last 2 weeks, masa aku kat pangkor, aku ade tertgok muvie ni kat kirana.. aku duk terdiam, terkaku menyaksikan plot2 indah yang disampaikan oleh movie ni.. tp sbb kami nak cepat, aku tak tgok sampai abis... heheeheh... sebelum aku jauh melangkah, aku terangkan sket pasal movie ni... ni movie hongkong pada tahun 2006.. di bintangi oleh Aaron Kwok, Charlie Yeong, Kelly Lin dan Gouw Ian Iskandar sebagai tunggak utama.
then dua hari lepas, aku duk tukar2 chanel. tertgok lagi sekali cerita ni juga kat kirana.. aku tgok sampai abis... citer ni simple.. takde banyk pelakon.. takde disumbat dengan kesan kesan khas... takde lak pemndangan cantik2... tapi di hebatkan dengan tema dan persoalan, dengan pelakon, dengan konsep... dan dengan kelainan emosinya..
secara generalnya, cerita ni mengisahkan kepayahan satu keluarga untuk servive... ayah kaki judi... mereka bergelut untuk mencari wang, membayar hutang, along dan berbagai.. satu hari si ibu lari.. kerana tak tahan dengan hidup yang sebegitu.. tinggallah si ayah bersama dengan anaknya yang berumur sekitar 7tahun.. si ayah berjanji hendak berubah... namun segalanya masih lgi sama.. si ibu pula enggan kembali kerana tidak mahu kembali kepada kehidupan yang tidak stabil tu.. mangsa?.. anak..... anak nya itu seperti mencari payung untuk berteduh... kesini, ayah dengan perangainya, kesana menagih kasih si ibu, ibu tidak mahu kembali...
si ayah mencari rumah jauh dr tempat asal, kerana mahu lari dr along... jd merantau la si anak dengan si ayah... namun tiba di tempat baru, perangai ayah masih sama.. melanggan pelacur.. membiarkan anak terbiar... sampai la si anak diajar mencuri dirumah org... sgt menyayat hati apabila si anak yang hen dak mencuri, menangis di rumah itu apabila melihat tuan rumah terlalu sayang dengan anaknya... mereka terus mencuri.. sehinggalah satu hari si anak yang dipaksa mencuri oleh si ayah di tangkap dan di hantar ke rumah kebajikan.. apabila ayah melawat, si anak tak terima, dan mereka berpisah di situ... "kenapa ayah suruh saya mencuri.. kenapa ayah biarkan saya ditangkap... kenapa ayah buat saya begini"...
sayu melihat anak sekecil ini dipaksa mencuri... aku tak menyalahkan si ayah seratus peratus.. kerana memang nampak bahawa si ayah terlalu sayanga anaknya... dia berhenti berjudi... mencari wang sedaya upaya untuk anaknya,. namun bila keadaan terdesak... dengan penuh kasih sayang dia memaksa si anal mencuri
10thun berlalu, si anak mencari ayah... namun tak jumpa...
aku hampir menangis melihat cerita ini.. betapa indahnya kehidupan manusia dipaparkan didalam filem ini... sedetik aku tersedar.. kita di dalam dunia ni, tak semua org punya rezeki yang sama, tak semua punya peluang yang sama... kekadang kite terlalu mudah menyalahkan org lain diatas kesilapan yang mereka buat.. kekadang kita tak sedar mereka takde pilihan lain untuk mengelak... oleh itu, sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada.. dan kita sebenarnya yang mencipta peluang untuk diri kita berubah.. bukan org lain... dan sebagai sesama manusia, kita seharusnya melihat kesusahan org lain sebagai panduan untuk kita, dan kita seharusnya membantu.. bukan membaling batu memburukkan keadaan.
filem ini juga membuat aku berfikir.. menjalani kehidupan berpasangan.. kita tak berhak menentukan takdir kita sahaja.. kehidupan sekeluarga adalah tntang mempercayai dan setia.. bersedia untuk berkorban untuk keluarga.. dalam filem ini, walau si ayah terpapar sebagai insan yang teruk, tetapi siapa lagi teruk... si ayah yang berusaha mencari nafkah hidup walaupun jalan salah, atau si ibu yang pergi begitu sahaj meninggalkan suami dan anak yang masih tak mampu berbuat apa2?... sama2 kita renungkan.
kedua, bagaimana ayah dan ibu adalah pencorak kepada kehidupan anak.. bagaimana segala yang ayah ibu buat memberi impak kepada anak. aku jadi sayu apabila melihat anak anak yang rosak kerana kurang tumpuan dan kasih sayang ibu bapa.. persoalan yang dipaparkan filem ini sungguh cantik.. mungkin plotnya agak perlahan.. tp aku tak terasa.. kerana emosi yang disemat dr awal, melalui situasi, emosi pelakon, audio... membuat aku menunggu, dan terus menunggu.. dan aku ketepikan perjalanan cerita yang perlahan itu.
banyak yang menarik dalam cerita ini.. cerita ini memaparkan kehidupan keluarga cina di malaysia.. mungkin juga di sekitar ipoh atau di sekitar perak melihat kepada persekitarannya. ada pula terselit lagu patah hati oleh sudirman dan juga lagu ella... perempuan berbaju kurung, kedai dan warong melayu. kereta kancil dan wira... aku seperti terkesima.. melihat satu produksi cina memaparkan kisah cina dalam konteks malaysia... aku suka... itu antara tarikan utama apabila aku melihat cerita ini sehingga ke pertengahannya...
keseluruhan.. aku bg 4 bintang untuk filem ini.. korang kene tgok cerita ini.. bagus untuk perkembangan minda kita terhadap masalah sosial...
10 comments:
cam pnh tgk je citer ni.....macam la....
entah.. citer mcm ni emmang byk.. tp mun gkin ainaa pernah tgok kot
wahh...gud review!
akak pun penah tgk cite ni..sedih sgt2..siap nangis2..hakhakhak..
mcm bestlah citer ni... akak nak tengoklah... tq bg ulasan lengkap membuat hati terpikat.. hehe
Kita tetap segak berpakaian seni Melayu......
heheeh.. aku memang fall in love ngan citer ni syahmi... tu yg aku tulis dengan penuh perasaan tu.. ahahah
kak firuz nangis ke.. fairuz tak sempat nangis lg.. masih lg cover2 macho.. ehehehe
kak ida.. kene tgok.. mesti akan timbul kesedaran sekejap kat hati kite...
betol drimba.. walau sejauh mena kaki melangkah.. walau setinggi mana gunung didaki.. seni warisan obunda itu tetap pemangkin kepada segalanay
Post a Comment