Friday, May 8, 2009

Aim Tak Relevan Kerana Siti?


hari ni aku baca kosmo on9, dan aku terbaca tentang satu artikel yang mengatakan adakah AIM atau anugerah industri muzik masih lagi relevan untuk dianjurkan. aim yang dilaksanakan bermula 1994 diobjektifkan untuk memartabatkan penggiat-penggiat seni tanah air dikatakan sudah tidak lagi relevan. ini link dia. KOSMO. dikatakan anugerah ini sudah tidak lgi berprestig. tolak rencana-rencana yang diutarakan tu, kita baca secara general, subtextnya kepada artikel ini hanyalah "tahun depan siti tak payah bertanding"....

"Kemenangan anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu selama 10 kali seolah-olah kita hanya ada seorang sahaja penyanyi wanita iaitu Siti. Tahun lepas Siti, tahun ini Siti, tahun depan pun Siti lagi. Siti, Siti dan Siti. Tanpa sedikitpun menyalahkan Siti yang sudah layak dilabel sebagai 'penyanyi terunggul', atau apa saja, dia sememangnya layak berada di para paling atas, tetapi bagaimana dengan nasib penyanyi wanita lain? Apakah mereka langsung tidak ada kehebatan sehingga 'dipulaukan' AIM?"
"Hakikatnya, ada yang bercakap, Siti sudah selayaknya digelar ikon di negara ini, maka dia tidak perlu lagi untuk bertanding. Cukuplah seluruh negara mengetahui kemampuannya yang sukar untuk diganggu-gugat.
"

saya peminat siti.. dan penulisan ni dibuat kerana saya adalah peminat siti.. tp jgn risau, penulisan ini masih lagi berjalan diatas landasan yang "relevan".taknaklah dikatakn menjadi peminat yang buta... ok, aim dianjurkan untuk menilai mereka yang terbaik DI MATA JURI.. jadi, perkara pertama yang harus dilihat sebagai kayu ukur yang terbaik untuk menilai ke"prestig"an aim adalah jurinya. adakah jurinya dikalangan mereka yang terbaik?.. adakah mereka yang bertauliah.. adakah mereka yang peka dengan perkembangan muzik serantau?.. adakah mereka yang sedar dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.. Siapakah mereka?.... tak tahu..

"Jangan terkejut kerana di Indonesia, bila-bila masa sahaja nama-nama besar boleh dibenamkan dengan mudah oleh penyanyi baru kerana kualiti kerja mereka dalam sesuatu masa. Ia membuktikan bahawa dari semasa ke semasa Indonesia selalu melahirkan muka baru yang lebih bagus daripada Rossa, Kris Dayanti atau Agnes Monica.

Bukankah orang yang layak perlu diiktiraf walaupun baru sehari menyanyi? Itu tidak berlaku di AIM."


Kedua.. Aim sudah meletakkan syarat2 tertentu kepada artis hebat yang lain untuk menyertai Aim... melihat kepada kepayahan industri untuk berjalan.. apatah lagi tak mampu untuk berlari, AIM merendahkan "kuota" mreka.. single boleh, album penuh 5 lgu pun boleh.. jd apa lagi yang aim harus lakukan untuk memastikan "semua" artis terlibat dlam aim.. ini antara sebb kenapa aim dilihat hilang nilainya.. kerana apa... kerana aim tunduk kepada keadaan... tunduk untuk menagih artis supaya join dalam aim... jadi perkara ini berbalik kepada indusri, kepada peminat muzik seni tanah air, kepada stesen radio dan tv yang asyik nak pasang muzik luar, kepada artis yang susah nak hidup dalam industri muzik malaysia ni.. itu dia.. aim terpaksa merendahkan nilainya untuk "MEMOHON" artis menyertai aim. harus kita berterima kasih kepada jawatankuasa AIM di atas perkara ini... tgok di negara luar... anugerah nya sudah digaris sebegitu.. artisnya?.. ko nak join ko buat mcm tu.. tak buat mcm tu, artis lain byk lgi boleh join... itu sebenarnya yang tak berlaku di aim.. kita jangan salahkan siti kerana dalam kelembapan industri, siti adalah satu-satunya artis yang terus gigih menerbitkan album yang berkualiti. misha omar amik berapa tahun untuk kuarkan album?.. ziana zain biler nak kuar album?.. mana album adibah nor dan jac?.. sume tengah perit nak kuarkan album....jadi apabila saban tahun siti tercalon, ini bukan kerana aim atau siti sendiri menutup peluang kepada artis lain, tetapi artis lain yang tak mampu nak sampai ke situ. artis lain yang tak segigih siti, atau artis lain yang tak berpeluang untuk menghasilkan album. dan andai siti layak untuk anugerah itu... bg jek la.. pengadilan yang telus..

lihat untuk katagori vokal terbaik.. kenapa ditukar penilaiannya kepada vokal terbaik "dalam lagu".. kenapa?.. kerana berapa kerat sangat yang buat album?.. klau tak ditukar... memang siti jek la sorang2 yang tercalon.. jd penukaran itu juga sebenarnya dilihat untuk memberi peluang kepada artis lain untuk join.. kalau tak... takdenye shiela tu, takde ayu tu, takdenye bob tu.... sekali lagi tq to aim kerana membuka pintu ini... jd kenapa harus di fokus kepada siti... yaa... artikel itu ada mengatakan tidak menyalahkan siti.. tp apabila kemenangan siti itu dijadikan berita utama.... sedkit pelik lah ya.. Hurrmmm ada ke yang menafikan siti itu bagus?.. kalau ada mereka yang tak mahu siti menang pun, hanya kerana mereka tak minat siti... jd bagaimana?... untuk kembalikan prestig aim, artis sebagus siti harus "dipastikan kalah"?., setiap tahun artis yang sama tidak boleh menang?....


"Kalau begitulah gayanya, maka sampai bilakah penyanyi sedia ada dan muka-muka baru hendak rasa pegang trofi keramat itu walaupun mereka juga berbakat besar dan bersinar dalam industri seni".

dalam keadaan sekarang bukan sewajarnya mereka mempertikaikan kemenangan di aim.. tetapi kita harus membuat satu pendekatan untuk memastikan orang ramai menghargai insan insan seni, seterusnya melestarikan industri kita.. kerana nilai aim sekarang ini jatuh bukan kerana pemenang atau penjuriannya, tetapi tempias dek kelembapan industri kita. itu tugas kita.. kaji balik apa yang kita sudah lakukan untuk industri... kemenangan siti dilihat relevan dan seperti membayar balik sumbangan bsarnya kepada perjalanan industri muzik tempatan. dan sekarang tugas kita untuk memastikan masyarakat percaya dengan bakat dan insan seni negara kita. bukan menggali lubang dalam industri sendiri yang akhirnya menjerumuskan kita balik.

mahu dibandingkan dengan grammy atau indonesia?.. relevannya...pengikut muzik indie?.. atau peminat setia peterpan?.. atau penonton setia american idol?... pada saya kita ada orang kuat dlam industri yg diiktiraf di mata dunia. kita ada penggiat seni yang masih lagi wajar dibuat panduan.. apa RELEVANnya kita nak bandingkan dengan anugerah di negara orang?.... ingat lagi kemenangan Macy gray di grammy?... anda nilaikan.. suara seperti macy gray itu layakkah diiktiraf sebagai vokal terbaik?... kemenangan artis baru di indonesia... lihatkah anda bagaimana press disana menutup pintu untuk artis luar masuk bagi memastikan artis mereka maju...?.. yang mana kita boleh artikan sebagai semangat nasionalisme mereka dalam menjaga maruah industri mereka...?... kita juga harus ada semangat nasionalisme itu.. kita semua penggemar seni ini..

sebenarnya.. aim msih lagi relevan.. dan kalau nak dipertikaikan kemenangan di aim, bukan siti sahaja.. tetapi BANYAK lagi... kalau kita mengikuti rentetan aim ini sejak 1994.. saya rasa kita maklum dengan isu seperti ini. iya, dahulu, kalau bahagian teknikal, susunan terbaik la, cover album terbaik la...syarikat rakaman ini, ini. dan ini punya... kalau bahagian vokal, lagu terbaik pulak, ini, ini ini punya..... dr dulu lagi la.. bukan VOKAL TERBAIK WANITA sahaja... kemenangan dalam aim seperti berpola.... tiba tiba tertanya di dalm hati, kenapa lentera timur tak tercalon untuk kulit album terbaik?.. kenapa hujan menang lagu rock terbaik dikalangan lagu lain yg hebat.. kenapa aizat menang vokal terbaik mengenepikan vokal reshmonu dan bob yang ternyata bagus... jgn dipertikaikan, kerana penjuriannya telah dilakukan oleh mereka yang bertauliah. tapi ia tidak disebut.. kerana ia bukan SITI YANG MENANG... ye la. 10 kali pegang vokal tebaik.. itu sesuatu yang LUAR BIASA.....

jadi kesimpulannya... yea.. aim masih lagi relavan.. dan sebagai satu satunya anugerah terawal yang mengiktiraf tenaga seni dalam konteks terbaik.. ia akan terus relevan. perubahan yang dilakukan dilihat sbg ingin menambah baik kan lagi aim... justeru, KITA sebagai wahana menyampaikan maklumat kepada masyarakat yang sememangnya mempunyai pengaruh tersendiri, mereka harus lakukan sesuatu. usah bangkitekan berbagai persolan kenapa itu dan ini....

TAPI TANYA APA YANG KITA TELAH LAKUKAN UNTUK INDUSTRI..

peace kepada mereka.. ..


note:

analogi dr Syahmi.. (tq bro).. same jek mcm kite belajar dr darjah satu dlu, sape yang pandai akan selalu dapat no 1... di nilai dr semua subjek.. dah layak, dapt la kan?
  1. siti, teruskan usaha menerbitkan album berkualiti
  2. artis lain, teruskan usaha, bakat anda akan dinilai seandainya rezeki itu telah ditetapkan
  3. aim. kredit kepada penganjur.
  4. masalah ini harus dikaji oleh semua pihak
  5. kdt juga kepada wartawan faizal saharuni kerana membangkitkan hal ini. sedikit sebanyak membuka mata kita tentang masalah di dalam industri.

18 comments:

Syahmi Mohd Isa said...

aku sokong sgt entri terbaru ko nih... berapa kerat la sgt yg wat album..ade pn hampeh je, wat main² sekadar suka², nk duit masyuk.. album ct je yg perfect! kumpul lagu² berkualiti, wat bengkel pemilihan lagu..pastu kualiti smua aspek diambil kira.. sbb ct pikir, dia wat album tuk hargai peminat!!

Fairuz Selamat said...

betol... bukan nak blame sesape.. tp yg layak bg jek la.. tak payah nak peertikai

Syahmi Mohd Isa said...

tah² yg menulis ni artis kot...haha..
sbnrnya sama ja konsep mcm kt skolah...klu dh mmg pandai..tiap² tahun dpt no.1 org xle kata apa. Smua aspek dinilai...bknnya org main bg jer pengiktiran tu.

Fairuz Selamat said...

betol.. suke analogi ko tu.. nak publish ja p g... ehheeheh mintak kebenaran

edan coba said...

kesian Kak CT..
x hbz2 owg nk petikai kn..
keje dh baguz n yg penting ikhlas dlm mmbuat sesuatu mmbuat kn Tuhan syg pada dia lalu sentiasa mmberi rezeki yg tidak putuz2...

azlan said...

good one.. ;)

Fairuz Selamat said...

tu la edan... ct mangsa keadaan.. oleh kerana dia sorang jek yg berusaha untuk terbitkan album dikala artis lain tak punye peluang.. dia jadi mangsa keadaan.. sian diaaa

Fairuz Selamat said...

makasih azlan.. :-)

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Wow.. Saya trharu krana msih ada insan sperti anda yg hidup dlam industri kita.. So sweet of you dear fairuz selamat.. Anyway, saerah ucapkan thanx a lot sbb tlg brkata bg pihak akak trcinta.. Itulah yg sptutnya akak dpt atas hasil titik peluh dia.. =p

Tettt.. Waduh3.. Bikin kecoh saja gue.. Hak hak hak.. Fairuz, best entry.. Mmg sah anda org seni tulen.. Huhu.. =)

*Fairuzzz.. Oooo.. Kamoo rupanya eh yg vote kita BANYAK CAKAP sbb kita komen brjela-jela kat sini.. Hak hak hak.. Juz kiddin'.. Thanx for the vote.."

Fairuz Selamat said...

farhana.. ur most welcome.. no la.. its just a comman opinion... ye la.. kita dalam industri yg kcik, kene saling bantu bukan mncarik silap org jek.. heheehhe....

btw kenapa ckp org sah sah orang seni tulin?... berdasarkan apa ek.. eheheheheh

tak la.. org vote yg lain arrr

TE-ARE |MOND|™ said...

fairuz, i luv ur entry... idea & fakta yg amat bernas... btul apa yg u tulis, AIM skrg dah buka lbh bnyk peluang kpd artis even artis tu xde album (i.e. vokal terbaik)... tp, itulah realiti kehidupan, if menang ada yg x puas hati & if kalah, kata dah x bagus... anywy, support la bakat seni yg ada...kat msia ni, ramai sgt yg PHD, susah nak tgk org berjaya, mcm2 tuduhan

Fairuz Selamat said...

betol.. itu apa yang fairuz tulis based on my one pengalaman dan penglihatan terhadap seni industri kite ni.. kita dah ok.. tp yang phd terlalu banyak.. aim dah ckup bg peluang.. cumenye sokongan dr kalangan kita yang kurang..

zue_zf said...

ala fairuz sbnrnyer diaorang tue saja nak ambik publisiti murahan,couse apa2 yg melibatkan DCT kita nie mmg akan jd isu sensasi kan ? nak tumpang glamour lah tue.....kan.abaikan jer fairuz.
Dato Siti always the best in the world !!!!!!!!!!

Syahmi Mohd Isa said...

eh..x perasan plak..aku dpt krdt dri ko.. bangga siut!! haha..

mamas said...

wah i really like your opinion!memang betol siti jadi mangsa keadaan...dia pun serba salah sebenarnya...kesian dia..tak buat album,kesian kat industri...bila buat..menang, org marah2 pulak..kalau pikir mmg seemed tak logik coz kak ct asik mng aje..tapi bila pikir2 balik..dah dia aje yg produce album...yg lain pun suam2 aje..so nak wat mcm mana tul tak?ish ish betullah org kata industri seni itu mmg sgt kejam...tapi orang2 yg terlibat lagi kejam..heheh...

Fairuz Selamat said...

betol mamas... siti mangsa keadaan.. jd sekarang bukan untuk kite salahkan aim atau siti... tp pk jalan untuk bantu artis2 lain produce album berkualiti... tu jek.. kalau tak.. mati la industri kite.. bukan kerna siti

Fairuz Selamat said...

suke la tu syahmi.. hehe

Anonymous said...

sepatutnya isu ini tak perlu ditimbulkan lah.....hiks~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...