Tuesday, September 15, 2009

Golongan Artis Jahat?

bukan mudah menjadi anak seni.. bukan mudah menjadi insan yang mahu hidup dalam arena ini.. bukan mudah mahu membuktikan pada masyarakat siapakah org seni ini.. selagi tak makan dek keji, tak terima mcm2 kejian, tak dipanggil dengan mcm2 nama timangan "mesra", mcm tak sah menjadi org seni. lantas, pandangan skeptikal masyarakat terhadap anak2 seni ini seperti membesar mengikut jalur itu. ye lah mcm biasa, anak seni dianggap tak baik, tidak sopan, liar, sosial dan sebagainya yang menjurus kepada itu. ya.. mungkin bukan semua yang beranggapan sebegitu tetapi mahu atau tidak, percayalah, ia lebih ke arah itu.



aku terpanggil untuk membuat entri ini selepas kekecohan cerita tentang gambar panas seorang penyanyi muda, aliff aziz. sedikitpun aku tidak mahu komen tentang tindakannya itu.. kerana ia bukan hak aku. namun itu lah dia dunia hiburan. setapak melangkah, akan dijejakinya tindakan kita walau sebesar zarah. dan cerita seperti inilah yang menjadi buah mulut masyarakat. bukan sahaja cerita tentang aliff aziz, ia nya sudah mula awal. dr dahulu lagi. cerita artis seksi sane sini, cerai sane sini, siti nurhaliza punya tudung, penceraian ustaz akhil hayy, penangkapan artis yang terlibat dlm kes dadah, kes rasuah dalam industri, kes promoter tak bayar duit show la.. mcm2... dr sekecilnya hingga yang besar.. cerita ini menjadi rencah dalam menjadikan dunia artis lebih menarik untuk di ikuti..



namun, begitukah kehidupan artis yang ingin kita gambarkan kepada masyarakat. inilah yang harus dilihat oleh masyarakat, satu pandangan yang lebih tulus menilai artis.

ingin sekali aku katakan, dunia artis bukan didiami oleh manusia liar sahaja.. tetapi juga di penuhi dengan mereka2 yang berhati mulia dan indah tingkah lakunya. cuma biasalah, apabila berlakunya yang burk2, itulah yang indah untuk di ceritakan. itulah.. jangankan dek kerana cerita seperti ini, habis, semua artis menjadi mangsa... pada aku artis atau org biasa sama sahaja.. cuma, hidup sebagai artis, ada teropong yang mengikuti tindakan kita.. jd yang jelik pasti akan di utamakan.. sama jugalah kalau teropong ini dihalakan kepada masyarakat.. hal yang sama juga yang akan dapat kita lihat.. malah, mungkin juga lebih buruk... apa yang berlaku dalam dunia artis ini hanyalah sedikit paparan dalam beerjuta2 kisah lain.. sama juga dalam rutin harian insan yang bukan bergelar artis. bukan membenarkan apa yang berlaku ini... tp penilaian itu harus lbh tulus dan jujur..


4 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

asam garam kehidupan...itu yang perlu dibayar golongan artis bila dikenali ramai...

Fairuz Selamat said...

betol tu nuar.. tu la.. bayaran yg tinggi nilainya untuk sesuatu yang tak pasti memberi hasil yg tinggi nilainya

Fairuz Selamat said...

betol tu nuar.. tu la.. bayaran yg tinggi nilainya untuk sesuatu yang tak pasti memberi hasil yg tinggi nilainya

abangfaizul said...

ko tu jaga diri baik2... jangan nak wat ape2 yang bukan2 k...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...