Monday, May 11, 2009

UM Tangga ke-38

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan


Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, UM telah berjaya melonjakkan namanya ke tahap yang sungguh mengkagumkan di peringkat dunia apabila menjadi salah sebuah daripada 50 universiti terbaik asia dengan menduduki tangga ke-38 The Times Higher Education (THE)-Quacquarelli Symonds (QS).

Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga UM dibawah pimpinan Prof. Datuk Ghauth Jasmon, Naib Canselor Universiti Malaya yang telah berusaha dalam meningkatkan dan memperbaiki mutu perkhidmatan dari segi akademik mahupun bukan akademik.

Ini merupakan kejayaan keseluruhan warga UM baik daripada kakitangan akademik, kakitangan bukan akademik dan mahasiswa keseluruhannya dan bukan atas pihak beberapa individu sahaja.

Penekanan NC terhadap pengeluaran kajian dan disertasi berkualiti tampak sudah membuahkan hasil yang sungguh manis bagi seluruh warga UM. Sekalung tahniah buat NC baru Universiti Malaya.

Bukan itu sahaja, antara universiti Malayasia lain yang berjaya menghuni 100 Uuniversiti terbaik asia adalah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di ranking ke-51, Universiti Sains Malaysia (USM) di kedudukan ke-69, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di kedudukan ke-82 dan Universiti Putra Malaysia (UPM) di kedudukan ke-90.

Menurut Bernama, Pengarah Urusan QS, Nunzio Quacquarelli berkata keputusan yang dikeluarkan oleh QS.com Asian University Rankings, adalah berdasarkan ukuran kecemerlangan serantau sesebuah universiti.
Ini juga menunjukkan Malaysia bukan negara yang tidak mempunyai kualiti dalam bidang pendidikan malah usaha kerajaan yang melaburkan berbilion ringgit dalam usaha meningkat lagi mutu dan kualiti setiap universiti dalam negara jelas sudah menampakkan hasilnya.

Mahasiswa perlu lebih membuka minda dan bukan sahaja bertugas sebagai pengkritik malah suara mahasiswa sekarang perlu lebih bijak dalam membuat pembaharuan bagi memantapkan lagi pembangunan mahasiswa itu sendiri.

Saya juga ingin menasihati mana-mana pihak agar tidak menangguk di air yang keruh kerana bagi saya, masih tiada perubahan pun yang dijalankan di dalam varsiti ini seperti yang dicanangkan oleh pihak tertentu malah ia tidak membawa sebarang harapan juga kepada mahasiswa yang dahagakannya.
Saya menyeru rakan-rakan agar kembali bersatu memartabatkan institusi mahasiswa kita bagi membantu melonjakkan lagi nama UM bukan setakat di rantau Asia malah menjadikan UM tersohor di mata dunia.

Akhir kata, kami mahasiswa UM akan sentiasa menyokong dan akan bersama-sama Prof. Datuk Ghauth Jasmon dalam meneruskan misi dan visi kecemerlangan Universiti Malaya bagi terus melonjakkan nama Universiti Malaya setaraf universiti terbaik dunia yang lain.


ps: kdt kepada hafizudin diatas artikel ini

13 comments:

Muhammad Hafizzuddin said...

ada sikit pmbetulan tau pda artikel ni :)

Fairuz Selamat said...

part mne ek

Unknown said...

hhuhu.. biase2 jerk.. thankz.. :)

Fairuz Selamat said...

makasih... no la.. like the way u write

miss lolly a.k.a luvfareda said...

waaaa..

shaye!

shaye!

sbg warga UM.

sangat bangga ngan pencapaian kampus ku!

miss lolly a.k.a luvfareda said...

waaaa..

shaye!

shaye!

sbg warga UM.

sangat bangga ngan pencapaian kampus ku!

abangfaizul said...

beb... ranking dunia berapa ah? aku nak tau gak

Fairuz Selamat said...

fareda.. yeah.. memang bangga kan jd warga um..!! tak kesah la apa org nak ckp.. memang bangga..!!

Fairuz Selamat said...

dunia aku tak tau la pejul..!! hehe

syahrulnizam said...

Bagi petunjuk (indicator) Student/Faculty Ratio:

http://www.syahrulnizam.com/2009/05/universiti-malaysia-sarawak-unimas-di.html

Fairuz Selamat said...

cngratulation

ieien said...

saya juga berbangga menjadi warga UM. UM is ONE!!!!

p/s: w/pn dh abis blaja.hehehe...

Fairuz Selamat said...

heheeh.. takpe2.. sekali jd warga um.. selamanya um di hati..eheheh..um is one..!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...