Saturday, March 20, 2010

Aku Minta Maaf



Last jumaat.. 19hb mac.. setelah aku kembali kerumah dr kerja yang masih lg dalam kondisi membosankan.. aku bersiap untuk ke universiti malaya untuk mengajar puisi lak... dalam kul 815 malam aku gerak.. hujan sangat lebat.. bermula perjalanan.. aku nampak minyak dah kurang... lalu pergi ke petronas berdekatan untuk isi minyak la... tetibe ade seorang budak perempuan dengan muke penat.. mungkin dalam umurnya 18 kot... datang bawa barang yang hendak dijual atas nama anak yatim...

Dia : bang.. ni bang abang boleh cuba.. produk ni bangus bang.. beli la bang
Aku : takpe la dik... terima kasih
Dia : ni untuk bantuan anak yatim bang
Aku : takpe la dik.. terima kasih ek
Dia : eh ni untuk anak yatim la.. abang takank tolong anak yatim ke
Aku : eh tak dik.. abg biasa gak derma.. cume abg derma dalam cara yang lain ke
Dia : kenapa.. apa yang saya buat ni salah ke?
Aku : eh tak.. adik jgn salah faham.. maksud abg. abg suka derma dengan cara yang lebih nampak.. mcm derma kat masjid.. kat umah anak yatim terus..

aku tak abis ckp lg.. dia terus blah dengan muka bengang... then sebelum aku masuk kereta nak blah.. dia sambung

Dia : hina ke saya buat kerja mcm ni
Aku : takde sape yang hina dalam dunia ni

then aku nak gerak je.. dia menjerit mcm marah kat aku

Dia : tau tak hidup kat dunia ni kite ni khalihaf... SEDAR TAK..

masuk dalam kereta.. 10 minit kemudian.. aku mcm mengalir air mata.. oleh kerana ayat "hina ke saya buat kerja mcm ni"... OMG.. takde lansung aku nak maksudkan mcm tu... aku tak pernah terpk nak ckp sape2 dlm dunia ni hina... lg2 kalau atas nama anak yatim.. apa hak aku.. aku pun belum tentu jd insan yang bagus.. keengganan aku untuk menderma kerana aku dah selalu sangat disogokkan dengan permintaan dermaan mcm tu.. slaah ke kalau aku menolak.. sepertti yang aku nyatakan.. bukan tak mahu menderma.. cume mungkin menderma dengan jalan yg lebih jelas dan tulus.. salah ke.. aku takde maksud lansung nak ckp budak tu hina ke.. even cara dia ckp yang sgt kurang ajar tu.. aku tak de balas pun dengan bahasa yang kurang ajar gak... jd aku nak minta maaf kalau dia rasa aku maksudkan sebegitu.. sesungguhnya memang takde niat lansung.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...