Tuesday, August 18, 2009

Aku Dan Study



Aku dah Konvo.!!! dan dianugerahkan sarjana Muda Seni Persembahan- Drama. ahaahh... Lepas dah satu lgi peristiwa menarik dalam lipatan demi lipatan kisah seorang Fairuz Selamat... Sejak berakhirnya SPM, aku sebenarnya malas nak belaja lagi dah... Entah... Mungkin sbb mase tu aku rasa benci giler kat sekolah Munshi Sulaiman tu... tak tau kenape... Dan satu sebab yang paling kukuh kenapa aku terima tawaran Form6 tu adalah sbb aku diperlukan untuk wakil sekolah ke Pertandingan Pantun Peringkat daerah dan seterusnya membawa ke peringkat negeri dan sebagainya...

Nampak...
Jelas...

Aku bukan seorang yang memikirkan tentang pelajaran.. tetapi lebih mementingkan aktiviti kokurikulum yang aku rasa kebih fun dan bg aku semangat untuk melayari hari-hari aku.. hahaah... tapi dalam pada itu, Kala aku malas untuk study, saat aku merasakan aku terpaksa untuk study.. aku dikurnikan keputusan yang alhamdulillah, membanggakan...

Kenapa
Bagaimana

Soalan itu antara persoalan yang sering bermain di fikiran aku sehingga sekarang.. kenapa tuhan begitu pemurah dengan aku.. kelekaan aku, kelalaian aku, kemalasan aku.. dan segala attitude yang aku rasa perlu ada dalam diri seorang mahasiswa, tetapi tiada pada aku, dibalas dengan rezeki yang sgt tinggi nilainya dalam arena pembelajaran aku.. Aku tertanya, mereka juga sering bertanya... "bagaimana aku mendapatkan semua ini"....

Apa

Setelah aku menggengam Ijazah Sarjana Muda ini.. dan juga beberapa anugerah yang aku dapat dalam usaha aku mencapai yg terbaik dalam akademik atau kokurikulum... aku tersedar... akademik bukan penentu kepada kejayaan.. tetapi ilmu... "Bagaimana kamu bahagikan masa antara aktiviti dan study".. Soalan Klise yg aku susah nak jawab.. Lantas jawapan terbaik bg situasi aku adalah... Aku tak study, Dan aku tak beraktiviti... "tp aku menjalani kehidupan aku"... dengan sebaiknya.. dari situ lah akan aku dapat ilmu yang mungkin takde dalam kelas, dan takde masa aku beraktiviti.. tetapi ia memandu aku ke destinasi terbaik dalam perjalanan aku...

Aku selalu terfikir, tuhan sudah terlalu baik dengan aku.. sepanjang aku menjadi seorang pelajar, dr darjah 1 sehinggalah tamat ijazah ni, tuhan memang terlalu baik memberi segala mcm perkara terbaik kepada aku, sedangkan usaha aku adalah sekadar bisa-biasa aja... Ramai kawan yang kenal cara aku, akan berkata bertapa bertuahnya aku... sentiasa diberi peluang terbaik...

Namun
Sedar

Entah.. samada tuhan yang memberi terlalu banyak untuk aku, atau aku sendiri yang tak sedar dengan pengorbanan aku dalam usaha-usaha aku.. lantas ketidaksedaran itu membuatkan ganjaran yang aku dapat sepetinya datang bergolek. ye lah.. mcm aku ckp td.. aku tidak hidup untuk study dan beraktiviti, tetapi aku menjalani kehidupan aku dengan sebaiknya..

Lantas..
Keputusan

Dalam menjawab segala pertanyaan itu, satu yang aku dpt rungkaikan...

"buat yang terbaik walaupun kamu hanya ditugaskan untuk memutuskan sehelai rambut.."


4 comments:

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Apabila Fairuz selamat menutur kata melafaz bicara, jari jemari mncoret bait-bait kata, yang membaca hanya mampu ternganga dan terkesima.. Heehee.. Renung-renungkan dan slamat bramal.. =)

Fairuz Selamat said...

haahhah... itu lah dia fairuz selamat yg sebenarnya.. sehinggakan daku digelar poyo oleh kerana ayat2 ku... ahahahaha

Nur Aainaa Khairunnisa said...

memang pun...!!!!

Fairuz Selamat said...

mane ade.!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...