Tuesday, April 6, 2010

Projek Terbaru Aku



alhamdulillah.. perancangan ini sudah terlubuk lama.. tp baru kini mampu direalisasikan.. namun masih lgi di peringkat permulaan.. masih kabur perjalanannya... namun.. aku sgt optimis dengan kewujudan ini... aku sendiri sangat teruja mahu meibatkan diri dalam pelaksanaannya... harap kalian juga begitu ya... aku sgt mengharapkan sokongan dan dorongan yang tak berbelah bagi dalam usaha aku menghasilkan projek ini.. terima kasih kepada managerku.. kerana sentisa menyusun jadual dan perancangan terbaik... insyaallah.. ada rezeki tidak kemana.. segala tetapan sudah tersusun... pelaksanaanya akan dilakuka sehabis baik.. dan tawakkal kepada yang maha Esa... memohon agar segala penat akan terubat.. insyaallah..

Jadi kepada kalian... jangan lupa.. .. segala perkembangan akan aku kemas kini disiini....
Nantikan Kemunculan

VOICES

aku perlukan bantuan kalian untuk menyemarakkan lagi ia... buat permulaan... ni akaun untuk Voices... CLICK GAMBAR INI... then leh ar korang sebarkan....




CLICK GAMBAR INI




Kenapa Siti Lagi.!!



masih lgi dalam mood gembira kerana kemenangan siti.. ahahahaah.... entri ni memang saja aku tulis kerana dua sebab.. satu sb bosan membca kes kes berlambak ni. kedua.. kerana aku memang ckup gembire dengan kemenangan siti... arggg... biarkan mereka berkata.. apa salahnya aku minat siti waluapun dia berkahwin.. apa salahnya aku minat siti walaupun dia dah berkahwin dengan dato k... apa salahnya aku menyokong artis malaysia.. apa salahnya aku menyokong artis pop... biarkan saja... hahaa...

sedikit sejarah tentang penglibatan siti dalam anugerah bintang popular ni.. ingat lagi aku.. kali pertama siti menyertai acara ini.. masa itu ia digabungkan dengan anugerah skrin tak silap aku.. 1997.. siti memenangi 3 anugerah.. artis wanita popular.. penghibur tv popular, dan artis palig popular.. pada malam itu siti mengenakan persalinan berwarna pink.. dengan sarung tangan hitam.. menampakkan imej2.. klasikal inggeris... sgt comel...





dan 13 tahun kemudian.. siti melangkah cemerlang dengan busana multilayer yang sgt sgt menarik.. kombinasi warna brown dan biru... siti melihatkan aura paling glamour nya dengan begitu cemerlang... hasil rambut yang minima kerana bajunya sudah menjerit meminta perhatian.... kombinasi solekan yang ckup sempurna...






aku sendiri agak sedih kerana ini abp terakhirnya.. kerana aku sendiri mahu melihat beliau mengenggam anugerah artis wanita paling popular itu sehingga 15 kali.. 2 tahun saja lagi... aku harap siti akan terus menyertai abp tahun hadapan...



Lagi Pasal Kerja




alhamdulillah... segalanya sekarang sudah berjalan pada satu landasan yang agak stabil... penempatan sudah tetap.. kerja sudah mula nampak bayangnya... cuma yang mungkin belum sempurna, penerimaan diri, dan tahap kesesuaian emosi dengan situasi.. sekarang baru kurasa apa yang pernah dilalui oleh cik Zaffirah Zaini yang sgt "ceria" di Lahad Datu tu.. baru sekarang ku mengerti apa yang di rasanya beliau di awal2 penempatan nya di sana... hehehe



ya.. emosi tetap agenda utama dalam melayari segala bnda sehari2... jd aku masih lg mencuba untuk melihat segala ini dr sudut paling positif... yela... menukar haluan dr satu bidang ke satu bidang yang bezanya umpama putih dan hitam.. bukan boleh dilangsaikan dalam sehari dua... aku sendiri memberi 2 bulan kepada diri ini.. bagi aku betol2... menyelami isi situasi yang perlu aku berada sekarang.. insyaallah.. yang penting.. seperti pendirianku... hentikan merungut... terima dengan hati terbuka.. melihat segala kepayahan dr sudut positif.. insyaallah.. takda masalah...



team2 mate aku yang lain.. semua hampir sama.. ye la.. kami sendiri kebanyakannya baru sahaja selesai pengajian.. jd perlukan kekuatan mental dan fizikal untuk hidup segar di daerah baru ini... sbb itu juga.. aku sgt bersatu dengan kawan2 seangkatan aku yang lain.. kerana kami dalam situasi yang sama... curahan pendapat, luahan hati... penceritaan tentang dunia baru antara kami.. memang perlu.. supaya jika ada beban tertanggung.. terasa ringan sedikit kerana ada yang sanggup berkongsi... terima kasih semua..



jadi... helakan nafas baru.. buang segala yang terkumpul sayu... gantikan dengan satu semangat mahu membina satu masa depan yang terbaik.. insyaallah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...