Tuesday, July 28, 2009

Laporan Tentang Yasmin yang Mendukacitakan.

aku terpanggil untuk membuat entri ini setelah aku membaca laporan Kosmo berkenaan Arwah Yasmin yang dikatakan khunsa. aku tidak akan memberi komen balas atau pandangan tentang kenyataan ini. Kerana ini bukan hal kita, ia adalah urusan Allah dan Arwah. Tapi ape yang aku nak katakan, bahawa aku cukup kecewa dengan laporan itu. Apa relevannya di ungkit perkara itu walhal Arwah sudah pun meninggalkan kita... Hal seperti ini mungkin digambarkan sebagai memberi gambaran sebenar tentang arwah dr sisi yang lain seperti yang diketahui oleh masyarakat.. Tp untuk apa?... kerana dr apa yang aku nampak, tak lain hanya mencipta aib tentang arwah...

Ya... mungkin ramai yang tau cerita sebenar, tp bukan lah semua golongan kan. Tetapi dengan laporan itu, yang mana dijadikan sebagai muka depan, dengan tag line "Yasmin mati sebagai wanita" bukankah seperti memberi gambaran yang jelas tentang sisi ini, kepada seluruh lapisan masyarakat, yang mana aku rasa tak semua perlu tahu tentang sisi ini. Ia merupakan satu hal yang berada luar dr kuasa kita. Allah telah tentukan bagaimana mahu dijadikan arwah.. Kita terima dia seperti adanya yang dia mahu.. Yang lainnya, biarlah Arwah dan orang2 tertentu yang tahu.. aku melihat perkara ini sebagai aib.. dan aku sangat kecewa dengan penghasilan laporan itu. cukuplah dengan laporan tentang keperibadian yang indah tentang arwah dan juga tentang pencapaian dan karya2 beliau.

tambah lagi, beliau punya keluarga yang ditinggalkan, punya suami yang disayangai.. jadi kemana arah laporan ini akan dianggap?... fikirkan... sepatutnya, kita memikirkan betapa ruginya industri kerana kehilangan seseorang yang tak mungkin ada gantinya itu... tp sekarang masyarakat gigih memikirkan tentang laporan yang satu itu... di mana rasa hormatnya kepada arwah dan keluarga.. fikirkan....


11 comments:

acik ayu said...

ntahnye fairuz.

kosmo tu dah xde citer laen agaknye.
tolongla. keje btol dorg tu.

geram!

Fairuz Selamat said...

kan....
geram tol... takyah la letak citer tu.. lg2 diadah kawin kan

.:iss:. said...

menyakitkan ati.tau nak kaut untung jer. xsensensitif langsung. wtf.

al-fatihah

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

boikot kosmo!

RoY@AzrUL said...

sedey aku...biar lah yg pergi menghadap ilahi, kita sogokkan dgn cerita2 indah kerana tiada guna kita paparkan persoalan aib yg tidak mungkin dpt ditangkis oleh dirinya sendiri...
bagi seorg peminat karya beliau, aku masih sukar menerima hakikat bahawa aku sudah tidak dapat menjengah buah tangan terbaru beliau...benarlah TalenTime telah pergi bersama seribu cerita dan masa berlalu...

idasm said...

la ye ke.. ishk.. dah arwah pun diorang ni nak buat gossip lagi yea..

Anonymous said...

org skrg suke membuka aib org..konon nk buktikan kebenaran..haihh..
"jgn cbuk jaga tepi kain org, kalo kain sendiri koyak"..hehehe..
ape2pun semoga apai sukses..akak dah lame x jengok cni..

Mak Jemah said...

kalau ye pon nak lariskan jualan surat khabar tapi janganlah sampai mengabaikan maruah orang lain2..lebih2 lagi orang tu dah tak de..

Unknown said...

astagfirullah al azim...melampau tul downag nih..org dh pergi nk d aib kan pulak..sape dowang tuk menilai..itu kerja tuhan..dia tau ape yg sebaiknya..n klu itu pun hakikatnya simpan jerk la sbgi satu cerita yg dowang sj tau..tak perlu la nk cita kat satu dunia ttg sorang yg dh pergi...dia pergi meninggalkan hasil kerja yg bole d banggakan..bukan nye tinggalkn nama buruk kat negara..so nape nk ungkitkan cerita yg pernah di tulis d awal pembabitan arwah dulu?hurm...

minyakangin said...

taw xpe...
kekadang tu, wartawan ni membantu...
kekadang menjatuhkan...
tapi for what tuk org yg da pergi kn?
tah ler...

Fairuz Selamat said...

betol.. setuju ngan korang sume.. memag tak patut,... sian family dia... kalau fairuz dah saman jek sume tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...