Friday, July 16, 2010

Korang SAYANG dia ke CINTA dia??


aku kagum dengan pasangan yang mampu bercinta walaupun sudah 30 tahun berkahwin.. aku kagum dengan pasangan suami isteri yang masih dilamun rindu walau usia sudah menghampiri ke hujung nya.. aku kagum dengan kasih sayang yang tak pernah luntur antara dua insan... sbb.. bukan mudah nak menyayangi orang.. aku rasa lah.. sbb kite nak suke org memang mudah.. lg2 kalau manusia yang mata dia ada scanner... nampak je yh hot2... terus keluar BUTTON LIKE kat dahi... tp nak sayang kat orag bukan mudah kan... aku rasa la.. sbb cinta aku rasa bleh ilang.. bleh luntur... bleh berkurangan.. tapai kalau kite dah pernah sayang.. pergila ceruk mana pun... tukar la pasangan banyak manapun.. hidupla dalm zaman yang lain pun.. tetap hati tak dapat menipu sayang tu...

korang kan.. kalau korang sayang orang tu.. korang nak dia ubah diri untuk korang dan korang try ubah diri korang untuk dia.. atau korang biar je dia dengan attitude dia then korang gegehkan diri untuk terima... well.. attitude yang kurang menyenangkan la... hehehe... korang jgn pk bukan2 lak.. aku takde pape pun.. takde pape yg berlaku pada aku.. cume di kesendirian sekarang ni.. aku diterjah dengan soalan tu...soalan ini.. aku payah giler nak bg jawapan kepada hati aku yang merintih nakkan jawapan..

kekadang aku rasa, ramai gak pasangan yang sanggup terima je perangai pasangan dia walaupun perangan mcm tulang ikan... sbb dah sayang sgt namanya.. tp kalau aku tak.. aku rasa... aku nak pasangan aku tu berubah untuk aku.. and kalau aku ada yang dia tak suka.... aku try la ubah.. tp tu la kan.. bercakap memang mudah.. nanti dah berada sendiri dalam segi tiga emas nye kawasan ni.. bru tau betapa puakanya cinta dan sayang tu... kerana cinta sanggup mati.. kerana sayang sanggup redah apa pun...

hahahaah.. aku rasa entri ni berjalan tanpa satu usul yang tunjang.. aku pun taktau.. aku main tulis je... membiarkan pemikiran buntu ni mengerah jari mengeluarkan kata2 yang tak tau mana arahnya...

5 comments:

idasm said...

salam fairuz,
bagi akak, mmglah kita nak dia berubah ikut selera kita, tapi kalau dia x dpt berubah, terpaksalah kita pulak adjust diri kita utk terima dia seadanya... kalau dh sayang kan..
hehe...

selamat menempuh alam percintaan yea.. semoga success!!! hehe..

Anonymous said...

Bile kita sayangkan seseorang, ia bererti kita sanggup menerima segala keburukan dan kebaikan orang tersebut. Dalam masa yang sama, kita cuba untuk merubah yang buruk kepada yang baik. Tetapi harus diingat, keikhlasan itu lebih penting. Terutama apabila kita berusaha untuk berubah menjadi yang terbaik di hadapan mata pasangan kita. Tetapi perubahan yang terlalu ketara dan terlalu spontan akan menimbulkan perasaan yang kurang menyenangkan orang lain disekeliling kita, kerana, perkara ini akan menjadi persoalan dalam diri kita. Mengapa kita perlu berubah? Sedangkan perkara yang kita ubah itu hanya kurang disukai oleh seorang, tetapi disenangi oleh orang lain? Pada masa itu, bukankah kita akan menjadi orang lain? Dan bukan diri kita sendiri? Perkara terbaik yang perlu dilakukan adalah menilai kembali sejauh mana sayang kita pada orang tersebut, hal ini kerana sayang bukan bererti cinta, manakala cinta bukan bermakna sayang...

Sekadar Pendapat

Saya Noury said...

Kasih dan sayang sukar untuk diperkatakan..btw, paling penting harus ada persefahaman yang kuat dan kukuh dengan org yg kita sayang..!! insyaallah boleh sampai hujung nyawa...

ZZ said...

sungguh jujur.... "i like"... =)

Unknown said...

hye.. here is my new blog~
senang2 dtg lah menyinggah ek~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...