Tuesday, June 28, 2011

Review : LADDALAND


ini adalah review pendek je tantang filem thailand... aku sebenarnye tak la tertarik sgt kalau tgok trailer or poster dia. ntah.. tp ari tu takde cerite nak tgok.. aku tgok la.. dan aku rasa ini cerita haaa... sgt bagus.... overall. dr keseluruhan persembahan.. aku bagi 4/5 bintang... kenapa ek.. ok dari segi plot dan penceritaan.. cerita ni lemah senanye.. perkembangan hantu dalam perumahan tu tak dihuraikan sejarah dan kesudahan dan relevannye dalam cerita tu.. tak ckup kuat untuk dirungkaikan kenapa hantu tu ade, dari mana dtg nye, kenapa dia mati, tak kuat sungguh... tapi.. yang menjadi nadi cerita ini adalah tema kekeluargaan yang sungguh kuat. aku ckp terus terang, aku menangis weyh... cerita hantu tapi aku nangis. sebab ape?.. tema kekeluargaan yang ckup kuat dan dekat dengan masyarakat kita sebenarnye, berjaya di kuatkan dengan effect lagu yang menarik, lakonan yang biasa tapi cukup natural.. jadi ketakukan hantu dalam cerita ini berlalu dan tidak melekat di hati nak dibandingkan dengan persoalan tntang isu keluarga dalam cerita ini.

tak dinafikan ketakutan dalam cerita ni memang sampai.. aku rasa memang satu penggung dok menjerit tak tentu hala.. aku?.. eheheh aku tak jerit pun.. just tutup muka pakai kotak popcorn.. baru macho... ahahah... memang suspen yang ditonjolkan berjaya... aku rasa nak gugur jantung kot.. smpaikan ada byk scene aku tak tau apa jadi sb aku tutup muke.. ahahahha.. jd keseraman itu sgt BERJAYA dalam cerita ni dibandingkan dengan beberapa filem hantu kebelakangan ini...

dr segi lakonan mcm aku ckp tadi takde la bagus sgt.. tp kesederhanaan yang dberikan menjadikan intepretasi tu mcm dekat dengan kite.. lakonan isteri dia emmang terbaik.. dan dia sgt lawa...

aspek lain memang cemerlang.. sinematografi adalah paling cemerlang.. aku kagum nak mati..lari dr kebiasaan filem thailand..... cantik dan ade klas.... muzik memang la puaka.. maksudnya sgt berjaya la.... musik je dah takot ye... bunyik kayuhan basikal, bunyik mesin jahit.. sgt la menyeramkan!! ahahahaha.. aku puji juge musik...

lain2.. aku rasa biasa.. hebat juge la.. mcm make up.. sume tu... ok je.. skrip taktau sgt sb thailand kan.....tp aku rasalakan cerita ni la.. yang paling kuat memang tema keluarga bermasalah tu yang sgt kuat.. aku taktau napa.. kuar panggung aku tak terfikir pun pasal keseraman melampau tu.. aku lebih teringat kisah si suami yang gagal membuktikan dia mampu menjadi ayah dan pemimpin yang baik walaupun nampak dia berusaha keras untuk patahkan pandangan mak mertua nya yang anggap dia suami dan ayah tak berguna.. aku rasa tema tu sgt dekat... aku dpt rasakan betapa terseksanya si suami dengan himpitan masalah kewangan, anak dan isteri.. tmbah lagi dengan rumah yang behantu dan jiran yang giler.

jadi untuk kalian semua.. aku sarankan korang g tgok laddaland.. sementara masih ada tayangan ni.. seminggu lagi abis kot.. GSC je ade lagi aku rasa.. aku berani jamin korang tak kan rugi!! aku pasti!! sb citer ni bukan citer hantu je.. tp citer hantu dan citer keluarga... memang dua2 aspek ni berjaya.. korang sila lah tgok! kalau tak biar aku je tgok! huh!

Friday, June 24, 2011

Khas Untuk SUAMI.!

1. Suka cium dahi isteri
.......suami yang romantis.

2. Suka cium pipi isteri
........suami yang penyayang.

3. Suka cium mulut isteri
.......suami yang gelojoh.

4. Suka cium tengkuk isteri
........suami yang mata keranjang.

5. Suka cium telinga isteri
.........suami yang sensitif.

6. Suka cium leher isteri
.........suami yang penyabar.

7. Suka cium buah dada isteri
........suami yang suka bermanja.

8. Suka cium tangan isteri
.......suami yang hipokrit.

9. Suka cium ketiak isteri
.......suami yang menerima isterinya seadanya.

10. Suka cium (tut - censored) isteri
......suami yang pemalu.

11. Suka cium punggung isteri
.......suami yang suka bergurau.

12. Suka cium kaki isteri
.......suami yang terlalu menghormat isteri.

13. Tidak suka cium mana-mana bahagian badan isteri
......suami yang mementingkan diri.

14. Suka cium seluruh bahagian badan isteri
........suami yang baru balik dari outstation


Anda Yang Mana Satu??

Tuesday, June 21, 2011

Melayu Dan Arak Tu HALAL?




Pertama sekali.. aku nak habaq mai kat hangpa semua.. post ini tidak merujuk kepada mana2 individu atau golongan.. atau jauh sekali menanamkam view yg negatif kat golongan Ber arak ni... ni just pandangan atau pun lebih tepat persoalan peribadi aku....

i went to this club couple weeks ago.. aku pegi sbb ada singing competition yang 3 org kawan aku masuk... jd kira nak support la.. i dont even know yang tmpat tu adalah club.. sb aku tak pagi cluc.. kecuali planet hollywood dlu.. sb ade show haahhah.... jadi dalam club tu aku ingat satu club biasa.. yg ada byk bangsa.... tp makin lama aku kat sana.. baru aku perasan. 87% adalah MELAYU... dan wine, arak, taquila, chivas, martel.. (name aku tembak jek tu.. betol kan ejaan dia).. menjadi minuman rutin kat sana... aku bukan jakun atau tak biasa dgn pemandangan ni.. tp biler aku dikerumuni MELAYU... yg SEMUA (kecuali aku ngan kawan aku) dok teguk mcm minum pulpylicious... aku rasa janggal jak sekejap... huuu

dan yang paling janggal aku tgok.. ada satu couple ni.. i should call then grandpa and grandma... sb umur dorang mmng mcm nenek atok aku... dorang dtg.. or berada kat club tu.. dengan seorang kanak2 dalam linkungan 12 tahun aku rasa... dok semeja.. dengan segala minuman2 itu... aku rasa sebak giler beb!.. serious..... entah la.... aku tgok kiri kanan sume slamber jek.. buat game atas stage... hadiahnya martel ke chivas ke sume tu...

Aku?.. aku tak sentuh pun even cawan or gelas dia kat situ.. apatah lagi minum!

btw... apa pandangan korang ye... mcm aku.. aku tak pandang negatif SGT pun dgn bnda mcm ni.. sb dalam zaman serba canggih sekrang ni.. mcm2 bnda leh jadi.. dan dah takde yang mustahil kan?... sbb nye.. aku selalu fikir kita ada jalan dan ruang kita sendiri untuk memilih. tp dalam hal ni.. taktau la.. ye la.. kalau kite tengok barat... arak segala ni mcm air sirap je kat malaysia.. jadi dorang tak anggap ia satu kesalahan... mcm kita dibesarkan dengan adat timur dan juga agama islam yang jelas melarang pengambilan air air itu... jadi tu yang sbb aku janggal sket...

entah ek... sb sekarang ni makin meluas aku baca kat fb org yang ckp " aku lahir kat dunia ni sorang... jadi biar lah aku pilih agama mana aku nak,, cara hdup mcm mane yg aku nak ".. seram la.... aku nak kata org mcm ni tak de agama pun tak tau nak ckp.. sb skrang ni cara hdup dah mcm2 ada... jd bila mereka memilih untuk memilih cara hidup barat tu.. kita boleh nasihat tp apa je yg boleh kita buat kan?.. aku tak kesah dilabel konservatif atau kuno.. sb mungkin (sedikit) konservatif dan kuno tu memang amalan hdup yang mak ayah aku trapkan dan now aku dengan kewarasan sendiri memilih untuk kekal dengan cara hdup itu...

korang macam mane?


Monday, June 20, 2011

Samsung Galaxy S II launch Di Malaysia Minggu Ini !!!

Apa..????!! korang tak tau samsung galaxy s II ni apa?.. Hamaigad!!!.. korang memang seram weyh! lawak giler... ishhh.. ok ok ok!.. aku brief sket... hehe.. samsung galaxy s II ini adalah sebuah HANDPHONE.!! yang mana secara jelas dikeluarkan oleh SAMSUNG.. ia adalah version kedua yang dinaiktaraf dr segi software dan hardware dan design dan segalanya dari samsung galaxy s. samsung galaxy s telah dianugerahkan sebagai smartphone terbaik 2010.. meninggalkan jauh jugak sebuah handset yang menjadi kegilaan keluaran sebuah syarikat yang sinonim dengan ini..

hahahha.... well.. taknak la kutuk2 ni kan.. tak elok.. jd berbalik kepada tajuk album kita iaitu.. samsung galaxy s II.. ia adalah sebuah makhluk yang dicipta dalam bentuk handset.. dan dalam masa seminggu dilancarkan .. iaitu di dua negara.. India dan Korea.. dan tak silap aku UK juge, ia telah pun mendapat 5stars dr kebanyakan portal gadjet. mengagumkan kan?.. malah.. dalam 8 hari pertama di lancarkan di Korea.. 200 ribu telah dijual!... dan dalam masa sebulan hampir 1juta unit telah di rembat oleh penggila gadjet ni.. dan itu hanya di KOREA.!

dan secara rasminya.. dr kebanyakan review yang dibuat, samsung galaxy s II telah dinobatkan sebagai smartphone terbaik setakat ini. meninggalkan adiknya, samsung galaxy s di tempat kedua... dan di tmpat ketiga tak silap saya buah buahan tu...


JADI................!!!!!

setelah lebih kurang dua bulan keluar... secara sah nya.. sansung galaxy s II ini akan masuk menyelinap ke pasaran MALAYSIA iaitu negara kita yang penuh dengan roti canai dan nasik lemak ni pada minggu ini!.. ya saya ulang pada minggu ini!!!.. iaitu pada 22hb Jun 2011.!! iaitu pada hari rabu lusa weyh!!.. dimana>??? di MidValley Mega mall... dan secara rasminya juga. MAXIS telah mendapat hak pertama dalam melancarkan makhluk ini di muka bumi malaysia... tak caya?.. ni hah korang click SINI kalau berani..!! nak hamek ni.. print.. tampal kat pintu bilik asrama korang!!


hah... now percaya kan?.. korang nak book dgn MAXIS... click SINI sedikit aku habaq tentang spec anset ni... skrin nye super amoled plus... memang nampak jerawat aku .. aha.. 4.3 inci... korang nak gmbr satu kampung pun muat.. proseccor dua dual core ok.. 1 ghz..! sgt la laju.. korang tak tekan lgi pun dia dah run dah.. ahah.. hurmm.. super slim.. mcm badan nasha aziz.... android 2.3.. latest tu.... kamera dia? 8 megapixel maaa!! ade front kamera yg boleh amik gmbar.... video dia superb.. HD... batery dia agak tahan.... dan harga dia CUN.! ahah...

owhh korang wonder ek mana aku tau sume ni?... tak3. aku bukan search tau sume info2 ni.. aku tau sb......................

AKU DAH PAKAI LA WEYH.!!!

jgn tanya mana aku dpt! sah sah la aku order dr oversea... heheh.. jd sebagai pengguna awal di malaysia ni (dgn nada belagak sket2..).. aku nak korang beli bnda alah ni.. sb dia superb weyh!! lg best dr kfc.! serious.!... so.. buat korang yg dah berkobar2 nak beli.. jom kita serbu ramai2... 22 smpai 26 jun.. kat mid valley.. aku pegi 22 hb kot.. saje nak tgok.. amna tau ade aksesori ke ape... ok?... zazzz.!!!!

Akhirnya Saya Update Blog Saya



hahahaah.... hampir berbulan2.. setengah tahun rasanya aku tak menulis... well.. aku sgt la busy smpaikan nak makan maggie pun aku tak sempat... kete aku pun dah 2 bulan tak basuh.. nasib baik housemate aku baik basuhkan baju aku.. kalau tak.. sah2 baju aku dah jadi karpet kat umah.. ahahah... well.. insyaallah.. aku rasa aku nak mula menulis.. entah.. mngkin sb ade yang msg aku ckp napa tak menulis lagi.. tu la.. bukan taknak.. cuma masa tu terlalu bencikan aku... tu je aku leh ckp ahhaha..

sebagai permulaan.. aku nak ucapkan byk bnda yang terlepas aku nak ucap.. selamat tahun baru 2011, selamat bercuti bg budak sekolah.. selamat berfoya2 bg pelajar universiti yg cuti 4 bulan.. selamat hari ibu untuk semua ibu dan mak aku.. selamat hari ayah beberapa hari lepas.. selamat hari guru untuk semua guru dan juga kakak aku yg guru jugak kat pontian johor tu.. selamatmenyambut hari gawai... hah ape lgi.. selamat hari lahir pada yg lahir pada 23 may... erkkk.. ahaha.. dan selamat sejahtera kepada semua rakyat ku... salam sejahtera slam satu malaysia.. aahwakakak..

jadi.. dengan ini.. pada saat ini.. aku nak umumkan.. aku akan aktif balik menulis.. ( kot ). hahaha.. insyallah... satunya sb aku rasa sekarang ini terlalu banyak perkara2 yang berlaku samada positif atau negatif, yang membangun dan memundur , yang meruntun atau menggembirakan... macam2... rasanya mcm aku byk pandangan yang sonsang dr pandangan org lain yg mungkin aku boleh kongsikan dengan orang yang konon2 nya nak baca blog aku.. uwaaa... ahah.. poyo nak mati...

hah... jadi... untuk saat ini.. aku taknak ckp byk.. ye la.. ni kire mcm introduction... kalau terus setepek aku tulis.. msti korang taknak baca kan... jd kepada yang follow aku selama ni.. I'll follow you all back.. marilah kita menjana arena blog ni sebagai wahana dalam memberi kesedaran yang berguna kepada masyarakat.. ( geli lagi... ).. ahaha

gua chiou dlu bai... lu jangan langsi sgt hah... lu langsi lu basi.. lu mati maaaa....


" Eh jap ek... ade bbm notification.... "


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...