Tuesday, August 18, 2009

Rakaman Evolusi Muzik

Memang menjadi impian kecil aku untuk membuat satu persembahan secara lansung bersama band Antz... yela sejak kami tamat kontrak, masing2 dengan bisnes masing, aku dengan study ku, kami seakan terlalu jauh... lantas apabila mendapat satu tawaran show untuk band Antz, aku terus setuju.!!! Kami disatukan kembali untuk satu rancangan yang akan disiarkan di chanel muzik aktif, Astro 180... rancangan "Evolusi Muzik" ini seperti satu rancangan persembahan selama satu jam, yang segmen utamanya ialah persembahan pentas secara lansung. disamping tu kami juga akan diperlukan untuk sedikit sesi temubual dan juga lawatan ke rumah2 kebajikan... sangat bagus kan.. berbakti melalui kesenian..


Terus, kami deal bersama geng2 kami untuk show ini. tp agak sedikit kecewa kerana Bassist, Ein tak dpt join, sbb ada komitmen lain yang dia tak dpt elakkan... tapi takde masalah, kami ajak beberapa member untuk replace. aku turun shah alam tanggal 9 hb.. sehari sebelum latihan.. sampai saje... terus aku berlatih.. budak2 lain dah berlatih awal untuk perkemaskan apa yang patut untuk muzik.. aku sampai jek.. mase nyanyi dengn band, memang pelik.. sbb aku dah lama tak nyanyi dengan band.. ahahah.. tp takde maslah...



Dan.. plan nya nak tido awal sbb esoknya dah mula rakaman... tp malam tu kunci kereta aku tinggalkan kat satu kedai runcit india... adui.. jd demi menjaga keselamatan kereta... yela takut kene bawak lari ke ape.. aku tak tido lansung.. dengan member aku sorang, aku berjaga kat depan kereta tu.. sepanjang malam.!!!!!.. dlm kul 7, kedai tu bukak, aku serbu, amik kunci.. terus tido jap.. sampai dalam jam 11... berapa jam jek.. aku risau tak ckup rehat nak live byk lagu ni.. lantas aku minum ar sebotol livita... ahahha.. energy.!!!



heeh.. then dlm kul 2, kami bertolak dr shah alam menuju ke FINAS.. sebelah zoo negara tu.. giler jem mcm lemak ayam.... kami sampai dlm kul 4... terus.. mekap2... pastu shoot untuk sesi temubual dlu.... soalan paling best ialah berkenaan satu malaysia.. ahahah.. lawak je rasa..


then diteruskan kepada sesi rakaman persembahan.. kami dijadualkan mempersembahkan 8 lagu.. campur rehearsal.. jd aku kire nyanyi 16 lagu petang tu.. takde maslaah sgt... hah.. ini dia list 8 lagu kami ari tu..

1- Menanggung Cinta
2- Sebati
3- Beautiful Soul
4- Terpaling Berseri
5- Izinkanlah
6- Lewat Semesta
7- Lydia
8- Jika Kau Bercinta Lagi

Best tk.. aku ckup suke dengan piliha lagu kami... Antz ade, Qface ade... Artis lain pu ade.. ehehe.. kami memang enjoy petang tu.. rakaman tu berjalan lancar.. eheeh cume mungkin bg effect sket kat suare aku sbb smoke mechine tu rosak aku rasa.. dah mcm terbakar dah dalam studio.. sampai satu thap kene hentikan sbb asap byk sgt.. perit dah tekak aku... tp nasib lagi masih terkawal...



kami tamat rakaman dalam kul 8 mcm tu rasanya.. terus.. lepak2 sekejap.. makan2... kemas2 barang.. kami terus berangkat meninggalkan studio.. rasa seronok yang bukan sedikit setelah dapat ganther balik ngan budak2 ni.. ejan, nan ngan dua member tu.. terus rasa nak wat antz balik...




8 comments:

Nur Aainaa Khairunnisa said...

wah....lagu best²!!!! tapi.....

Fairuz Selamat said...

tapi.!!!

Nur Aainaa Khairunnisa said...

kat astro ke??...so takleh la nak tengok....huhuuu....=(

penat je excited..huh!!!!!

Fairuz Selamat said...

ha a.. astro.. takpe.. org try dptkan rakaman.. ehehehehe

Nur Aainaa Khairunnisa said...

leh dapat ke??? yg video aritu tak dapat² pun...huhuuu...;p

Fairuz Selamat said...

tu la dia ainaa.. ahahaha insyaallah ade nanti.. sbb dia ade kerjasama ngan rtm

noorafzan.blogspot.com said...

yeay..saya ada astro..

Fairuz Selamat said...

nanti kalau dah nak siar.. fairuz gtau ek.. tp lama lg rasanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...