beberapa hari lepas aku dengan gigihnye pergi tgok cerita ni after aku tgok satu movie.. tiket cerite tu jam 1.30 pagi.. dengan harapan aku akan ketakutan tahap maksimum la... ok review kali ni akan jd ringkas saja... sb aku takde mood nak tulis pepanjang... secara keseluruhannya, aku rasa al hijap adalah satu cerita yang punya tema yg sangat menarik. kisah tentang pembukaan hijap oleh seorang pemuda yg teringin sangat nak tengok hantu. konsep ni memang menarik.. tp sepanjang sejam lebih aku menonton, banyak sangat kelemahan yang aku rasa tak patut berlaku... aku pointkan ajek la ek? btw sebelum menilai.. aku nak ckp.. aku tak anti dengan filem melayu... aku tak sinikal dengan hasil warga org kita.. aku tak terpengaruh sgt dengan cerita org barat... ni pandangan ikhlas.... kalau salah... anggap je aku org yg baru nak belaja ek..
- aku taktau masalah panggung atau apa.. tp kualiti audio memang mengecewakan. tak kira lagi dengan dubbing suara tu.. haiyooooo failed semaksimumnya.... pastu aku rasa sound effect dia sgt la fake.. bukak buku pun nak ade sound effect suara mengilai2 ke?.... tak realistik.. nmpak mcm sound effect dipilih randomly sahaja...
- kualiti lakonan yang tak cemerlang.. lakonan piere mmng aku suke.. walaupun aku rasa terganggu dengan sebutan " S " dia... lakonan mak itam pun aku suke.. walaupun dia mcm watak profesor snake .. ahah.. tp lakonan fatihah or fatiya.. (tak sure nama dia).. memang kacau laa!!!.. sb cerita ni tak byk pelakon.. jd aku rasa kalau yg dpt watak tu fazura ke.. msti lbh hidup..... and dubbing suara fatiya tu memang failed!
- skrip.... pun aku rasa tak cemerlang... Skrip Lemah.. byk yang aku rasa tak konti... contoh, masa nak jumpe mak si awek.. dok dalam telefon ckp " antie saya nak tau pasal hijap".. ok la makcik tu bebel sket ckp psal hijap.. pastu biler dah berjumpe.. leh makcik tu tanye lgi " hah apa yang Raf nak tanye makcik".?? ade ke macm ni punye soalan?
- sinematografi.. ok... seswai dengan penceritaan.. tak gempak sgt.. tp aku rasa shot2 yg di gambarkan memang cntik.. aku suke masa raf dengan mak itam mule2 nak enter dunia hantu tu... lighting antara terang dengan gelap tu kat ladang sawit tu memang cun...
- penceritaan.. aku rasa di awal2 yg kononnye ada hantu kat jalan raya tu.. aku msih tak nmpak relevan nye scene tu untuk citer ni... kalau ade yg tak pls bgtau aku.. pastu.. ok production house ni nak buat filem.. bayar 50 RIBU untuk amik pelakon baru.... memang menunjukkan yg production house ni bukan calang2.... maksudnya yg mmng gah la.. tkaya tu 50k untuk pelakon baru....p bincang pasal payment n kontrak kat kedai kopi jek?... (ok la dlm film ni kedai tu cmm secret recipe..)... mmng tak msuk akal...
- raf... pelakon yg katanya dah 3 tahun dlam industri.. tp msih lg buntu nak mati sb tak dpt nak crik feel TAKOT?.. terpaksa bukak hijap bgai?... aku rasa tang ni sgt la tak logik.. tak ckup kuat untuk dia bukak hijap.. boleh dicantikkan. contohnya raf ni si bukak nakal n dia tak pecaya hantu.. then biler dpat je skrip ni.. dia just rasa nak cube... bukan sebab nak dptkan feel takot... sb dia dah 3tahun belakon katanya.... takkan MASIH TAKTAU NAK CREATE FEEL TAKOT?.
- paling tak boleh blah.. mak itam dpt hubungi raf sb mak itam ckp dia dah janji dengan arwah mak raf yang dia nak tolong raf biler raf perlukan pertolongan!.. plot ni SGT LONGGAR..!!!! mcm mane mak itam dpt no raf? ape relevan nye mak itam contact raf sb raf nak bukak hijap?.. kalau mak itam contact raf utk bnda yg lbh pnting bru la kita rasa logik janji antara mak itam dengan mak raf.. takkan mak itam janji nak tolong raf bukak hijap?. lagi logik kalau raf kononnya iklankan kat tenet ke sapa tau bukak hijap.. then mak itam contact sbb dia tau.. lg logik dr gune alasan, mak ita pernah janji dengan mak raf yg dia nak tolong biler raf tgah memerlukan.. memang tak logik part ni..
- ketakutan.. awal2 memang failed.. aku rasa tak takot lansung.. ok akui, aku memang penakot.. aku tgok jangan pandang belakang.. puas aku tutup mata dengan segala bnda.. yg ni kurang.. tp aku mengaku.. untuk scene dalam rumah raf.. memang tu BERJAYA... part hujan2.. dan part paling best.. masa awek dia kejut.. then dia ckp.. mcm mane awek dia leh msuk umah.. slamber je awek dia ckp "sapa kata saya dah keluar dr rumah ni? "... sumpah.. part ni paling seram dalam sejarah!.. ketakutan di scene2 akhir tu memang berjaya.. smpaikan aku dah berapa malam bukak semua lampu dalam rumah aku..... padan muke ko!!!....
kesimpulannya... aku tak rasa yang skrip ni teruk.. sebab aku rasa aku suke dgn konsep bukak hijap ni.. mng satu tema yg boleh diketengahkan dengan baik.. tp ade scene2 and plot2 yang aku rasa dia last minit je buat... filem ni boleh di jadikan dengan cemerlang. nampak sgt mcm buat ala kadar atau budk baru yang buat.. tak kire lg dengan budak2 jakon yang tgok satu panggung dgn aku. dok terjerit ketawa2 bagai.. berbual.... perli2... siap cerita shooting lokasi ni dekat dgn rumah dia.. adoii... pg tgok astro first jek la!! btw.. aku harapkan cerita ni boleh jd lbh kemas.. sb AKU SERIUS SUKE TEMA NI!!
2/5
LAIN2 Review dan cerita tentang filem AL-Hijap
4 comments:
mmg mengecewakan.....
filem nih smenanyer best cuma dari segi olahan skrip sgtla lemah...
tp mmg btul part yg paling seram biler si Fathiya kata kt Pierre Andre..."sape kate sy da kuar dr umah nih"....giler seram!!!hehe
pasal scene awal2 hantu di tengah jalan tu tak silap Che Kay itu la felem yang konon2 si Raf akan lakon kan. yang skrip tajuk jalan mati~
p/s: sumpah babak "sapa kata saya dah keluar dr rumah ni? " tu memang sakit jantung! hahaha
scene hantu menari2 tgah jalan tu seram ape..dulu penah terpikir nak wat cter pasal hijab nih, tp cter ni kluar dulu pulak...aiseymenn...huhu
Post a Comment