ashraf sedang berdialog, terkeluar paparan monitor yang sgt2 mencacatkan persembahan.. dan bukan sekali.. ia keluar lagi beberapa kali di dalam persembahan ini. itu juga kenapa abis saja show terus apabila adik sutun call aku ,aku tanya, "ni 1st run teknikel ke?".... then krew2 pentas... aku tak tau napa, tapi aku rasa mcm tak semangat la krew2 pentas ni.. keluar pentas mcm nak g midvalley jek aku rasa... lepas tu dengar kata, tahun lepas krew pakai kostum ringkas, bagi mengurangkan gangguan pandangan... tp yang ni walaupun lampu terang benderang.... mereka sewenang-wenang keluar.. memang mengganggu aku lor.. uwaaa... waktu masa pasang set untuk scene malam gala tu, aduhai.. bisingnya.. tak salahkan mereka, tp takkan tak ready benda2 mcm ni.. memang ganggu apabila tengah layan emosi tibe2. "baannggg".."bannnggg.." kedengaran.. dua kali lak tu.. adui3..!! pastu ade lak lampu yang sepatutnya belum on, dah on awal2...

adik ni memang "hidup" di pentas

keduanya pasal pengarahan dan lakonan.. aku agak kecewa gak la ngan lakonan mereka.. aku rasa yang bagus adalah adik ku yusry sutun sebagai dek wan, dan juga abg rosnan(betol kan nama dia ni?) sebagai makcik makyung tu..... hah juga ebby yus dan akak tokey kedai tu... maksud aku, bukan dari segi kepandaian mereka drag ke ape ke.. tp sebagai pelakon teater, selain ekpresi muka yang penting, olahan tubuh, lontaran suara dan kesedaran itu sgt penting.. itu yang membezakan pelakon layar dan pelakon teater... kerana apa aku puji adik, abg rosnan, ebby yus dan akak tu.. mereka memang bagus.. suara yang jelas.. pergerakan yang jelas, sedar situasi dan sedar ruang.. aku SANGAT suke dengan watak makcik makyung tu... energy yang abg rosnan bg sgt la tinggi.. aku tak lepes pandang walau sesaat adegan ni.. memang killer la scene ni even berape minit jek pun...

btw, bukan yang lain tak bagus ya.. ashraf, pak jalal, dan yang lain juga melakukan kerja yang bagus.. nampak effort mereka.. tp mcm ashraf, kekadang mcm tak dengar apa yang dia lontarkan... mcm kelvin, mcm mumbling jek rasanya, pastu pergerakan mereka2 ni cm lakonan untuk layar perak... aku taknak pertikaikan kemampuan untuk berlakon jd watak maknyah ni, sbb aku paham ini bukan kebiasaan bg diorang. am i right? aku puji, "akak-akak" tu.. mereka nampak sgt all out.. geena... dan dua kawannya tu.. memang best..cuma ada la gak nampak mcm telan dialog... aku rasa mcm tak di latih betol2 diorang ni.. phasing sgt lambat... aku rasa skrip dah takda masalah.. tp perlahan sgt... sayang.. pelakon ok, tp give n take energy mcm sgt slow... aku taktau samada pengarah sudah membentuk atau memang mereka belum all lout.. tunggu show sebenar....

korang nampak apa kat atas bumbung bustop tu? hrmmmm

pastu mekap.. aku tak tau samada kekurangan bahan mekap atau ape, tp mekap diorang tak meriah ar.. sbb bila cerita tentang "golongan" ni, sudah tentu ar mekap diorang meletop semacam kan... tapi mcm biasa2 jek.. pastu ade watak utama yang mcm kelabu jek muka dia... uwaaa... takuuttt...

then apa lagi yeak.... hah.. aku komen secara keseluruhan terus ar.. aku rasa show ni ok, cuma "tak bersih dan tak ckup sedia".... memang la, bukan mudah nak wat show yg perfect.. tp bukan itu yang aku minta, cukup la kesilapan yang tak sepatutnya ada tu, tiada.. aku rasa mcm diorang rushing sgt wat show ni.. taktau nape.. pertukaran set kelam kabut.. phasing slow... energy antara pemain tak pergi dengn rapi.. persediaan di belakang dan tepi2 pentas nampak sgt mcm rehearsal.... tu ar... contohnya waktu pertukaran ke malam gala tu, penari keluar masuk kerana pemain belum sempat nak tukar baju... nampak sgt.. cuba buat plan b.. if tak sempat apa yang boleh dibuat.. ni nampak mcm kelam kabut sket.. patu blocking mcm kelam kabut gak.. byk scene yang menutup pandangan aku dr "menyertai" mereka di pentas.. even aku duduk di barisan tengah dewan jugak.. pastu meja belah kiri tu.. terlalu ketepi la.. apabila pemain bermain di situ, dah keluar dr light spot dah...

kanan- kak cat @ abg jalal.... hahaha... mak ayam besar?

itu jek ar dulu.. tetibe blank lak nak komen ape.. sbb tengah dok pk pasal laporan yang tak siap2 tu.. waaaaaaaa... ok sebelum tu, just nak ckp, its a good show actually... cume mcm tak ckup sedia jek... harap untuk malam show sebenar dengn ticket yang berbayar standad IB, kesilapan ni tak jadi....

love, peace, respek, gaul..!


ps: aduk sutun sgt "menarik" dlm gaun merah tu.!! serious cantik.!!
ps: ashraf, memang cantik biler mekap.!!
ps: vivian... hot giler body dia.!!!
ps: adik yang gelek2 tu, tetibe "risau" memikirkannya.... uwaaa
ps: pak jalal.... suke lagu solo dia tuh..
ps: nak tgok show sebenar.. nak compare..!!

Wednesday, April 22, 2009

Kembara seni penyanyi No. 1


April 2009 menandakan genap 14 tahun anak seni yang tiada tandingan ini melayari kehidupan di pentas yang penuh pancaroba.

Tarikh keramat itu juga merupakan permulaan segalanya bagi wanita ini apabila album sulungnya, Siti Nurhaliza yang memuatkan lagu popular Jerat Percintaan dan Jawapan Di Persimpangan dipasarkan.

Sepanjang tempoh itu jugalah, peminat dan pemerhati muzik tempatan serta nusantara menyaksikan transisi figura unggul ini membina dirinya menuju kematangan, baik dalam kerjaya seninya mahupun kehidupan peribadinya.

Tempoh 14 tahun bukanlah satu tempoh yang singkat untuk wanita bernama Datuk Siti Nurhaliza Tarudin untuk membina empayar seninya sehingga mampu digelar penyanyi nombor satu negara.

Katalah dan lemparkanlah apa sahaja kata-kata nista walaupun kedengaran kurang enak kepadanya, langsung tidak akan membuatkan dirinya berganjak dari apa sahaja yang beliau ingin lakukan demi kebahagiaan dan kebaikan dirinya.

Lakaran kehidupan biduanita muda negara ini sememangnya penuh warna-warni. Suka, duka, pahit dan manis.

Lengkap segala rencah dan menyingkap sejarah kariernya, perjalanannya untuk menduduki takhta teratas seperti hari ini tidak berlaku semalaman.

Sebaliknya, panas terik dan hujan badai yang perlu dilaluinya tanpa mengira penat lelah di awal kemunculannya untuk mencipta nama sebagai seorang penyanyi selepas kejayaannya merangkul gelaran juara Bintang HMI 1995.

Bukan itu sahaja, di kala usia yang ketika itu mencecah 16 tahun, Siti mengorbankan usia remajanya dalam menggapai impian dan cita-cita untuk bergelar seorang penyanyi sedangkan rakan-rakan sebayanya bertarung dengan buku serta bersengkang mata siang dan malam untuk memperoleh kejayaan cemerlang di dalam pelajaran.

Itulah dinamakan takdir dan sememangnya sudah tertulis di loh mahfuz bahawa masa depannya sememang cukup cerah dalam bidang seni suara.

Siti cukup bertuah kerana dia hadir dengan pakej yang lengkap yakni suara gemersik bagaikan buluh perindu di samping memiliki wajah jelita dan manis.

Selain kehebatan vokalnya, keperibadiannya yang masih lagi mempertahankan budaya dan adat ketimuran juga menjadi faktor mengapa Siti diminati dan disanjung oleh pemujanya.

Cukup luar biasa

Tidak terhenti setakat itu, siapa yang boleh lupa kejayaan sulungnya dalam bidang nyanyian apabila lagu dendangannya, Jerat Percintaan dinobatkan sebagai Juara Lagu 1996 dengan mengalahkan penyanyi wanita popular ketika itu, Ziana Zain.

Bermula detik itu, Siti tidak lagi menoleh ke belakang dan dia menjadi semakin yakin dengan dirinya yang mampu untuk mencipta nama sebagai seorang penyanyi popular.

Malah, namanya juga semakin meniti di bibir masyarakat serta peminat yang mula menyanjung bakat besar yang dikurniakan Allah s.w.t. kepadanya itu dan dia berjaya mencipta populariti yang cukup luar biasa.

Sudah menjadi adat manusia yang perasaan cemburu dan iri hati akan tetap terbit dalam hati dan setiap kali Siti mencipta kejayaan serta kecemerlangan, ia pasti akan mengundang perasaan ketidakpuasan dan polemik di kalangan peminat dan karyawan seni tanah air sendiri.

Siapalah kita untuk mempersoalkan setiap rezeki yang telah ditentukan oleh Allah.

Siti sendiri mungkin tidak pernah bermimpi mahupun memasang impian untuk menggenggam kejayaan luar biasa seperti yang dikecapinya hari ini.

Ruangan ini juga terlalu terhad untuk menyenaraikan kejayaan dan kegemilangan yang diraih Siti sepanjang 14 tahun bergelar penyanyi dan penghibur tersohor negara dan juga nusantara.

Sehingga kini, dianggarkan lebih daripada 150 anugerah dari dalam dan luar negara yang menjadi milik mutlak penyanyi berdagu lekuk ini sehingga tidak terhitung jumlahnya.

Namakan saja. Anugerah Juara Lagu, Anugerah Bintang Popular, Anugerah Industri Muzik, Anugerah Era, Anugerah Planet Muzik dan pelbagai anugerah lagi, semuanya sudah menjadi prasasti seni seorang yang bernama Siti Nurhaliza.

Bukan sekadar kisah kejayaannya yang menjadi perhatian tetap kehidupan peribadinya juga cuba ditelanjangkan.

Tetapi ketegaran Siti mempertahankan privasinya amat disanjung tinggi sehinggalah dia mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujangnya dengan seorang ahli perniagaan terkenal, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006 dalam perkahwinan yang dilabelkan sebagai wedding of the year.

Pun begitu, bahtera perkahwinan mereka berdua yang akan menginjak usia tiga tahun pada Ogos nanti tidak pernah henti diuji. Walaupun pelbagai kata-kata kurang enak menyelubungi ikatan suci mereka, namun, cinta mereka tetap kukuh dan bahagia sehingga ke saat ini meskipun jurang usia mereka sangat besar.

Konsert amal

Berbalik kepada karya seninya, sepanjang 14 tahun ini, evolusi muzik nyanyian Siti dilihat begitu ketara. Mengenali Siti, beliau tidak pernah lelah untuk mencuba sesuatu yang baru dalam memberikan yang terbaik untuk mengukuhkan lagi legasi seninya.

Lagu-lagu hits dan popularnya antaranya seperti Aku Cinta Padamu, Cindai, Purnama Merindu, Hati Kama (duet bersama Noraniza Idris), Kau Kekasihku, Balqis, Percayalah, Nirmala, Dialah Di Hati, Bukan Cinta Biasa, Biarlah Rahsia, Ku Mahu, Melawan Kesepian serta yang terbaru, Di Taman Teman sememangnya cukup diminati

Apa yang pasti, rangkaian lagu-lagunya itulah yang berjaya meletakkan dirinya di puncak tertinggi. Yang amat diimpikan oleh penyanyi bersuara emas ini adalah untuk mendokumentasikan lagu-lagu dendangannya itu dalam satu konsert khas yang akan diadakan sekitar bulan Jun depan.

Semuanya itu adalah untuk meraikan ulang tahunnya ke-14 bersama peminat-peminatnya yang tidak pernah henti menyokongnya serta menjadi tulang belakang kejayaannya selama ini.

Bukan tidak pernah dia membuat persembahan sedemikian rupa kerana pentas agung Royal Albert Hall, London pernah menjadi saksi lagu-lagunya berkumandang di segenap maya dewan penuh keramat itu pada tahun 2005.

Tetapi kata Siti, kali ini konsert yang akan diadakan di pentas bertaraf dunia, Istana Budaya itu akan memberikan satu persembahan dan pendekatan yang cukup berbeza.

Malah dia tidak segan untuk mengakui konsep persembahan yang ada di dalam kotak fikirannya kini adalah berinspirasikan daripada konsert Celine Dion Live In Vegas.

Meskipun begitu, ia bukanlah sembarangan konsert kerana ia adalah konsert amal di mana sebahagian daripada hasil penjualan tiket akan disalurkan kepada Yayasan Nurjiwa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...