Thursday, August 5, 2010

FS: Dari Kering Ke TAK Kering Sangat

hahhaha.. aku ari ni tetiber je rasa mcm nak tgok gmbar2 lama.. kenangan weyh... hahahha... belek punya belek... aku memang nampak byk perubahan berlaku pada aku.. hahaha.. selain jerawat yg kekadang ada.. kekadang tiada.. ahaakkzz.. pastu aku rasa dulu muke aku lonjong sket, selaras tumbesaran aku yg sihat.. aku rasa aku dah mule membulat sket muke.. and.. the most important part is.. my body laa... hehe aku nampak yang aku dah mule berisi berbanding 3 4 tahun lepas yang aku mcm sekeping playwood bergerak...

aku memang dr kecik dibesarkan dengn rangka badan yang kecik.. jd sepelahap mana aku makan.. susah nak naik.. nak turun punyelah senang.. dulu kalau aku jalan kaki je dr kolej ke fakulti yang jarak dia dalam 100 meter je kot.. aku leh kehilangan berat badan sampai 7 8 kilo sebulan.. just like that.... dulu time sekolah.. aku diberikan gelaran yang sgt HOTZ.. antaranya... "IKAN KERING", "PAPAN", "KEREMPENG", "MATPET" dan byk lg yang seangkatan dengan nye... dan... sejak tu gak.. aku mule rajin workout.. sbb aku baca ia boleh membentuk tisu2 badan.. boleh membesarkan otot.. seingat aku.. aku mule pumping sume tu tak silap tahun 2003 kot.. time aku lower six.. sampai la la ni aku still dok buat.. nak makan supliment susu tambah selera la ape la tu.. tp aku dah memang selera mcm hantu weyh.. badan je tak naik.. nak try gak amik protien sebagai supliment.. nenanti laa.. sbb aku rasa nak rajinkan diri g gym.. semenjak menjak umah aku depan je ade gym ngan kolam renang tu yeehaaaaa...

tu yang tetibe aku rasa nak post kan gmbar tu kat sini.. ingatkan nak post gmbar BUKAK baju masa dalam mangga dulu tu... tp lepas tgok 30 kali aku rasa tak ubah mcm IKAN KERING YANG DIJEMUR DI TEPI KOLAM... ahahah.. lantas aku pos yang ini saja...


ni tahun 2007 tak silap aku.. masa ni aku memang kurus weyh.. serious.. gmbr dlm ni mungkin tak nampak.. tp aku memang kurus.. muke je tembam.. masa ni berat tak silap 50 ke mcm tu..

ni tahun 2008... korang tengok kat bahu bawah leher aku tu.. nampak tulang dada weyh.. mase ni pun masih lagi dalam kondisi kering.... SEDIHHHHH

yeahhh.. dan ini yang terbaru.!!! hehehe.. aku rasa badan aku mule naik.. lepas aku secara intensif nak naikkan.. eheheheh.. gmbar ni 2 bulan lepas kot.. jun 2010.....

hahaah.. tu la dia.. sejak tu gakk. aku rasa ramai mintak tip dr aku mcm ne nak naikkan badan.. well.. apa aku leh ckp.. aku nak consult pun aku takde ilmu weyh.. ape yang aku leh ckp.. kalau spesis mcm aku.. yang jenis rangka kecik..m kite nak naik badan memang payah.. ye la. tulang tu bukan boleh disuntik bg besar.. cara terbaik ialah meminta bantuan otot.. eheeh.. korang rajinkan g gym ke ape... dan try amik protien supliment.. sbb biler kite g gym workout segala... otot kite akan koyak dan cedera. pembinaan tisu2 otot tu akan menjadi lebih biasa dr biasa dengan bantuan protien... jd badan korang akan nampak tegap dan besar sket dr biasa la... hehe.. aku pun tengah nak crik protien yang baik ni... pernah try GNC se tong.. tp nak crik yg murah2 lgi.. aku bukan ape.. aklau badan mcm cicak sekeping ni weyh.. kalau pakai shirt ke memang tak smart.. kalau pakai baju tuck in.. memang nampak mcm tiang letrek dengan poster2 jualan lansung.. tak selera sungguh... jd meh la kite.. bersama mendapatkan badan yang HOTZ.. ahah

Burger King HARAM (?)

well.. aku secara peribadi memang bukan penggemar burger king.. rasa dia tak masuk dengan TEKAK aku.. ahaha.. dan berkenaan isu haram halal ni.. memang dah lama dah aku dengar.. tp senyap mcm tu jek.. memang dr dulu timbul isu apabila JAKIM tidak memberi sijil HALAL kepada restoren burger king ni.. khabarnya sampai la ni, masih lagi ia tidak diberikan... nak bg pandangan tp takut silap perkiraan.. yela kita tak nampak bukti depan mata kan... NAH... tengok ni.... bg korang yang gemar burger king.. fikir fikirkan...




Sumber dan Lagi GAMBAR.. click sini EDDY RIZAL

Wednesday, August 4, 2010

Nur Kasih The Muvie weyhh..!!! CHECH THIS OUT..!!






Meneruskan legasi CINTA, SEPI, LOVE, Kekasih Kuseru, Manjalara dan naskah paling indah karya tempatan, Nur kasih; Khabir Bhatia bersama belahan jiwanya, Mira Mustafa bersatu untuk kesekian kalinya bagi merealisasikan kisah cinta agong, Adam dan Nur Amina ke layar perak. Peminat-peminat Nur Kasih versi drama pastinya tak sabar untuk menyaksikan apa yang bakal terjadi pada Aidil, Adam dan Nur serta bagaimana keindahan naskah ini disempurnakan menerusi Nur Kasih The Movie.

Kali pertama idea untuk membawa Nur Kasih ke layar perak disuarakan, saya antara yang paling bimbang… sebab bagi saya, sebagai drama, kisah Nur Kasih telah sempurna. Sesuatu yang indah selalunya lebih indah jika sekadar disimpan dalam memori untuk dikenang… berbanding cuba untuk diulang kembali. Tak tahulah… mungkin itu sekadar pendapat. Tetapi, lewat gambar-gambar dan khabar berita yang saya ikuti berkenaan projek yang menelan belanja RM2.5juta ini, satu bahagian dari hati saya mula melonjak untuk mengetahui hasilnya nanti.

Masih mengekalkan teraju utama versi drama; Remy Ishak (Adam), Tiz Zaqyah (Nur Amina) dan Fizz Fairuz (Aidil), kisah cinta, airmata, persaudaraan, pengorbanan yang berpaksikan Islam ini diperkuatkan lagi dengan penampilan Ayu Raudhah (Alya), Liza Abdullah (Mak Jah), Syafie Naswip/Mukhsin, adik Mia Sara/Amani Adamaya, serta dua pelakon baru; Munif dan Sara Ali. Menurut khabar, watak-watak yang menggerakkan Nur Kasih versi drama masih dikekalkan kecuali Ummie Nazira (Sarah) dan Sharifah Sofea (Katerina).

Kali ini, cerita bermula dengan mengambil latar masa 8 tahun selepas versi drama. Tempat yang dipilih untuk penggambaran adalah kawasan kampung yang sama seperti drama dulu, Jordan dan Australia. Versi filem akan bermula dengan satu tragedi kemalangan kereta api yang akan menjadi titik tolak perkembangan jalan cerita, pergolakan serta episod airmata. Dalam drama dulu, watak Adam dan Aidil digambarkan sebagai sangat suka naik kereta api… bayangkan kali ni kereta api pula yang menjadi mimpi ngeri bagi mereka. Khabir Bhatia, pelakon-pelakon dan seluruh team produksi nampaknya bersungguh-sungguh merahsiakan jalan cerita versi filem ini. Tujuannya tak lain, menambahkan keterujaan peminat. Saya pun kurang pasti apa yang berlaku seterusnya. Rasanya dalam kemalangan kereta api tu, watak Alya yang dipegang oleh Ayu Raudhah yang terkorban. Ada scene kubur dalam salah satu gambar. Dia meninggalkan dua anak yang masih kecil. Bayangkan kali ini kita akan dapat menyelami betapa dalamnya luka Aidil bila kehilangan orang yang tersayang dan luka itu akan terus membayangi dia sebab anak-anak dia dengan Alya sentiasa ada depan mata. Mesti ramai yang tak tahu, salah sorang anak Aidil; yang perempuan dilakonkan oleh Mia Sara! Ala… Amani yang sangat comel dalam Adamaya tu. Mesti ramai yang tak sabar tengok kepetahan adik Mia Sara kali ni. Dan… berita yang baru saya terima tadi, pelakon remaja hebat yang banyak menang award, Ahmad Syafie Naswip pun antara tunjang utama Nur Kasih TM. Wah… nampaknya banyak fan club yang akan datang pecahkan panggung kali ni! Hehe. Ye la… masing-masing ada beribu fan kat facebook. Tu belum kira lagi fan yang kat kampong yang tak tau guna facebook. Cuma untuk peranan Syafie ni masih samar-samar lagi. Ada yang kata die jadi anak Aidil masa besar yang nama Ilyas. Ada yang kata nama watak dia Jamal. Tapi karektor die memang liar la. Siap warna rambut dan pakai subang lagi. (Sila rujuk foto). Tapi entahlah… nampaknya kena tunggu dan lihat.

Tentang kisah Nur dan Adam, itu memang ala-ala surat kerajaan – URUSAN SERI PADUKA – private & confidential. Cuma ada gambar Nur pegang baby. Apa maksudnya ya? Pandai-pandailah buat telahan. Dengar-dengar, banyak juga babak kat overseas… kat Jordan dan Australia. Tgk scene Aidil pakai jubah kat kawasan rumput-rumput kat tanah Arab tu memang cun giler kerja kameranya. Tu yang buat ramai orang jatuh cinta pada Kabir sebenarnya. Cameraman dia tak malas. Lighting perfect. Effort diorang untuk buat setiap scene tu memang giler! Kadang-kadang kamera roll dari celah-celah pintu… dari tayar kereta… dari atas siling. That is art. Every part da macam video clip. Cuma lagi satu yang saya harapkan, kalau boleh kali ni, mintak-mintak la ada soundtract yang best. Lagu Nur Kasih – Yassin untuk versi drama sebelum memang cukup ‘masuk’ juga sebenarnya. Tapi… ye la… bak kata Kabir, this film will stand on its own. Maksudnya, orang yang tak tengok versi drama pun akan faham sekaligus turut berjuraian airmata menontonnya nanti. Harapan saya menggunung agar lagu-lagu touching ala-ala ‘Bila Cinta’ – OST Lagenda Budak Setan akan melatari babak-babak cinta suci Adam dan Nur berlatarbelakangkan banjaran-banjaran padang pasir di tanah Arab nanti. Wah… makin tak sabar rasanya. Tapi saya percaya yang produksi ini tak akan mengecewakan kita. Tengoklah pilihan-pilihan lagu untuk karya mereka sebelum ni; Perpisahan – Anuar Zain (Cinta), Cinta – Misha&Jac (Cinta), Sepi – Yuni Shara (Sepi), Aku Bukan Untukmu – VE (Sepi), Nur Kasih – Yassin (Nur Kasih – Drama). Mereka memang ada JIWA…

Sekarang, penggambaran pun telah tamat. Kiranya dah masuk peringkat pasca-produksi la. Katanya nak buat CGI jugak. Harap-harap tak der la CGI macam cicakman dulu. Buat rosak mood je. Tapi again… saya rasa rakyat Malaysia boleh harapkan Kabir Bhatia. Apa-apa pun, kita harus balik ke basic, kejayaan sesebuah naskah baik drama ataupun filem adalah bergantung kepada idea asal, cerita dan penceritaan. Itulah sebenarnya yang membawa kepada kejayaan Nur Kasih serta Kekasih Kuseru (Juga karya Kabir). Sesebuah karya itu harus berjaya menyampaikan mesej yang dekat dengan penonton dan juga mempersembahkannya dengan visual yang dekat dengan penonton… supaya penontot boleh ‘relate’ sekaligus merasai apa yang dirasai oleh semua pemeran-pemeran watak dalam sesebuah karya. Ulasan saya buat Mira Mustafa: Credit untuk dia. She is improving. Dari zaman Manjalara, Cinta, Kekasih Kuseru, Sepi dan Nur Kasih – Drama, Mira mencipta gaya penceritaan tersendiri. Nur Kasih – Drama bagi saya cukup indah dan ber’isi’. Saya difahamkan, menerusi naskah Nur Kasih TM kali ini, kita tidak akan melihat teknik atau gaya penceritaan yang sama seperti filem-filem sebelumnya. Kabir menjanjikan sesuatu yang berbeza. Bezanya apa? Tetap… ‘biarlah rahsia’ dan ‘no comment’.. hehe.

Buat Kabir Bhatia, Mira Mustafa dan seluruh warga produksi Nur Kasih The Movie, harapan sekurang-kurangnya 4.7 juta rakyat Malaysia (Rating yang menewaskan Buletin utama) untuk melihat keindahan karya anda begitu maha besar. Jangan hampakan kami… jangan sesekali… Masyarakat sudah lama menanti untuk menidakkan hakikat bahawa karya tempatan tidak berkualiti. Fahamkan Prof. Madya Razak Mohaideen, Ahmad Idham apatah lagi Azhari Mohd Zain… ‘primadono’ baru pentas filem tanah air… juga tokey ubat kurus yang banyak cakap dan da lame tak sikat rambut, Datuk Dr. Rozmey, kami tidak mengharapkan anda punya ijazah mahupun sarjana dalam bidang filem sebelum layak gebang seperti Mansor Puteh atau bertakhta di singgahsana terlalu lama hingga menjadi malas untuk ber’kreatif’ seperti Rashid Sibir… kami cuma mahu pihak yang punya kapasiti sebagai sutradara itu untuk sedikit rajin, berfikir dan belajar dari yang lebih arif tentang macam mana nak buat filem… kalau masih tak berjaya, lebih baik ucap selamat jalan macam Azizi Chunk Adnan (Sebenarnya penulis rasa dia ada bakat. Cuma produksi tempat dia bekerja selalunya tak boleh belah). Akhir kata, semoga Nur Kasih The Movie membawa kami larut dalam cinta sekali lagi. Tak sabar tunggu Mac depan! Seni Itu Indah… Seni Itu Bukan Dosa… Salam.


:: penat tak baca?... aku pun letih.. btw bukan penulisan aku ni.. kdt terbesar harus diberikan kepada SYAZWAN MUHAIMIN, budak engineering yang rasa seni adalah dunia sebenar dia... ::






yang ni watak utama nur kasih year 3 nanti

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...