Tuesday, June 2, 2009

Inilah Makna Sahabat


Persahabatan memang sukar untuk ditafsir. walau mulut berbicara hingga tiada apa mampu di utara, walau ingatan dikerah sehabis boleh untuk menghargai setiap kenangan, walau masa cuba dilengahkan untuk menghayati keindahan, jawapan di akhirnya tetap sama. persahabatan itu sesuatu yang sukar untuk di telah. mungkin mudah untuk di ertikan, tp sukar untuk ditafsirkan. malah lebih sulit untuk di lestarikan. apa perlunya sahabat baik, apa relevannya mempunyai sahabat baik..? ia terlalu subjektif. lain orang lain perangai.. lain kasta lain kehendak. lain bangsa lain citarasa. mampukah sahabat baik menjadi seperti air yang takkan mungkin terpisah walau badai melanda?. mampukah tali persahabatan itu di pertahankan dr rapuh, sedangkan kita sbg hamba allah pun iman belum lagi kukuh.. sukar untuk di simpulkan. segalanya terletak di tangan mereka yang empunya ruang itu. ruang untuk berkongsi.. ruang untuk memahami.. dan ruang untuk mempercayai... andai terpatri indah elemen2 itu, pasti ruang itu akan menjadi lebih luas, seluas alam yang memberi kita seribu keselesaan....

"ckup sampai disini... tak usah kita kenal satu sama lain.."

adakah aku terlalu angkuh untuk begitu mudah memutuskan persahabatan?.. tidak...!! jauh sekali... aku dilahirkan dengan fitrah yang mengagungkan persahabatan... meski diri aku tak ckup sempurna sifatnya, jauh lagi kekurangan diri aku dr segi rohaniah dan moral, namun untuk meletakkan persahabatan di tapak kaki, yang bisa di tendang sesuka hati, itu bukan Fairuz Selamat. aku meletakkan persahabatan itu di singgahsana teratas untuk aku rasai nikmatnya mempunyai apa yang di panggil sahabat... aku sedar, bukan mudah untuk menjadi sahabat.. apa lagi untuk mendefinisikan hubungan itu sebagai kawan baik.. tp sebagai manusia yang saling berhubung, bukankah lebih indah jika kita mensederhanakan hubungan itu agar ia terbina secara sendiri, seiring dengan tuntukan hukum alam, dan hasilnya, pasti akan lbh indah. bukan dengan paksaan dan keghairahan. itu lah... terkadang mulut kita begitu lancar untuk mentafsirkan persahabatan atau kita mempunyai kawan baik. namun dalam begitu, aku tak mengerti kenapa masih ada memaksa ruang itu untuk menyatukan semua elemen itu tadi iaitu berkongsi, memahami dan mempercayai. kenapa perlu dipaksa... tak perlu.. semua elemen itu hanya perlu dijadikan ciri persahabtan, bukan sebagai unsur yang perlu dipaksa. kerana percayalah, dalam apa sekalipun, paksaan tidak akan mendatangkan hasil yang jujur. walaupun didirikan atas niat yang baik.. keikhlasan itu adalah kunci kepada segala kejayaan,


kita adalah anugerah dr allah dalam konteks yang sgt berbeza. walaupun darah menjalinkan kita sebagai saudara, percayalah, kita sudah ditentukan dalam cabang2 yang sungguh lain warnanya. punya kelebihan yang tertentu, dan sudah tentu punya kelemahan yang pasti. untuk menjadi sahabat, menyintai kelebihan dan menghormati kelemahan sahabat sangat penting. kita punya takdir tertentu, kita punya titik noktah kita sendiri... tak semua yang kita rasa perlu dirasa oleh sahabat. tak semua apa yang kita perlihatkan, dapat dibaca dengan mudah oleh sahabat. tak semua masalah kita, dapat dibaca dengan tepat oleh sahabat... dan tak semua tanggapan kita terhadap sahabat kita, benar... kerna ia sulit.. hanya diri sendiri yang mengenali diri sendiri. oleh itu untuk membrikan satu gambaran negatif terhadap sahabat hanya kerana bukti fizikal yang belum tau punca wujudnya... ia merupakan penghinaan terhadap persahabatan.. terkadang kita tidak tau betapa berat beban dipikul oleh sahabat... jadi dengan membuat spekulasi yang ragu, bukankah lebih menyakitkan....?

lantas apabila aku dengan mudah meluncurkan "ckup sampai disini... tak usah kita kenal satu sama lain..".. aku sebenarnya didesak oleh kesedihan. didesak oleh desakan.. ckup... tiada yang perlu di sambung... kerna ikatan itu sudah terlerai....

namun.. dalam melalui jalan sunyi ini, aku tersenyum... allah memberikan aku ramai kawan atau sahabat yang sgt indah.... ingin sekali aku butirkan disini antara mereka yang aku tafsirkan sebagai kawan baik aku... yang pertama Nina.. rakan sekelas aku semasa aku melangkah ke pusat kebudayaan untuk kali pertama. kenapa aku memanggilnya sahabat baik?.. kerna banyak yang kami lalui.. banyak yang manis.. dan sangat banyak yang duka.. kami pernah jauh, marah.. ketawa bersama.. banyak yang kami cipta bersama.. dan till now, shes still here.. dia yang setia menemankan aku kemana saja aku pergi. saat aku terbiar oleh pegawai yang hanya tahu makan gaji buta, dia juga yang ada disitu untuk membantu aku. dan sebagainya. kedua, Shahrizin... kami melalui jalan yang sgt sukar bersama. dia juga sahabat yang banyak mengorbankan kepentingan diri kerna aku. walau aku khianat, persahabtan ini tetap utuh atau pernah utuh... ketiga, fina.. kami menjadi rapat setelah kami dipulaukan oleh kerna kecemerlanagn akdemik kami. perlukah begitu...? lantas kami berjalan bersama. kamu melakukan banyak bnda bersama. deras peluh mengalir, deras air mata menitik.. kami laluinya bersama. till now, dia juga masih disni.. merancang untuk terus membina hubungan ini seutuh mungkin. yang ke empat.. suhal farianti suhaimi... 1stly.. sorry sbb tak letak su kat list ni.. sebenarnye.. memula org nak letak.. tp org terleka.. then org letak kat para bawah tu... su... su pun tau kan betapa pentingnye su dlm hidup org... kita bannyak wat bnda bongok2 tu.. ehehe.. su banyk susahkan diri su untuk org... kite gak pernah hadapi bnda2 yang menyulitkan bersama.. yup... u r one of my best frenz..!!!! yes u are.!!!! mereka beempat ini lah yang hanya aku ada dalam ruang sahabat baik aku. kebersamaan kami mendapat banyak respon negatif. kami mendapat banyak bayangan hitam yang seakan akan mahu kami terpisah.. namun alhamdulillah... sehingga saat ini.. kami masih lagi "satu"..

namun begitu... aku sgt bersyukur sbb ade kamu semua.. mungkin untuk aku lampirkan disini.. terlalu ramai.. nanti ada yang tertinggal.. takut terasa nanti... tp apa yang aku nak ckpkan.... aku sangat berrsyukur kerana mempunyai kalian dalam aku menempuh jalan ini sendiri.. aku mohon.. jangan di pandang ringan persahabatan ini... bukan mudah membina satu ruang sahabat.. bukan mudah menjalin ikatan persahabatan, tapi hanya sebaris ayat, ia mampu musnah begitu saja... jadi, usah di anggap persahabatan itu berada di dalam tangan kita, kerna kuasa persahabatan itu tak mampu kita bayangkan.. ia mampu mengubah manusia dan mampu mengubah dunia. hormati ia... dan ia akan hormati kita.



18 comments:

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Ku hormati prsahabatan ini.. Ku julang tinggi ke tmpat di mana sharusnya ia brada.. Ku akan brusaha melestarikan erti prsahabatn ini.. Namun andai ku trsungkur di prjalanan itu, ku mohon secebis kkuatan dr kamu agar ku bisa bangkit smula mneruskan prjuanganku demi prsahabatn ini.. =)

Nur Aainaa Khairunnisa said...

sangat terharu ngan entri ni....
bila berkait ngan sahabat, aainaa suka berpegang pada kata² ni:

"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari"

=)

suhal said...

"tp kita tak pernah bersusah bersama kan?".... hurm.. x pernah kah? ntah la.. Maybe su yg byk bersusah payah sorang2 kot...Su jek yg taw, tp semua tu sebelum yuz kenal kwn2 di UM.Bila yuz da mempunyai sekumpulan kwn di UM, su da merasa sgt tidak berapa gembira. Awk x mcm yuz yg sy kenal dulu.(sgt sedih okek!) Cuma beza nya, kwn2 UM yuz, Boleh tgk yuz setiap ari.Tp, su x!. Kan? Huh! Tp, su tetap x pernah lupakan kenangan bila bersama awk. Walaupun, da lama sy xjumpa awk. Tak bermakna sy tak ambik tahu pasal awak. Saya Masih! sehingga hari ini. Cuma tak dinampakkan.Hurm..
Sgt TERsedih :'( Maafkan Ku~ Bye!

~RoY @ AzRuL~ said...

roy itu, aku kah??? huhu..ok2, be serious..
apai, dalam hidup ni, sukar untuk kita memperoleh seorang sahabat..sahabat yg setia untuk bersengkang mata mendengar cerita kita...sahabat yg berkongsi rasa merenung luahan kita...sahabat memikul beban meringankan keperitan kita..cukup susah untuk mencarinya..
khianat, dendam dan dengki, sering wujud dalam diri kawan yg dangkal menghargai kita...
tp, percaya lar...walau apa pun yg berlaku, walau jauhnya jalan yg berlalu, akan ada teman yg bersama kita..akan ada teman yg tersenyum melihat kita..andai kita yakin dan sentiasa menghargai mereka...
caya lar bro..!

p/s: aku nk gi ar kat Terminal One la dgr psembahan ko..kalo aku jerit2, ko sambut ajer la ek..hahaha

Unknown said...

Sahabat,
Kata sederhana yang tidak mudah ditemukan dalam kenyataan.
Sahabat,
Tak semua yang dekat mampu berlabelkannya.
Sahabat,
Ada kerinduan untuk selalu dapat bertemu dengan insan sepertinya.

Pernahkah kau bertemu seseorang yang sentiasa setia di sisimu, kala kau jatuh dah hilang punca?

Pernahkah kau dapati seorang insan yang selalu tahan mendengar kisahmu, kala angin membawa berita busuk tentangmu?

Pernahkah handphone berdering di tengah malam, hanya untuk sebuah kalimat pendek "Apa Khabar Imanmu?"

Pernahkan kau menangkap butiran airmata yang disembunyikan, sehabis doa panjang yang pada nye terselit nama mu?

Dia lah shabat sejati mu.....
Salam Cinta.....

(______________)

abangfaizul said...

apai...

sukar untuk memahami maksud sahabat... kita kadang-kadang tidak menghargai kewujudannya, sehinggalah waktu ia hilang buat selama-lamanya...

bila ia sudah tiada, ia tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya

aimanhaQimy said...

"sahabat" adakah aku antara sahabat mu?

Anonymous said...

Wah...begitu ke....hmmmm....baik awak buat ape apa yang awak rasa betul...kekadang kita sukar untuk mentafsir segala-galanya dan memahami kesemuanya....huhuh....awak kan ramai lagi kengkawan...jangan risau..masih ramai lagi kawan-kawan awak yang lain....lagipun kawan yang awak maksudkan tu bukannya beri apa pun dekat awak, dia menyusahkan awak lagi dengan membuat awak bersedih..lagipun dia tidak memahami awak dan tidak menyayangi awak dan dia pasti seorang yang biasa....lebih baik dan bagus pun awak buat begitu....itu hanya pendapat saya dengan apa yang saya baca berkaitan post awak ni.....

Anonymous said...

Sape la yang buat kamu sebegitu....dia mesti tak faham kamu...tapi tak mengapa kamu masih ramai lagi kawan...lagipun kawan boleh dicari, kalau dia tak menghormati kamu biarkan dia...bukan dia yang terbaik untuk kamu, elok saja kamu tinggalkan dia...kalu dia kawan kamu yang baik dia akan menjaga kamu dan membuat segala-gala untuk kamu....

Fairuz Selamat said...

omg... thanx guy.. untuk semua komen yang sgt berguna ni.. yup.. betol2 wat fairuz tenang... makasih.. memang apa yang jadi memberi seribu erti untuk fairuz..!! lebh mengenali kehidupan.. lebh mengenali maksid persahabatan.. maalsih sume... yup... fairuz harapkan kornag sume still ada kat sini sampai biler.. boleh?

Nur Aainaa Khairunnisa said...

insyaAllah boleh...amin...=)

Anonymous said...

setiap perkara de sebab nyer... mungkin yg kita percaya xsemestinya itu yg sebetul2nya.. try 2 put urself on both situation then compare b4 u made a judgement..

benar..
kt akan sentiasa rase kita yg lebih memahami diri sendiri..tp fikir la sedalam2nye sebenarnye byk perkara yg kita xtahu ttg dri sendri..di sinilah peranan sahabat..jgn la kita menyalahkan diri sendri or sesiapa tetapi cubalah memperbaiki kelemahan tersebt..semoga perkara yg berlaku mengajar kt bagaimana utk memahami ape itu sahabat..

Sha Zarif said...

Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya di pernah membahagiakan kamu. Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada, Tetapi bangkitlah dan bina kembali yang telah hilang dan pergi. Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka....Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalimu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu…Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti dan mendapati pada akhirnya bahawa tidak demikian adanya dan harus melepaskannya pergi..

abangfaizul said...

boleh jerrrr

FaRizA NinA said...

uikss.. org tak taw nak kater aper...
selalu gado jek ngan awak.. pasni da tanak la... huhuhuhu

FaRizA NinA said...

huhuhu.. tak tau nak kater aper.. agak tersentuh..
tapi macam selalu jerk gado ngan awak.. hmm...
sumpah tanak carik gado lagik da... huhuhuhu

Anonymous said...

perlu ke nk ranking sape sahabat kamo..
bajek bagus ke...
mcm bdk hingusan...

Anonymous said...

name eta mane?????

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...