bercakap mengenai program realiti tv di malaysia ni, umum mengetahui akademi fntasia antara program yang menjadi pendahulu kepada kemunculan bebrapa rancangan yang lain. yup... perkembangan ini dilihat sangat sihat. kerana selain mampu mencungkil bakat baru yang lbh dinamik dan berkualiti, ia juga memberi pulangan kepada stesyen tv berkenaan... malah suasana industri kita juga makin bertambah meriah dengan respon masyarakat kepada program2 seperti ini yang mana sememangnya menarik perhatian. dalam masa yang sama juga, nilai2 penghibur diterapkan kepada apa yang dipanggil bakal bintang ini... bukan setakat menyenayi... yup.. ia merupakan sudut yang sangat sihat..
namun, dalam kita melihat keindahan program realiti tv ini, sudah tentu ade di sana sini kenegatifan atau kesan yang tidak baik bukan.... sbg contoh, lambakan artis baru yang tak tau nak buat apa dalam industri. keengganan penonton untuk menonton konsert berbayar kerana saban minggu disogokkan dengan konsert percuma. dan juga lambakan artis yang terlalu ramai dalam industri.. yela... kalau satu musim sudah mengeluarkan lbh kurang 50 artis dlm beberapa rancangan , sedangkan industri musik malaysia ni hanya sebesar tapak tangan, mampukah ditampung semua artis ini, dan pastikan tidak ada satu pun yang tergelincir?.. sukar untuk dibuat telahan.. kerana melihat kepada situasi yang dialami oleh maestro record, jawapannya seakan2 tidak.
menyelusuri perjalanan masa, banyak program realiti muncul.. berbagai jenis.. berbagai konsep.. berbagai ragam.... bermula dengan akademi fantasia, kini kita ada mentor, one in a million, bintang rtm juga aku anggap realiti, so you think you can dance, dan yang terbaru anak wayang dan pilih kasih.. itu tak termasuk lagi yang bukan berkonsepkan nyanyian, tarian dan lakonan... banyak bukan...yup.. memang banyak... dan bagusla.. sekurangnya, untuk yang tak suka keluar rumah hujung2 minggu ni, ada gak rancangan yang boleh di tonton... tu pun kalau minat la seni2 ni..
menyentuh tentang peserta.. aku sampai sekarang masih lagi tertanya2, apakah kuota yang disediakan untuk mengisi tempat di dalam program2 ini... adakah kualiti bakat... atau hanya rupa?.. atau pakej... atau dilebihkan kepada rupa... sukar di agak.. kerna setiap kali muncul je sesi baru setiap program realiti tv, pasti akan ada mulut yang berkata "eh takkan beribu2 dtg ujibakat, mcm ni jek yang mereka dapat..." dr akademi fantasia, sehinggalah pilih kasih.. sama je... persoalan yang sama.... menyentuh tentang af.... persoalan ini saban sesi akan keluar... kekadang ada yang bagus suara tapi tak terpilih.. ada yang rupa ada terpilih.. ada gak yang rupa ala kadar, bakat tak seberapa, dapat.... rumit kan menjadi tenaga pelimih.. mcm yang terbaru ank wayang dan pilih kasih.. aku adalah antara orang yang pergi melihat sesi ujiabakat ini... melihat saja ya, menemankan kawan... dan agak terkejut melihat mereka2 yang dapat kerana yang aku jumpa di sesi ujibakat, jauh lgi hebat.... bagaimana ya..... pertama kali melihat sesi ujibakat yang dihadiri beribu org.. aku memang kagum, kiri kanan dilambakkan dengan org yang berbakat besar... namun di akhirnya... mereka yang "dirasakan" boleh "makan camera" yg terpilih... aku tak tau untuk meletakkan situasi ini di bahagian positif atau negatif... dalam kita mencanangkan, penonton malaysia sudah bijak memilih bakat dan kualiti, bagaimana kita hendak meletakkan bakat2 yang bagus ini di tempat sepatutnya jika kuota yang sudah sedia ada tidak memihak kepada mereka.. mungkin ada relevannya mengapa ini berlaku.. yela.. kita tidak berada di dalam produksi.. kita tidak boleh membuat andaian melulu... apakah sebenarnya tujuan realiti ini ya.. adakah dengan jujurnya mahu melahirkan bakat yang bagus, atau menaikkan rating stesyen berkenaan atau mendapatkan pulangan yang lumayan.. rasanya2 ketiga tiga ini menjadi elemen penting..
anak wayang... aku agak teruja melihat kepada perkembangan anak wayang ni.. ramai gak kawan aku terpilih.. cuma satu persoalan... kenapa astro tak buatkan satu drama atau telemovie yang khas untuk mereka ya.. kenapa dalam drama itu, mereka2 yang berbulan2 ini berada di dalam akademi hanya di letakkan sebgai watak pembantu.. jururawat, penggoda... mekanik... dan apa lagi ntah... tu je yang aku rasa kuciwa sket... tp tak dpt dinafikan yang terpilih untuk anak wayang ni semua hots2 sey.. memang nampak la nak melahirkan seorang "selebriti"... don't you think so?.. pilih kasih lak.. aku rasa lagi bagus pengisiannya.. kerana dengar kata mereka yang menang akan dapat watak penting dalam satu drama, dan selebihnya yang tak dpt akan diserap2 kan dalam mana2 produksi lakonan samada tv atau pentas teater.. bagus kan.. tp satu tentang anak wayang ni, aku rasa konsep nye agak aku tak suka la... aku selalu rasa hos rancangan ni terlalu kerap la muncul... kekadang biler tgok diorang berlatih dlm kelas, tak sampai berapa saat, keluar hos bg komen.. pastu kejap lg keluar lgi.. nanti keluar lagi.... mood penonton untuk mengikuti ciri2 realiti tv tu aku rasa mcm terganggu.. kekadang mcm menonton documantari lak aku rasa... apa kata sebagai contoh biarkan satu segmen latihan tu... bg kami rasa dan masuk dalam dunia ltihan diorang... ni tengah2 syok tetibe hos muncul.. dengan gaya2 ala2 sarimah tu.. agak menggangu.... pastu drama dan konflik yang ditampilkan dlm anak wayang tu.. memang la nampak sgt lakonan... nampak sgt tak real.. mcm dilakonkan semula... boleh ke merajuk n nangis2 tp kamera depan mata... ni yang buat dia tak bg impak kepada penonton sgt sbg reaaliti tv....
satu yang sangat ironi..!!!
korang perasan tak iklan tentang anak wayang kat astro.. yang budak lelaki ni nak beli tiket wayang tapi dah abis.. then dia meraung2 depan kaunter... "kenapa dunia ni kejaaaammm".. pastu ade dia nak pg interview keje, tp baju koyak2, dia wat cerita dia lawan pencuri la apa la.. perasan tak iklan ni..... sangat ironi kan apabila budak lelaki ini merupakan peserta PILIH KASIH..!! mamat yang menjadi pelakon iklan untuk program anak wayang tapi menjadi peserta pilih kasih... rancangan yang sedang didebatkan bersama, mempunyai konsep yang sama, stesyen yang berlainan.. ahahaha.. sgt ironi.....!! hahaaahhaaha...... adakah dia tak terpilih ke anak wayang... atau dia hanya pergi ujibakat pilih kasih?.. ahahaaha
jd kesimpulannya... program realiti tv adalah permainan.. its a game... segala yang berlaku adalah sukar nak diduga oleh penonton... banyak bnda2 yang tak dijangka akan berlaku... dan itu juga yang memberikan rencah kepada program seperti ini... mmm aku teruja untuk mengikuti kesudahan anak wayang dan pilih kasih ni... jadi guys, sama2 kita ikuti dan lihat sejauh mana prestasi peserta2 ini....
3 comments:
seikhlasnya...aainaa tak ikut sangat dua² ni...
anak wayang lagila....takde astro...
pilih kasih..tgk g2 je...tapi aainaa perasan mamat tu...
dier dapat pilih kasih tu...
program realiti tv mmg sgt sesuai bg diaorg yg nak cepat naik la kan..sbb publisiti utk program realiti tv meluas..tp utk 2 program nih tak bp mengikuti sbb yani lbh minat program raelitv yg berbentuk nyanyian..hehe..but 2 program nih bgs la sbb tak penah ader program yg cungkil bakat nak jadi pelakon.tp ader la tgk skit2 anak wayang yer program tuh..tgk yg sesi anak wayang kul 9.30 mlm tuh agak bgs2 gak peserta yer..n yg cite diaorg berlakon jd pelakon pembantu tuh agak ok la..tak nampak kekok sgt..:)
tp.. seronok gak..... sbb mcm best tgok dorangf ni berlakon2.. ahaha kelakar pun ade. ahahaha
Post a Comment