Sunday, January 3, 2010

1st entry For 2010



Yahhh.... aRgggg............ (sambil melompat menggeliat)... kita dah dalam tahun 2010... kan.. aku sendiri tak punya byk masa untuk meraikan tahun baru ini.. lantaran.. kerjaku sebagai driver menghantar mak aku je.. hahahaha... ye la..balik2 je dr kl.. dok nak g umah kakak la... nak g umah abg la... ahhaah.. tapi aku ok je... dari terperap kat umah jadi kuih apam.. baik aku berjalan kan... so recently, that was my activities since 1 january 2010... sunggu tak menarik.. tetapi menenangkan...



selain itu.. hari2 ku buat mase ni adalah mendengar CTKD.. buah tangan terbaru ct nurhaliza dan kris dayanti... boleh korang baca review yang aku wat beberapa hari lepas.. aku memang suke siti kan.. di tambah dengan lagu terbaik yg dihidangkan.. lg la aku merengz dibuatnyaaa... hurmm.. ape lgi ek.. kat umah aku ni.. musim ujan.. jd keadaan tak berapa baik untuk meronggeng di luar taman.... jd.. duk umah main laptop aje...



gerhana bulan.. aku tak la teruja sgt nak tgok gerhana bulan ni... ehehehe tp ade gak jenguk2 tingkap 3 pagi tu.. bulan nampak penuh aje.. hehehe sedikit untuk pengetahuan korang.. aku juga dilahirkan pada hari berlakunya gerhana bulan... ntah taktau cerita ni betol ke.. tp aku memang ade satu birthmark yang "besar" di anggota badan ku ini.. eheheh and most of my friend yang tahu bnda ni panggil aku Double colour guy.. what is it?.. ahhaah.. lalalalalalalallalalalalaal...

so.. lets start a new life... like i said before... i got a lot of things to do in this 2010.. letss rawwkkkk the stage.!!!! yeahhh


Thursday, December 31, 2009

Guys... Happy New Year.!!!



sebenarnya.. dah takkde keje ni.. tu yang dok post entri ni.. smm ni mungkin entri terakhir sebelum menjelang 2010.. bermakna entri terakhir untuk tahun 2009 ni.. hurmm.. mcm rasa sedikit sedih.. actually blog fairuz ni dah register since 2007.. but i can say that, this 2009 is the beginning of all.. time by time.. its getting bigger and bigger... from just 2 followers.. now i got more than 200 followers.. from got nothing to say.. now i got a lots of stories.. from zero entry.. now i got 189 entries .. for 2009... im so proud of my self... (should i?. ahakz..) guys, tq.. this is not a good blog.. it wasnt bad.. but it wasnt good.. im honoured looking at all of u here... being ur friend.. followed ur blog.. this is our world.. this is how we communicate... my blog is my world now.. this is how i do.. sharing every single moment of my day.. and i did... shared my memorble moments in this what socalled BLOG...



2009 was the best.. from the sweetest one.. to the worst.. i cried... smile... run.. walking.... meet peoples and laugh.. found someone and shared story.. take responsblty.. teaching my self.. learn new things.. found new stuff... teaching peoples.. satisfied what my perents want.. satisfied myself.. make peoples cried... crashed a lot of peoples heart.. found new passion... got new link... make them smile.. everything.... in this past 23years.. i never got this kind of experience... 2009 gave me a perfect combination of life... start from 1 january.. till now.. 31 december.. i can say that.. 2009 is a perfect story of my life...





guys.. thank for being my friend.. from this field, i got that chance to know a lots of blogger... heheeh.. love u guys.. wish me luck ya.. moving forward toward this 2010.. i hope we can make this relation even great than before... because.. this is how we do...!! may this coming 2010 will bring to us.. a lots of happiness... a lots of food..!! haha.. a lots of colour..!! a lots of friend..!!! i have my own plan.. for this 2010... my big plan.. my big dream.. 2010, i have to start it all.. i have to confirmed what i want.. where is to go.. and create 1 goal that i Have to archive.!!! guys, need ur pray.. need ur support... i really do... hope u can support me in whatever i do... please dear.!!! in return... i will always pray the best for you. heheeheh




see u in 2010.. with new spirit.. new view of life.. new target... yup... tq so very much..


Wednesday, December 30, 2009

Review CTKD




selepas menanti lbh kurang 3 tahun sejak ct dan kd mewarwarkan tentang usaha ke arah penghasilan album duet ini, akhirnya tanggal 29hb dec 2009, berjaya aku menggenggam album ini. cantik kan tarikh ni.. hehehe.. harus memberi kdt yang byk kepada zaff.. Zaffirah Zaini... eheh.. kerana dia yang merajinkan diri pergi ke Siti Nurhaliza Production untuk mendapatkan album ini beserta TANDA TANGAN siti nurhaliza... dan aku dengan sepantas nafas ku, terus aku order satu.. hehehe.. then malam 29hb itu.. kami deal untuk berjumpa di McD kajang.. kami makan sekejap disitu sambil membincangkan beberapa hal menjurus kepada Siti dan Album ini... lantas aku bertanya berapa bintang... out of 5... she gave 5.5..!!! itu membuat aku teruja.. membuat aku terbakar telinga.. aku memberi diri aku satu malam itu juga untuk membuat penilaian.. jd ini adalah Review Exclusive.. CTKD.. barangkali ini adalah review yang pertama untuk album ini.. enjoy..


sedikit sedutan lagu Sebagai Sahabat Versi AKU..

Cover Album

sejujurnya. aku merasakan penghasilan cover album ini tidak sehebat Lentera Timur ataupun Tahajjud Cinta.. Namun, Aku sukakan Idea itu.. tetapi aku merasakan editingnya.. sekadar biasa2 saja. editing untuk Lentera Timur Tetap terbaik.. pose dr dua diva ini untuk setiap gambar memang meyakinkan.. dan sememnagnya memberi jiwa kepada album yang dijalinkan bermula dengan satu ikatan persahabatan yang kuat. emosi dalam setiap ekspresi muka seolah2 sesuai dengan CANDA TANGIS KETAWA DUKA.. pemilihan warna purple juga menarik.. namun aku terbayang kalau warna ini ditukar kepada warna dark gold.. mesti album ini akan lbh "ELEGAN" dan "MEWAH".. berkata tentang editing.. aku rasakan editing tidak terlalu sempurna seperti yang sepatutnya.. contrast dan ketajaman pada ekpresi muka tidak menonjol.. dan saat pertama kali melihat album ini, aku tahu kerja kerja cover album mesti dilakukan di indonesia.. ya memang benar.. Aku suke tulisan nama KD dan CT di hadapan kilit album.. sangat cantik.. tetapi di bahagian belakang cd.. terlalu simple tulisan tu.. sedikit dalam hati, aku harapkan team produksi yang menghasilkan LT akan buat.. tp apepun it's a good job. pemilihan pose dan idea yang sgt menarik.. simple but yet, nice..

3/5



Vokal

TERBAIK.. siti memberi seperti apa yang aku minta. hehe. selepas transkripsi yang menampilkan persembahan terbaiknya, aku seperti tidak begitu terkagum untuk penampilan siti dalam hadiah daripada hati dan tahajjud cinta.. aku sukakan lontaran yang powerhouse dan emosi yang menjalar seiring lagu.. dan dalam CTKD.. yup.!! she gave the best.!!! aku kagum dengan lenggok siti.. apungan lontaran dan nafas.. artikulasi yang jelas.... dynamic yang indah.. yup... aku sangat puas hati.. KD.. aku selalu fikir Kd sudah hilang taring semenjak lagu Im Sorry Goodbye yg pada aku biasa2 aja.. tapi disni, KD membuktikan.. suaranya masih antara yang terbaik di rantau melayu ini dengan "bau" Indonesia nya yang kuat.. itu kekuatan KD.. memberi jiwa seiring dengan kesedaran membawa nama negaranya.. emosi dalam setiap lenggok yang minima.. kawalan yang diselitkan dengan rintihan jiwa.. KD juga berjaya.. Siti Dan KD... terima kasih kerana memberi kepuasan ini..!! anda harus dengarkan pertembungan vokal yang direntapkan dalam setiap lagu.. aku mahu jd yang ketiga disitu.!!!! eheh

5/5

Arrangement

TERBAIK juga... sejurus cd dimainkan, pendengaran aku disambut dengan kelincahan dan kenakalan irama lagi Jika Kau Tak Datang.. seterusnya dibuai dengan keindahan Sebagai Teman dan hinggalah yang terakhir Dalam Diamku... Dengarkan gubahan dalam setiap lagu.. sangat bagus.. dalam setiap lagu diberi nafas dan emosi yang kuat dalam setiap sudut gubahan... penggunaan insttrumen bertali tinggi memang berjaya membri emosi "classic" kepada lagu. dr gelombang rancak yang seperti lagu beyonce pada perkiraanku.. haha.. aku bergoyang mendengar gubahan "nakal" itu.. sehinggalah kepada gubahan lagu yang beriringan seperti piana dan keybord saja... sungguh mengasyikkan... kepada penerbit setiap lagu.... ini adalah hasil yang baik.. sangat baik.. untuk dua diva terbaik..



Jika Kau Tak Datang
Lagu : Audi Mok
Lirik : Kris Dayanti & Riznadianka

pembukaan yang mengasyikkan.. seperti memberi satu amaran bahawa abum akan meledak dalam aliran muzik nusantara.. yaaa.. lagu ini seperti kedengaran sedikit tekno.. ada unsur tekno yang agak popular di taiwan dan hongkong.. dengan gesekan violin yang cantik.. beat yang yg mengaak kita untuk menari.. sgt menarik.. aku suka dengan semua string yang digunakan dalam lagu ni.. memang lagu yang sgt "audi mok".. dengan lirik yang pada aku simple.. tp cantik.. dengarkan iringan piano yang kedengaran sedikit klasikal di suku ke3 lgu ni.. memberi jiwa seperti satu yang berbeza.. vokal ct dan kd juga tidak ada masalah... lagu ni bakal menjadi lagu aku untuk bangkit dr tidur.. hahah... Jika kau tak datang

4/5

Sebagai Teman
Lagu : Sharon Paul
Lirik : Lew Mabile

aku memang mula meminati sharon selepas penciptaannya yang sungguh indah untuk lagu Hati.. aku menantikan hasil yang seterusnya dr dia.. dan untuk lagu Sebagai Teman.. aku bg 5bintang.!! masih mengekalkan mood ballad merintih seperti hati juga.. secara peribadi.. lagu ini adalah lagu jiwa aku.. dan aku melekat kepada keindahannya saat kali pertama dengar.. menyedari dua vokalis adalah antara yg terbaik.. permulaan lagu hanya melibatkan iringan piano dan string tali bawah.. binaan graf lagu ini sangat indah... simple... tidak memerlukan kerumitan.. verse dan chorus... sangat mudah lagu ini untuk melekat di hati aku.. mendengarkan gubahan, aku tahu ini gubahan aubrey.. kerana beat drum ini... memang gaya aubrey.. dan ia sangat baik... sesekali kedengaran sperti gubahan dalam lagu cuba untuk mngerti.. ada unsur gaya inggeris klasikal dalam permainan gubahannya.. mungkin penggunaan string yang banyak.. dengarkan klimak lagu ini apabila di masukkan bunyian koir pada suku ke3 lagu ini.. memang gempak... buat masa ini.. ini adalah lagu fav aku..

5/5

Tanpamu
Lagu : Charly ST12
Lirik : Charly ST12

saat aku mendapat tahu Charly akan mencipta.. aku terbayangkan lagu2 yang ceria ala2 dangdut sperti konsep ST12.. namun nyata aku silap.. lagi ballad yang maha indah ini seperti tidak ku sangka dicipta oleh Charly. liriknya sangat mudah.. udah difahami.. mudah untuk diingati... penceritaan yang sesuai dengan alir lagu... graff lagu ini juga simple.. partisyen yang minima.. lagu ini penuh dengan jiwa... didominasi dengan piano dan juga biola.. sangat indah.. ia seperti satu lagu yang akan membawa kita ke satu dimensi lain.. aku sukakan gesekan biola itu..! aku dapat menangkat bau2 ST12 melalui kemasukan petikan gitar.. ckup cantik permainan dlm lagu ini.. graf nya tidak meningkat... momentum yang dibentuk dr verse kedua dikekalkan sehingga selesai lagu.. cuma
ct dan kd sahaja yang memberi peningkatan emosi dlm pembawakan. aku sangat sukakan vokal ct dan kd dalam lagu ni.. dengarkan lenggok melayu yang siti berikan.. memang memberi satu intepretasi yang 'lain'. dengarkan dynamic kd.. aku boleh menangis mendengar rintihan dua lagenda ini.. gabungan yang pada aku hampir sempurna.. Tanpamu sangat Indah..

5/5

Amarah
Lagu : Audi Mok
Lirik : Siti Nurhaliza

satu lagi lagu daripada audi mok.. yaaa.. audi mok dengan konsepnya.. cukup menarik lagu ini... lagu seperti ini sangat sukar untuk di cari dalam aliran mainstream music di malaysia.. kedengarannya seperti lagu2 indie di jepun.. yup.. seperti itu yang aku dengarkan. permulaannya sahaja dihidangkan dengan gesekan string... terus seperti mengajak aku untuk terus mendengar.. lagu ini memang ckup meriah untuk show. dengarkan string yang digunakan.. memang cantik. dengan sound effect yang nakal.. memberi satu impak yang gempak kepada lagu ini.. aku sukakan effect itu. lirik?.. satu satunya lirik dr ct.. cantik kan lirik ni.. aku tahu kau mahu aku hapuskan amarah ku.. hehe.. gabungan vokal kd dan ct juga tidak ada masalah.. gambaran karakter yang cukup attitude.. memang aku akan menari mendengar lagu ini...

4/5

Hanya Dia
Lagu : Aubrey Suwito
Lirik : Pacha Andrian

yup. selepa bisakah aku adalah peminat berat lagu2 aubrey.. sayang dia tidak banyak menghasilkan lagu... Hanya dia.. sebuah lagu ballad yang juga sagat cantik. gubahan yang sangat indah.. dengarkan bunyi percussion yang mengiringi saat verse kedua bermain. dengarkan string yang mendominasi saat chorus pula bermain.. aku sukakan graf lagu ini.. ada dua emosi yang berbeza diantara verse dan korus.. dua emosi yang indah yang digabungkan jadi satu.. seterusnya.. masuk 2d half dalm lagu ini.. gesekan string violin rasa aku mula menyentuh halwa telinga.. ia menjadi satu lagu yang sangat menyenangkan... cukup indah.. lirik ini sgt indah.. aku tahu aku mencintai dia kerana keanehannya.. maksud yang cantik bukan... dan lagu ini disempurnakan dengan sgt baik oleh ct dan kd. limpahan emosi yang bisa buat kita tersenyum saat mendengarnya.. aku suka emosi kd dalam lagu ini.. dynamic siti pula seakan memang tercipta untuk lagu ini.. lagu yang sangat indah dr aubrey.. aubrey.. teruskan lagu seperti ini....

5/5

Dalam Diamku
Lagu : Audi Mok
Lirik : Kris Dayanti & Riznadianka

lagu terakhir dalam album ini.. ciptaan yang ke3 dr Audi mok.. aku tau kalau lagu dr audi mok.. mesti ada sesuatu yang akan memberi sedikit perbezaan.. dengarkan opening lgu ini yang di cedok sedikit dr melodi ciptaan lama (mozart or chopin? aku tak sure).. lagu slow dari audi.. penuh dengan eleman yang cantik.. aku sangat merasakan unsur gaya inggeris lama saat verse menyusur.. masuk sahaja korus.. graf meningkat menjadi lebh agresif.. aku sukakan sound keybord mungkin pada korus itu.. memberi jiwa yang menyeramkan.. string yang memberi emosi aggresif.. sgt mengasyikkn.. vokal siti dan kd juga tidak mendatangkan masalah.. lagu ini tidak menguji vokal ct dan kd sangat berbanding lagu ballad lain.. mereka mcm biasa.. tidak ada masalah untuk memberi yang terbaik....

3.5/5

Kesimpulan..

CTKD adalah hasil yang sangat cemerlang.. paling cemerlang dalam keseluruhan aspek adalah gubahan dan juga vokal dua mesin suara ini... gubahan dalam setiap lagu saat mendengarkannya, seperti aku sedang berada didalam satu konsert yang di sembahkan oleh satu gerombolan pemuzik yang hebat.. gambaran emosi yang ckup cantik dalam pemilihan nota2 yang tidak klise... seperti memberi satu momentum yg berbeza dengan emosi melodi lagu dan emosi alur suara.. gubahan yang terbaik... kdt yang sgt tinggi kepada semua penerbit. vokal juga.. siti dan kd seperti memberi jeritan kepada pencinta muzik.. yang mereka sgt mencintai muzik.. dan terimalah satu lambang persahabatan yang melangkau dua negara.. kalau boleh dicalonkan utnuk anugerah vokal terbaik.. meraka punya peluang yng paling cerah untuk dapat.. namun aku tetap terpalit dengan rasa tak puas hati kerana album ini hanya menampiilkan 6 lagu.. lagi menambah sakit hati apabila 6 lagu ini terlalu berhantu.. dan ia seperti aku mahukan yang lg 4 lagu tu juga hebat seperti ini.. namun aku paham mungkin masalah yang tertentu menghalang.. yela.. pada masa seperti ini.. manakan mngkin album mampu dijual laris dan memberi keuntungan.. namun untuk peminat ct dan kd seperti aku.. alangkah baiknya jika ada 10 lagu.. alangkah bahagianya.. menyentuh tentang kulit album.. tidak jd masalah.. hasil yang baik... cukup sempurna.. secara keseluruhan aku sangat berpuas hati.. aku secara peribadi menobatkan album ini sebagai album terbaik 2009..... gd guys.. g la beli.. aku jamin.. korang akan suke.. bukan sebagai peminat siti.. tp aku sarankan korang beli, as a music lover.. aku yakin ini adalah hasil yang terbaik.. tolong perjuangkan maruah music serantau dengan membeli yang ori... terima ksih

keseluruhan 5/5












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...