Tuesday, June 30, 2009

Review "SATU" Siti Nurhaliza


eh siti tengok aku la..!!!!

akhirnya, penantian aku selama dua bulan terjawab, dan berakhir pada tanggal 28hb jun yg lepas... konsert satu daripada artis no 1 negara, siti nurhaliza... konsert yg di inpirasikan daripada konsep satu yang diperkenalkan oleh PM kita, juga didedikasikan sempena hari bapa yang lepas.. dengan kerjasama kementerian pelancongan, istana budaya dan juga maxis, konsert ini nampaknya memberi tahu kita yang aura siti nurhaliza masih utuh apabila tiket untuk konsert ini laris dijual dalam masa yang singkat..

aku harus berterima kasih kepada zafirah zaini... kerana membelikan tiket ini...tq zaff.. dan kami pergi menonton pada hari yang sama, 28hb .... an ramai juga vip yang hadir pada malam itu.. yang paling utama, mantan PM kite, Tun Dr Mahathir... Kris Dayanti juga ada, Rossa, Fazley Zainal, Ning Baizura.. dan lainnya.... yela.. mahu menyaksikan kehebatan siti, sapa yang boleh tolakkan...



terus kepada komen.. secara keseluruhan.. aku memberi 4 bintang kepada konsert ini.... secara keseluruhannya juga, aku merasakan konsert ini berjaya di jalankan dengan sungguh berjaya... dan komen di bawah ini adalah berdasarkan pengamatan aku, Fairuz Selamat... jadi kalau ada yang tak puas hati.. aku mintak maaf awal2 k...

VOKAL



aku selalu fikir, vokal siti sudah agak tepu.... susah nak lontar dan kurang energy nya... ye la lepas kahwin kan.. dengan penghasilan album hadiah drpada hati yang aku rasa siti kurang intenct dlm nyanyian, kebanyakan lontaran siti tarik kebelakang........ tp malam itu, aku buang jauh2 semua tanggapan itu.. dan timbul satu tanggapan baru "shes still the best singer in malaysia...".. suara siti sgt bagus... suara seperti ini yang aku tunggu lepas dia kahwin... sgt matang... lontaran yang stabil.. kontrol yang bersih... penggunaan high register dan low register yg sgt baik.... siti minimumkan suara dia.. tak mcm konsert mega n konsert fantasia yang aku rasa siti terlalu teruja untuk allout.. tp kali ni dia berikan seegalanya dalam interpretasi yang terkawal... dengarkan emosi nya sewaktu medley bila harus memilih dan cuba untuk mengerti.., dengarkan lontarannya untuk kurniaan dalam samaran dan tiada dendam di hati.. dengarkan attitude yg diberikan sewaktu debaran cinta dan kumahu... dengarkan juga lenggok melayu sewaktu bulan yang mesra dan di taman teman... SEMPURNA....!!.. siti... kekalkan lontaran seperti ini..... aku memang bg 5/5 untuk vokal siti... tak goyah lansung..... adakalanya waktu aku tengah giler2 dengan zaff, aku terdiam.. sebb aku mengamati vokalnya... sampailah zaff kejutkan aku sbb suruh pegang banner. ahahah

KOSTUME



secara jujurnya.. ada beberapa baju siti yang aku rasa hanya cantik.. tp tak praktikel untuk sebuah konsert nyanyian... yang aku suke.... masa segmen broadway... baju hitam tu.... kimono merah, baju hijau dan baju last... baju pertama siti, warna biru tu... cantik,... tp bukankah juraian manik2 tu menggangu pergerakan dia.. nampak sgt siti terganggu apabila juraian tu asyik ke muka dia... aku juga kurang berkenan dengan juraian manik2 dekat tangan tu.. kalau takde aku rasa better.. lepas tu baju hijau.. aku rasa baju paling cun.. kerawang yang berat sebelah pada baju tu sgt menarik.... warna hijau yg sgt masuk ngan kulit siti. masa segmen broadway.. memang menarik.. aku suke top yang penuh labuci berwarne putih tu digandingkan dengan bottom hitam yg simple... matang.. then sepasang persalinan selepas sagmen broadway... baju hitam disarungkan menggantikan top putih td.... agak menarik.. tp aku rasa seluar itu mencacatkan,.. bukankah lebh baik kalau diganti dengan tide (betol ke ejaan ni)... hanya di bahagian kaki.. tidak mengapa rasanya.. tp mungkin juga kesuntukan masa untuk bertukar pakaian.. aku juga kurang gemar lilitan kain net pada kepala siti berwarna hitam tu... kurang kemas..... juraian nye nampak kaku.. lg elok kalau diganti dengan net atau lace yang lbh berat... pastu... baju last tu.. memang menarik.. aku suke giler... memang ni aku rasa trademark rizman ruzaini... cun2.. yg lainnya ok sajaaaaaaa... no problem..!!!

GUBAHAN MUZIK



superb.!! aku bg kdt yg byyykkk kepada aubrey sbb gubahn malam tu memang superb... lbh baik dr RAH dlu... aku suke elemen kejutan dalam graff setiap lagu yang disuntik.. memang bg impak yang sgt menarik.... aubrey hidupkan setiap lagu.. walaupun lagu slow... walaupun temponye slow.. tp elemen kejutan dan stroke drum. memang bg semangat kepada lagu.. segmen broadway juga sgt menarik.... aku memang suke.. dengan pstepping bass yg sgt masyukkk.... aubrey berjaya menimbulkan karakter siti sebagai penghibur antarabangsa..... tq dan syabas aubrey..

SOUND



sedikit mengecewakan.. pada awalnya memang bagus... keseimbangan kelunakan suara siti, nasal sound siti, di gabungkan dengan keseimbangan yang baik oleh soundman tu... tp di pertengahan... dah start humming.. then aku rasa kualiti mic tu ada kurang sket sehingga ke akhir.. tak mcm awal2.... humming tu banyak kali gak kot.. lg la kami yang dekat ngan speaker ni.. memang la mengganggu... nasib lepas tu dah takde... tp suara siti la... mic dia dah tak jelas mcm awal2..

PILIHAN LAGU



yeah.. aku sgt berpuas hati dengan pilihan lagu siti untuk konsert ni.. sume nye yg memang dlm list peberet aku... cume mungkin terselit sedikit kecewa apabila lagu yang paling aku harapkan, Bisakah, tak berkumandang.... tapi takpe... tanpa dendam dihati, kurniaan dalam samaran, bila harus memilih, cuba untuk mengerti, antara lagu yang jarang siti bawakkan... memang aku puas hati.. takde satu lgu pun yang aku rasa membosankan..... susunan pun menarik... mana lagu yang dimedleykan.. mana lagu yang dinyanyikan full.. aku puas hati... tp tambah la sket siti.... kesilapanmu keegoanku ke, wajah kekasih ke, kembalikan indah, sakti, bisakah, .. huwaaa.. tak puas tau.!!


baju paling menarik bg pendapat aku..

SETTING PENTAS

ok... tak la terlalu mengujakan... inspirasi dr konsert celine di vegas memang ada sedikit kelihatan... aku paling suke segmen broadway... tp sayang terlalu pendek.. set yg begitu cantik dan diva pada aku... siti sepatutnya menggunakan segmen itu dengan lebih panjang... byk yg siti bleh lakukan dengan set ni.. mcm ala2 teater chicago tau.... sayang giler.. sekejap jek.. satu lgu terus turunkan.. aku juga suke set frame yang di turunkan tu... lbh menarik kalau siti lebihkan bermain di frame2 itu..... siti ade main2 sket waktu permulaan lagu bulan yang mesra .. tp tak lama.. cube kalau siti mainj lagi.. berlari2 sekeliling frame tu ke... main acah2 dengan penari di sebalik renda frame tu... kan? dan semestinya segmen lagu destinasi cinta sgt mengujakan.... muccchhh better dr ajl dlu. memang menarik... aku suke giler... mantap... !!... lagi satu... mase segmen siti situ sane sini, yang penari pakai topi kontraktor tu.. aku bayangkan penari tu lbh agresif.. bermain, memanjat dan bergayut pada besi2 tu.. bukankah lebh jelas elemen tetaer tu.. kan?.. tp overall aku puas hati.. memang apa yg siti katakan dulu, jelas dtonjolkan dlm konsert ni.. memang kelainan yang ketara dlm rentetan konsert2 siti.


segmen broadway yg memukau.!!

selebihnya.. aku rasa siti telah melakukan kerja2 pentas yg terbaik ... aku secara rasminya mengumumkan, inilah konsert terbaik siti.... cukup segalanya.. cukup rencahnya... vokal yang mantap, attitude pentas yang hebat, pilihan lagu yang bagus, gubahan muzik yang sgt international. penari yang yg bagus.... ya mungkin ada sedikit cela, tp kesempurnaan itu bukan mudah untuk di capai.. apa yang siti berikan ini sudah lebih dr baik.. terlalu bagus... aku sgt kagum dengan apa yang siti persembahkan... teringin rasanya ingin berkongsi pentas dengannya... dengan konsert sehebat ini....




tambahan
  1. kehadiran Tun Dr Mahathir memang mengejutkan hadirin.. semua bangun memberi tepukan
  2. lontaran awal siti untuk lagu hati memang membuat penonton bersorak.. bagai memberi amaran bahwa dia sudah kembali
  3. visual billboard yg memaparkan siti sedang menyanyi antara visual paling menarik.
  4. mungkin ramai yang tidak tahu, mengapa siti memakai kimono untuk lagu kurniaan dalam samaran.. untuk pengetahuan semua, lagu tu ada menggunakan elemen angkar.. iaitu satu elemn muzik dalam muzik jepun
  5. kehadiran ning baizura di lobi, menarik ramai orang utk bergambar dengannya
  6. siti kurangkan bicara mengenai arwah ayahnya, mengelakkannya dr menangis
  7. tq so much untuk zaff..!!!! for the tickets.!!
  8. tq untuk eddy.. aku grab gmbar dr blog dia.. ehehe
  9. jumpe ramai blogger.. tp tak sempat tegur n bual2.... kak tajlena, kak nurul sume.. yg sempat cume aiman jek ngan zaff...


4 comments:

izzah aziz said...

org ingt ade gamba die ngn ct tdi
hikhik

idasm said...

fairuz... akak nak ucap tima kasih byk2 for this review. rasa terubat sikit kekecewaan sebab tak dpt tgk konsert siti. byk yg boleh di imaginasikan drpd review ni.. harap2 snp keluarkan dvd atau vcd. walau tontonannya nanti tak sama dgn live.. tp bolehlah kan drpd takde.. hehe... thanks dik!

NoraJoey said...

such a nice review...i takde kat sn but i dptg bayangkan keadaan itu..memang rugi rasenye tak dpt tgk konsert itu...n again thanx for da review...kagum ngan penelitian anda...hehehehe

Fairuz Selamat said...

kak ida ngan nora.. tq for commenting.. actually mungkin sbb fairuz pun penyanyi jugak kot.. kd biler tgok setiap konsert, fairuz akan tgok detail2... plus.. fairuz memang suke komen2 ni2..ehhee teringin nak jd juri af.. tetibe.. ahahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...