Sunday, April 18, 2010

Lagi Video Achik Spin Kemalangan



guys.. untuk entri sebelum ini... aku hanya mendapatkan maklumat dr sumber berita internet.. juga kawan2.. jadi terdapat dua berita yang berbeza.. sama ada achik tercampak atau tidak... disni aku letakkan satu lagi video.. yang memaparkan org ramai sedang menolong seorang mangsa kejadian.. dan ia bukan arwah achik.. mangsa yang sedang diangkat adalah kawan kepada achik..... jadi.. aku tak dpt nak pastikan yang mana satu adalah yang benar..

guys.. sesungguhnya aku takde niat lain mengapa aku siarkan berita ,video dan gambar ini.. ramai juga yang tau.. aku dan arwah adalah seangkatan.. duduk satu syarrikat rakaman yang sama... biasa tour show sama2... malah aku kenal isterinya... keluarganya... penyiaran ini tak lain.. hanya ingin memaparkan apa yang berlaku... kerana aku juga mengharapkan.. penyiaran ini akan membuat mereka yang melihat, lebh dekat untuk menyedekahkan doa2 dan alfatihah untuk arwah beliau.. itu sahaja..

apepun.. segala yang terbaik... aku sedekahkan untuk arwan achik.. dan juga aku mendoakan segala yang terbaik dengan semangat yang kuat kepada isteri achik dan keluarganya.. aku sebagai rakan seangkatan dan duduk di satu syarikat rakaman yang sama.. bergurau bersama... memang terasa sedih... berkenaan dengan pengeluaran kompilasi album yang membabitkan qface dan juga spin.. aku baru sahaja ingin mengadakan sesi promosi bersama beliau dan yang lain.. namun ia tak diizinkan yang maha esa... takpelah.. semuanya sudah tertulis.. aku yakin.. Allah punya rancangan yang terbaik untuk semua ini.. kita sebagai kawan, peminat, pemerhati.. atau siapa sahaja.. hanya mendoakan yang terbaik untuk roh arwah.. dan berdoa semoga rohnya ditempatkan dikalanga orang2 beriman.. amin..

Al-Fatihah

1 comment:

Anonymous said...

al-fatihah wat achik..

apai gi melawat jenazah ke tak???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...