Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu- Puan Maimunah



Saat mata ini berpeluang melihat dunia..
engkau adalah yang membukanya..
saat relung hati ini mampu menghela udara
kau yang menghembuskannya
saat hidung ini mampu menghidu alam
engkau taburkan dengan wangian
saat telinga ini teruja mendengar deruman
kau bisikkan dengan zikir pujian

saat kaki ini mampu berdiri
engkau adalah tongkatnya
saat tangan ini mampu menggapai
engkau adalah destinasinya
saat akal ini mampu berfikir
kau adalah tauladannya

disini aku berdiri sgalanya adlah kerna dia
terlahirnya aku adalah kerna pautan kasih sayang mereka berdua
tiada satu harta berharga mampu membeli hakikat itu
tidak ada cinta yang mampu melawan cinta itu
tiada kasih sayang yang mampu melalaikan aku tentang itu

25tahun aku berdiri kukuh
kadang tersungkur tidak terbangun
walaupun tanganmu jauh mahu membantu
namun suaramu disisi membakar dalam diam
menyuluh terang agar aku tidak hilang
memberi aku kekuatan agar tidak ketinggalan
menyulam kasih setia agar aku tidak kecewa
sntiasa memberi jalan agar aku melangkah tenang

setahun lagi dipanjang usia
dia masih ada setia menyemai yg terbaik
untuk setiap insan di sisi
lelah dan penat tidak mungkin terlahir
hanya yang terbaik untuk setiap yang hadir

ku mendoakan saat ini akan mati
terusan begini hingga keakhirnya

SELAMAT HARI IBU

kepada

PUAN MAIMUNAH BTE SARBINI

ps: Copyright Fairuzselamat.blogspot.com

Saturday, May 8, 2010

Lagi remaja ditembak, konstabel digantung tugas



  • hey... mcm2 hal.... lepas satu satu.. lepas senyap sekejap kes buang anak.. kes polis tembak org awam....
  • dah surut sket je kisah aminurrasyid.. ni muncul satu lagi kes... heyy.. susah la.. mcm2 keterangan.. dr pihak berkuasa.. mereka ada sbb kenapa buat mcm tu.. dr pihak org awam..
  • ini satu yang melampaui batas apabila mcm senang2 je nak tembak org,.. tidak mahu meberatkan sokongan kepada mana2 pihak..
  • berbagai pihak harus ada rasa tanggungjawab dimana perkara ini bermula.. akr umbinya di mana....
  • ibu bapa harus didik anak menjadi insan mulia.. pihak berkuasa harus gunakan pendekatan terbaik untuk atasa msalah sepeti ini...
  • berita lanjut.. klik di bawah ni..

**

Photo Tanpa Bicara



Memegang watak raja jawa, Raja Kampar
walaupun daku berketurunan bugis banjar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...