Wednesday, July 15, 2009

Aku Sokong PPSMI



PPSMI..... Aku sebagai bekas seorang pelajar aku menyokong PPSMI ni... sebelum tu sekali lagi aku nak ingatkan.. mcm biasa.. ni pandangan aku.. berdasarkan ukuran logik akal aku.... jd kalau ada yang tak setuju... sila kemukakan hujah sopan dan berunsur perbincangan... ye aku tau mesti ramai yang tak setuju ngan aku.. sbb PPSMI ini bakal dihentikan menjelang 2012 pun sbb kononnya mendapat bantahan yang ramai dr rakyat...

kenapa?....

aku rasa satu kerugian yang sangat besar kepada ORANG MELAYU apabila PPSMI ini bakal dihentikan....

Kenapa?....

Kerna aku memang merasakan pelaksanaan PPSMI ini merupakan satu medium terbaik untuk membawa bukan bangsa saja, tapi agama, masyarakat dan nilai budaya kita ke satu lagi tahap di mata global... aku tak mengerti kenapa ada yang mengatakan PPSMI ini seperti menjatuhkan maruah bahasa melayu, menjadikan ruang perbezaan penduduk luar bandar dan penduduk bandar menjadi lebih besar, dan kite seperti menderhaka tehadap kedaulatan bahasa ibunda sendiri.....

Kenapa?....

satu kesilapan..... itu semua satu pendangan jangka pendek.. atau bg pihak2 tertentu, pandangan bg menyelamatkan diri dr terus menyusahkan diri membiasakan diri dengan pelaksanaan ini....

PPSMI ini, yang mana dicadangkan oleh mantan PM kite, Tun Dr Mahathir... sebenarnya didasarkan kepada satu pandangan jangka masa panjang yang mana ia akan memberi impak yang sangat positif kepada masyarakat kita secara menyeluruh.... usah diberikan alasan kita tak hormat bahasa melayu... paling tidak pun ada dalam 10 subjek dalam sistem pendidikan kita kan... atau pun lebih kurang 6 bagi sekolah rendah.. kalau hanya sains dan matematik yang di ajar dalam bahasa inggeris... sedangkan sekurang kurangnya 6 subjek lain di ajar dalam bahasa melayu, dan pertuturan harian masih menggunakan bahasa ibunda masing2, apa yang "kita mengkhianati bahasa ibunda kita sendiri?..."

betol kata Tun.... pelaksanaan sesuatu perkara, untuk melihat hasilnya bijak dan berkualiti, perlu usaha, sokongan, indikator yang jitu, dan juka pasti mengambil masa.... ini tidak.. baru sahaja di laksanakan, sudah gelabah tak tentu hala...

Kenapa?....

PPSMI ini sebenarnya.. bukan ditujukan kepada pelajar sahaja.. tidakkah mereka nampak.. PPSMI ini sebenarnya menuntut kerja keras segenap lapisan termasuk ibu bapa dan tenaga pengajar... ya.. sudah tentu pelajar harus melipatgandakan usaha untuk memahami sistem pengajaran baru ini... satu isu.. satu lagu isu apabila guru2 yang buat aduan sukar nak mengajar... jd senang cerita... bukan pelajar saja, guru juga harus belajar bahasa inggeris... jd di penghujungnya... bukankah pelaksanaan ini kalau diatur denagn bijak.. bukan sahaja melahirkan pelajar yang mampu memahami bahasa inggeris, tetapi juga melahirkan guru yang sebegitu juga.. sekaligus, kualifikasi untuk menjadi seorang guru dipertingkatkan, dan seterusnya menjadikan sistem perguruan kita dipenuhi dengan mereka2 yang berkualiti...

bahasa melayu?... tolonng la faham... semua akui bahasa melayu adalah bahasa rasmi kita.. bahasa kebangsaan... kedaulatan itu tidakkan tercalar sampai bila pun... kita sudah hidup dan membesar bertahun2 dengan bahasa melayu.... namun siapa yang dapat menafikan kepentingan bahsa inggeris..?... kalau kita ke mana2 negara dunia... adakah kita akan tanya "can you speak malay?.." pergi la China ke, Uganda ke, New Zeland ke... takkan?.. mcm mane pun bahasa inggeris menjadi keutamaan.. jd dimana kita melihat kepentingan ini dalam pembangunan anak bangsa.... dengan dasar pintu terbuka dan demokrasi negara.. sudah tentu kemasukan unsur luar tak kira dalam bentuk perniagaan, pelaburan, hiburan, atau apa sahaja menjadi lebih galak.. jd dimana kita melihat kepentingan bahasa inggeris ini....

bahasa melayu?....

bahasa melayu tetap berada di tahap tertinggi dalam negara.. sudah termaktub.. dan takkan terlerai begitu saja... tp kita sekarang dalam usaha membawa bangsa kita, negara kita ke satu aras yang lebih membanggakan.. jd pelaksanaan dasar ini sebenarnya... menuju ke arah itu... mungkin bukan dalam sepuluh tahun ini..... tp ia memang menuju ke situ....

jurang perbezaan antara pelajar bandar dan pelajar luar bandar?... yaa.. mungkin PPMSI menjadikan jurang itu semakin besar.. tp sebenarnya dalam satu jangka masa yang pndek sahaja... kalau tak percaya lihat la.. lama kelamaan, jurang ini akan menjadi semakin kecil dan kecil.. dan mungkin akan hilang terus.........

TETAPI....

jika PPMSI ini dibubarkan... ya.. mungkin jurang perbezaan itu tidak menjadi besar.. tp percayalah, ia juga tidak akan menjadi lebih kecil.. ia akan terus begitu.... kalau pun ada, mungkin dalam 50 tahun lgi....

fuhhhhh...!!!

penat seketika.. hehehe.. itu semua pandangan aku sahaja... lantaran aku juga bukan lah mampu berbahasa inggeris dengan sangat baik.... jd aku merasakan PPMSI satu langkah yang sgt bijak.... walaubagaimanapun, ia akan di bubarkan menjelang 2012... apa mampu kita utarakan?... rakyat diutamakan.... apepun.. aku sgt berharap, sistem pendidiakn kita akan menjadi lebih serius memikirkan jurang perbezaan antara dia tempat ini... mungkin idea menambah guru bahasa inggeris dan guru yang mampu berbahasa inggeris, satu langkah yang bijak... dan sedari sekolah rendah lagi.. kepentingan bahasa inggeris ini harus di terapkan kepada pelajar2 itu... bila dah menengah baru nak mula, rotan yang dah kera nak dilentur memanglah payah.. silap2, patah di tengah... kan?... jd selamat maju jaya kepada semua.....


3 comments:

CIKGU NAMAN said...

Apai..sebenarnya banyak isu yg org xnmpk..kitorg especially cikgu yg terlibat scr langsung je tau mcm mana perjalanan PPSMI tu..

Ni jgk pandangan aku..tanpa menggunakan isu martabat Bahsa Melayu..
kita belajar ilmu menggunakan bahasa,bukan belajar bhsa mggunakan ilmu
Kalau nk majukan BI..rawatla bahasa Inggeris..seperti yg kementerian buat skang..that's the best
Mmg betul semua perlu bergabung tenaga..tp untuk menunggu semuanya bergabung tu..pelajaran anak2 malaysia yg menjadi mangsa..Silap ubat menyebabkan kematian seorg penyakit..silap dlm pendidikan membunuh satu generasi..Kita kena ingat..Kita nak ajar S&M kepada mereka..bknnya nk ajar bahsa..
tang guru pulak..mmg betul ramai guru x mahir dlm bahsa Inggeris..Adakah logik nk mengharapkan guru tu belajar???Kena tgk masa kerja guru..mmg guru balik awal..tp kt sini aku ringkaskn,drpd kajian KPM..66.24 jam seminggu,bahkan lebih lagi masa kerja guru(kerja hari sabtu,dokumentasi yg dibawa blk ke rumah utk disiapkan)..Bayangkan guru S&M yg dh veteran..ssh nk jumpa yg nk belajar balik bhs Inggeris..
Maybe dlm jangka masa panjang kita boleh menghasilkan guru yang mahir..Tp dalam jangka masa tu, brp ramai pelajar yg boleh catch-up dgn PPSMI..

Banyak lagi sebnrnya yg org xnpk..
Bagi akula..PPSMI adalah cadangan yg sangat bagus..tetapi terlalu byk masaalah di peringkat pelaksanaan..di mana ianya boleh memberi impak yg besar dalam pengajaran S&M..Jadi elokla pembelajaran diadakan dlm bahsa yg semua(ada jg xtahu) org tau..
Sedangkan dlm bahsa melayu pelajar ssh memahami pelajaran S&M, inikan pula bhs Inggeris..sebab S&M adalah m/p yg memrlukan pemahaman konsepnya yg banyak tu...

Xlarat dh aku nk taip..bnyk lg..lgpun aku pun org baru..tu yg aku nmpk la..sebab aku mengajar di luar bandar

sekian..

areev19 said...

aku sokong pndapat n@m@n..

aku sndri pnah post pndpt aku ttg ppsmi ni kat blog aku dulu.. kalu rajin boleh pg blog aku n bace skali komen2 utk post tu... :)

http://areev19.blogspot.com/2009/03/isu-ppsmi.html

semutar merah said...

Aku amat bersetuju PPSMI diteruskan. Tetapi bukan sains dan matematik sahaja dalam bahasa Inggeris, subjek lain pun mesti diInggeriskan juga. Kalau boleh bahasa Melayu pun diajar dalam bahasa Inggeris. Baru global. Bereh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...