Tuesday, December 8, 2009

Festival Teater Kebangsaan (Detik)


satu pengalaman yang sukar untuk aku gambarkan.. yup.. bg budak drama dan teater mcm aku, masakan aku tidak tahu tentang festival teater kebangsaan. tahun ini juga berlansung seperti biasa.. aku mendapat undangan dari kawanku, Said Saiful untuk turut serta dalam festival ini bagi mewakili pahang. aku bg persetujuan berdasarkan banyak sebab. pengalaman dan persahabatan.. aku akan memegang watak Kurnia Putra dalam persembahan yang merupakan persembahan penilaian samada kami layak atau tidak untuk mendapat 6 tempat dalam festival teater kebangsan yang dijadualkan berlansung dalam bulan februari 2010 nanti.





alhamdulillah.. segalanya berjalan dengan lancar.. walaupun pada awalnya proses memang menunjukkan berbagai rintangan masalah yang kami terpaksa lalui.. yang sekali gus sebenarnye memberi gambaran kelam kepada persembahan yang bakal berlansung. namun kecekalan team produksi yang sentiasa positif membawa juga kami ke destinasi akhir itu dengan rasa puas hati. dr hal penginapan, audio, kesungguhan team produksi, kepayahan mencari muzik, sokongan pihak atasan, gangguan golongan tertentu, kami buntu.. tapi teruskan aje langkah kaki.. alhamdulillah, akhirnya terletak sudah kesudahannya di situ.. berbagai pujian kami terima.. aku harapkan pujian itu akan memberi sinar kepada kami yang sememangnya seperti org merangkak2 mencari kekuatan untuk ini.. walaupun secara konseptualnya, kami sudah pun mewakili pahang utnuk membawa nama negeri ini ke peringkat kebangsaan... dan sepatutnya bukan kesusahan yang sepatutnya kami lalui tetapi kemudahan yang sepatutnya disediakan bg melihat kemampuan kami membawa nama pahang ke peringkat kebangsaan, kami pasrah dan tetap bersyukur.. seribu kepayahan yang DIA berikan, beribu kelebihan yang lain kmi temukan...





alhamdulillah.. segalanya sudah berakhir.. aku pun sudah pulang ke KL.. pengalaman giler, menghafal skrip dan memahami karakter hanya dalam masa 5 hari, dan terus mempersembahkan lakonan yang akan mewakili pahang, aku rasakan ini memang giler.. tp sudah pun ku lalui.. alhamdulillah.. harap ada sinar cemerlang yang menyuluhi Kirana Production bulan december ini.. sma2 doakan ya... doakan kami berjaya untuk ke peringkat akhir kebangsaan nanti ya.. insyaallah..



btw aku nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang terlibat... Epul, Masitah, Nazirul, Farah, Kak Adik, Kak Lida, Pae, Syidek, Yusri, Hafiz, Eka, Che Am, Haris, Hatta, Kupan, kembu, Izzul, Eby, Jaja, amar, warga Taman budaya, Warga UMP, Family epul... dan semua yang menyokong secara lansung atau tidak...
























p/s : tq roy.. sanggup datang, pusing dr ump ke town untuk bg aku sebeban karipap yang sedap tu..

p/s: tak dpt jumpe aina... sedih....

4 comments:

Nur Aainaa Khairunnisa said...

sedih gak....tapi nak wat camne...

fairuz bz yg teramat katanya....

p/s: mesra nampak ngan kawan aainaa tu...kata segan...;p

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

tubuh bersalut tepung gomak...kehkehkeh =P

Anonymous said...

trime kasih sbb sudi tolong..
xtau nk bls jasa cmne...
sorry 4 everything

-EPUL-

Mr.Homosapiensz said...

moga berjaya peringkat akhir kebangsaan nnti yer....

(mcm copy paste je ayat..ahaha....)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...