Tuesday, July 6, 2010

Siapa Maher Zain tu?


siapa maher zain... hurmm.. puas aku selongkar kat tenet.. so far aku tak jumpe la... huhuh.. nak gak tau sejarah dia mcm ne dia involve dalam bidang ni.. ok sedikit maklumat, dia ni seorang penyanyi nasyid yang membawakan nasyid itu sendiri dalam satu bentuk yang lebih urban dan mersa telinga bg pendengar muzik2 terkini.. pendekatan dalam musik yang dibawakan maher ni memang dekat dengan musik2 yang tengah IN dalam industri musik terkini..

pendekatan ini membawa impak yang sangat positif.. dalam sekelip mata, nama maher zain telah diterima hampir di seluruh pelusuk dunia.. malah di negara bukan islam sekalipun, lagu nya menjadi antara lagu paling hotss sekarang.. susunan dan melodi muziknya diterima dengan sangat baik bukan sahaja bagi pendengar lagu2 ketuhanan, tetapi juga bg penggemar genre lain..

aku?.. aku kenal maher zain ni dalam awal tahun ni.. dalam bulan dua februari.. Razwan jaafar yang perkenalkan lagu For The Rest Of My Life dekat aku.. tak perlu amik masa lama.. aku dengar korus je, dalam 1 minit aku dah mula giler.. aku tau mamat ni akan cipta fenomina.. then aku terus berusaha carik lagu2 dia... well.. aku leh katakan TAKDA satu pun lagu dia yang TAK BEST... percayalah cakap aku.. aku menunggu untuk beli album THANK YOU ALLAH maher zain ni.. korang kene dengar setiap lagu dari dia.. aku suka dengan muzik dan suara dia.. dan kekuatan lgu maher ni gak aku rsa terletak kuat pada lirik dia.. simple.. senang nak faham maksudnya.. dan yup.. sangat menenangkan..

kalau di corong radio.. bg banyak penggemar.. aku rasa For The Rest Of My Life dengan INSYAALLAH paling meletop sekarang ni.. kan3... tp korang kene dengar yang lain.. mcm aku selain dua tu.. PEBERET aku yang ini.. OPEN YOUR EYES.... memang menginsafkan.. try korang dengar... dengan BARAKA ALLAHU LAKUMA... memang syiookk weyhh... jom la.. kita layan lagu2 islamic ni.. lg la dengan muzik yang segar mcm ni.. byk intipati positif kite leh amik... korang leh la msuk official facebook mamat ni untuk baca lanjut tentang diri dia.. dah abis entri baru aku perasan, kat fb dia ade info.. ngok tol FS ni.. ahah enjoy...

2 comments:

Nur Aainaa Khairunnisa said...

yup! betul²...seme lagu maheir zain best! lirik simple n senang faham....waaaaaaa...demam....;p

MrPingu Gonzalesz said...

betul3x fairus.. aku pun minat maher zain bile dengar kelunakan suara dia dan muziknya.. xsusah nak menangkap hawa telingaku ini.. best sgt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...