Monday, December 28, 2009

Casting Filem Hanyut

alaaa... tak ingat tarikh la.. bilerr ek.. hurmmm. isnin lepas kalau tak silap.. 21hb dec kot..hahaah.. aku pergi ke casting untuk filem hanyut.. ni pun diberitahu oleh kawan ku, syarafina abdullah... dia la yg ajak aku pergi.. aku pun dtg la.. slot aku kul 2.30...

sedikit maklumat.. filem ini adalah filem yang dikeluarkan oleh production house tanah licin. Tanah Licin Sdn. Bhd.. eheheh.. filem ini merupakan sebuah filem berlatarkan zaman melaka lama.. sekitar tahun 1800an.. heheeh.. agak mnarik la pada aku... ia akan diarahkan oleh penggiat seni yang sgt aku kagumi, Uwei haji Shaari

dan aku telah mengcastingkan diri aku dngan watak Dain.. watak utama gak la kot.. cerita ni emnarik.. sbb ade byk bangsa dlm tu..a da org melayu.. penjaajh.. pedagang.. matsale sume la... heheeheheh.. da aku tak keseorangan.. aku sebarkan jugak maklumat berkenaan casting ni.. dan antara kawan aku yg dtg pada masa yg lbh kurang sama ialah syidek.. ataupun syahidah.. ehehee.. dia dtg n terus dr kuantan koran tau.. semangat kan.. bagus3.. suke org mcm ni.. heheehehe



syahidah @ SYIDEK @ She-Dead..


btw sistem pemilihan untuk watak dalam Filem Hanyut atau dalam bahsa inggerisnya Finding Nina ini agak menarik.. selain drpada pemilhan muktamad yg dilakukan oleh pengarah sendiri, org ramai boleh mengundi dilawan web berkenaan.. ia akan diberitahu kelak...



ini kawan aku tu.. sharon syarafina abdullah.. heheeheh

btw guys.. wish me luck.. eh tp dah lepas pun casting tu.. takpe3.. korang doakn la aku terpilih ek.. mana tau ade rezeki... berpeluang gak aku join filem.. this is my 1st casting actually.. ahhaah.. doakan ar guys..!! tq.!!!


Sunday, December 27, 2009

2009.. Tahun Yg Paling Mencabar

2009 hampir melabuhkan tirainya... menyulusuri jalan2 yang telah dipijak.. banyak tapak yang masih berbekas tanpa tanda2 yang ia akan hilang.. dan jalan yang aku lalui dalam 2009 ni paling banyak meninggalkan jejak mati itu... jejak itu akan menjadi kenangan.. jejak itu akan menjadi sejarah.. jejak itu akan menjadi ingatan.. jejak itu akan menjadi pintu rindu.. 2009 aku umpamakan sebagai tahun paling sibuk buat aku sepanjang 24tahun aku bernafas ini. dari permulaan tahun 2009... jadual aku diisi dengan berbagai aktiviti... yang membuat aku tersenyum.. yang buat aku terduduk.. yang membuat aku berlari.. yang membuat aku menangis.. yang buat aku terguris.. yang buat aku ketawa... dan yang pasti.. berjaya membuat aku menghargai tahun 2009 ini...


penghasilan mini album.. ya satu perkembangan yang amat aku banggakan dalam perjalanan career aku.. aku dengan bantuan manager ku... berusaha menghasilkan single yang kami usahakan sendiri.. alhamdulillah semuanya berjaya.. walaupun perjalanan single ini tidak memberansagkan.. ia sudah ckup memberi seribu pengajaran dan kepuasan untuk aku.. disini juga dengan single ini.. aku dapat kawan dan peminat baru.. alhamdulillah.. moga akan ada sinar yg lbh indah untuk aku kemudian nanti



Anugerah Seni Makum....
satu khabar gembira apabila aku dicalonkan untuk anugerah individu dalam anugerah seni makum.. iaitu majlis yang mengiktiraf semua pelajar universiti semalaysia dalam melihat keaktifan mereka dalam bidang seni dan juga kecemerlangan dalam akademik... byk katagori dan termasuk katagori anugerah bonang emas.. alhamdulillah,... rezeki aku.. pernah termimpi untuk menjulang award ini 2 tahun lepas.. dan aku berpeluang.. alhamdulillah..




Makan Malam Mesra Makum.. majlis ini adalah sempena perpindahan mereka yang akan mengemudi majlis kebudayaan universiti semalaysia dari UTHM ke UNIMAP.. aku di panggil untuk membuat persembahan.. sgt meninggalkan memori.. disini byk kenalan baru yang aku dapat.. byk memori bru yg menjadi asas kepada yang seterusnya... byk gak perkara berlakau yg aku taknak lupakan




Debat terbuka astar.. mungkin ini acara yang biasa2 aja.. tp bagi aku satu kenangan yg indah.. disni aku belajar jd runner.. haahah memang aku berjaya menjadi pelari yg baik.. ahah kot.. disini gak aku kenal beberapa org kawan yang akhirnya rapat ngan aku.. eheheheheh best3.. ingat nak join lg... tp dah tak leh sbb dah tak de status sbg pelajar.. ahahaha

MPA 1 dan 2.. malam penganugerahan astar.. satu dn dua... dua dua memberi seribu kemanisan untuk aku sebelum aku meninggalkan sesi pengajian aku di universiti malaya ni.. dalam MPA1.. aku sekali lagi dianugerahkan anugerah seniman astar.. dan lawak gak aku dpt anugerah mr sporting.. ahaha.. lawak tol..!1 tp best.! alhamdulillah... dan untuk MPA2 satu lagi anugerah tertinggi yang aku tak pernah terpk akan dpt, aku peroleh.. anugerah tengku mahaleel.. aku cume berjang untuk seni di kolej itu.. dan bersyukur kerana kerja keras itu dipandang tinggi oleh pengurusan.. terima kasih kepada mereka yang mencadangkan nama aku dan setrusnya memilih aku.. tq.!!!



Festival seni...
festival seni yang merupakan acara tahunan terbesar universiti malaya ini memang dah menjadi satu tardisi.. cume yang menyusahkan aku adalah.. pada tahun ini diadakan majlis ini pada bula mac.. dengan nak exam lagi.. dengan nak mengajar lagi.. tahun terakhir aku di um ni, aku join agak banyak.. nyanyian inggeris, nyanyian irama malaysia, nyanyian asli, teater, nasyid dan puisi.. owh satu lagi.. tarian asli... alhamdulillah.. dalam kesemuanya itu.. aku dapat 4 juara dan satu tempat k empat.. pengalaman berharga.. setelah berusaha gigih dr 3 tahun leps.. akhirnya berjaya membanti kokej pertama menjuarai festival ini secara keseluruhan...









Final projek.. yup dal;am tahun terakhir dah tentu aku akan mempunyai final projek.. dan pementasan nyanyia maut adalah projek akhir dalam pengajian aku.. alhamdulillah.. aku tau aku tak memberi yang terbaik untuk pementasan ini.. tetapi aku yakin, aku dah cube bg yang paling aku mampu.. kesibukan untuk projek ini memang membnuh aku... kerja pentas, kerja produksi.. memang kami semua terbuntu..






anugerah diraja...
satu lgi pengalaman indah aku sepanjang bergelar pelajar... ya.. aku tak menerima anugerah ini.. namun dimaklumkan aku terpilih ke calon dua terakhir.. sudah cukup membuat aku tersenyum.. kecewa kerana gagal membawa ini menjadi kenyataan.. namun tidak pernah termimpi aku akan meenjadi calon penerima anugerah diraja ini...


cuci the musical..
satu lg pengalaman baru untuk aku.. aku hanya mencuba untuk terlbat dlm satu produksi besar seprti ni.. dan aku terpilih.. alhamdulillah.. 3 bulan dari ogos ke october.. aku hambakan diri aku serelanya untuk produksi ini.. 3 bulan yang penuh dengan cabaran dan dugaan.. kesronokan.. bnda baru.. ilmu baru.. kawan baru.. keghairahan yang baru.. memang cuci the musical satu pengalaman berharga untuk aku...



pementasan detik.. satu peluang yang datang tanpa diminta.. aku mendapat undangan dr kawan ku untuk menyertai pementasan penilaian untuk festival teater kebangsaan.. aku join.. menghayati watak dalam masa 5 hari... saat hilang penat kerana cuci the musical belum lagi mampu dijamah.. aku cube membantu.. banyak yang berlaku.. pementasan berjaya jga dipentaska.. alhamdulillah.. juga memberi satu pengajaran yang berharga untuk aku



anugerah skrin.. satu lagi pengalaman baru buat aku.. aku diajak oleh abg rudy untuk join anugerah skrin ni sebgai penyanyi latar.. aku terima.. utuk pengalaman dan juga untuk keseronokan... byk yang aku pelajari dr abg rudy sebagai music director... ya menjadi backup singer untuk siti, misha.. memang seronok bg aku.. alhamdulillah.. semua berjalan dengan lancar...



mengajar nasyid untuk festival seni.. sepanjang dec yg menjadi penutup 2009 ni.. aku memang sibuk.. antaranyta dengan mengajar pelajar2 kolej pertama bagi festival nasyid universiti malaya.. aku juga sepatutnya mengajar puisi.. anmun itu masih lgi bellum bergerak... jadi menjadi tenaga pengajar dalam erti kata yang sebenarnye memang memberi tekanan.. dulu aku juga peserta.. kini dilabel sebagai pengajar.. satu yang baru buat aku.. walaupun aku sudah mengajar nasyid ini sudah masuk tahun ke 4.. namun berdiri dengan stu tanggungjawab yg besar, memang memberi tekanan... namun itulah yang menyeronokkan.. harap ada sinar indah buat kumpulan nasyid ukhwah astar..





ini hanya sebahagian yang aku nak ingat.. aku klasifikasikan sebagai jejak yang cantik... terlalu banyk jejak yang pahit yang juga sudah mati terkesan di situ.. biar ia mnjadi sejarah yang taknak aku ingat...

tq 2009.!!!!!!!!!!!!




Friday, December 25, 2009

Review Avatar



baru sahaja selesai menonton avatar. filem separa animasi yang hangat diperkatakan. keadaan seperti membenarkan kenyataan itu, kerana hampir seminggu aku menunggu untuk mendapatkan slot menonton filem ini. pergi saja, penuh.. pergi saja penuh... slot yang aku dapat ni pun aku beli sehari sebelum.. jd kepada sesiapa yang ingin menonton filem ini, book awal2.....



Keseluruhan

secara keseluruhannya, aku memberi 4.5/ 5 bintang. tinggi kan.. ya itu adalah bayaran untuk kerja keras team produksi avatar ini dalam menghasilkan satu karya yang cukup teliti. kenapa aku berkata sedemikian. avatar ni filem yang diadun antara gambar sebenar dan gambar CGI. penghasilan manusia2 pelik berwarna biru itu pada penglihatanku, cukup sempurna. ya kelancarannya mungkin tidak sehebat gambaran sebenar, tp penciiptaan itu begitu mengujakan. paling terkesan di hati aku adalah ekspresi muka. bagaikan terasa saat heroin cerita ini yang merupakan watak CGI itu meluahkan emosi.. seperti manusia sebenaryang melakonkannya. ini antara aspek yang memberi aku tekanan untuk memberi penilaian yang tinggi kepada filem ini. perjalanan cerita yang pantas... tidak memberi ruang untuk penonton merasa bosan.. setiap babak diisi dengan satu konfllik yang seperti membuat hati menunggu2 saat klimak cerita ini tiba. gambaran indah latar tempat itu.. pengakhiran yang menenangkan.. semua diadun menjadi satu.. cerita ini dikhabarkan adalah filem termahal yang pernah dihasilkan.. dan pengarahnya, james camaroon juga sudah tentu akan diingati dengan filem ini selepas Titanic.




lakonan

aku memberi kdt yang tinggi kepada semua pelakon. pada aku semuanya memberikan lakonan yang cukup memuaskan. aku tidak menemukan watak2 yang mempunyai karakter hebat atau begitu menyerlah.. kerana hero cerita ini sendiri adalah mahkluk biru yang merupakan watak CGI itu. namun, semua pelakon, jack sully, dr grace, bos mereka tu, komander tu semua.. pada aku berjaya mengasingkan pandangan aku dengan perwatakan masing2. mereka pada aku berjaya mencipta aura karakter itu sendiri. melihat kepada watak makhluk biru itu pula, pada aku cukup cantik. seperti yang aku perkatakan di awal tadi... aku cukup kagum dengan ketelitian ekspresi muka karakter ini. sampai adakalanya aku tertanye ini cgi atau manusia sebenar yang disolek.. dan sampai ke saat ini aku masih tertanya. saat heroin tersenyum malu melihat hero melakukan sesuatu, saat kemarahan muncul, saat kerisauan terpancar.. ekspresi itu tidak sekdar satu hasil animasi 3d dan CGI.. tetapi aku melihat kejujuran rasa itu. memang dari pandangan aku, ia berjaya. aksi2 lagak ngeri, melompat dr dahan ke dahan.. semua nya seperti sangat indah




Sinematografi

5bintang.! it was so perfect.! i was amazed.. the shots just too perfect..!! sepanjang menonton... reaksi aku hanyalah.. "wow.. !".. "OMG..!".. .. sangat cemerlang.. ya.. gambaran ini juga pada perkiraan aku dicipta.. kerana dalam menggambarkan dunia di pendora... segalanya ditokok tambah dengan keindahan yang boleh dilihat di segenap tempat. pada aku pengarah berjaya dalam aspek ini. banyak shot2 yang aku sangat kagum. ditambah dengan pemandangan yang indah itu.. bunga2 bercahaya, lantai yang seperti alunan muzik sentiasa memberi alunan indah.. ranting dan juraian pokok yang melingkar indah bersama ribuan warna2 syurga... bukit bukau, hutan, gunung.. dataran terapung.. segalanya cukup sempurna... dan kelebihan ini tidak digunakan sekadar itu sahaja.. shot yang begitu teliti agakrpemain bersatu dengan latar tempat itu, juga dilihat direalisasikan dengan begitu baik. dari satu babak ke babak yang lain... pemain seperti menjadi perantara yang membwa aku masuk ke dalam dunia indah itu.. KAGUM..!



Grafik

Paling Menonjol.. Filem yang khabarnya diilhamkan pada tahun 2004 ini sememangnta berjaya mengikat aku dalam aspek ini.. aku klasifikasikan filem ini sama seperti narnia, tranformers, lOTR.. filem yang menggambarkan latar dengan bantuan CGI yang "mengada2". hehe.. maksud aku.. segala yang di paparkan dlam filem ini, sangat syurga.. terlalu indah.. dunia pendora ibarat syurga yang terpinggir.. keindahan dn keetenangan yang tiada tara.. hubungan manusia dan alam menjadi seperti tiada beza... sangat indah.. aku memeberi kdt yang tertinggi untuk mereka yang mengideakan gambaran ini, dan mereka yang merealisasikan ia ke hadapan kami.. sangat indah...



Tema dan persoalan

tema dan persoalan yang pada aku sangat jelas adalah mengenai penindasan. bagaimana manusia yang gilakan kebendaan dan memburu kekayaan, sanggup mencemar maruah sesuatu bangsa, dan mengambil apa yang tidak sepatutnya diambil. perampasan hak. pergaduhan antara kaum yang berbeza... sekadar terimbas.. filem ini jika dilihat secara kasarnya, tidak banyak ubahnya seperti filem Pocahontas.. org putih datang ke tanah baru.. menjajah.. dan akhirnya berlawan dengan penduduk tempatan, dan akhirnya kalah.. begitu juga dengan avatar.. tetapi.. sebenarnya, aku seperti terhidu satu persoalan lain dan juga msg yang berat yang sepertinya ingin ditonjolkan. mengapa kaum Na'vi itu digambarkan seolah2.. kaum red indian.. tidak mahu merungkai panjang, aku seperti melihat satu msg tentang pergolakan antara kaum kulit putih dan kaum kulit hitam di tanah amerika itu yang sedang digambarkan.. cukup dengan terselitnya golongan yang ego, tidak mahu mengalah, dan sanggup menindas kaum yang lemah.. dan juga dengan golongan yang sebenarnye mempunyai hak terhadap sesuatu itu, tetapi terpakse membiarkan hak mereka dicalar, kerana tiada ruang untuk bertindak. ataupun kurang nya kemampuan. apapun.. ia satu msg yang cantik melihat kepada apa yang dipaparkan dalam avatar ini. tentang cinta yang sangat suci .. tentang semangat mereka yang tidak punya kemampuan fizikal (cacat), tentang betapa indahnya jaringan komuniti yang baik berbanding kemewahan duni, tentang betapa alam begitu berharga untuk kita hapuskan.. dan tentang semangat setiakawan yang tidak ada nilainya.




Lain Lain

bagi aspek lain.. semuanya pada aku ckup rencah.. kostume.. bg kostume manusia2.. tidak ada masalah.. cukup sesuai.. kostum ketenteraan... bg gambaran makhluk biru itu pula.. aku juga suka... dengan hiasan2 di kepala yang cantik.. dengan rambut.. semuanya.. menjadi pada aku.. music juga bagus.. tapi dibandingkan dengan animasi astroboy.. aku rasa avatar seperti meminimakan aspek ini... aku tidak nampak kekuatan dr segi musik.. walaubagaimanapun, apa yang ada sudah cukup.. berjaya membawa emosi penceritaan itu kepada aku.. itu sudah cukup.. mungkin kalau diperhebatkan lagi.. aku akan bagi 5 bintang untuk filem ini... selain itu... plot cerita juga berjalan dengan konsisten... penceritaan yang jelas.. walaupun pada awalnya aku seperti konfius... plot yang relevan.. tidak seperti plot yang sengaja diadakan untuk memanjangkan cerita.. hurmm.. bahasa kaum Navi juga sgt menarik.. menarim sehingga aku seakan mahu mempelajarinya...



kesimpulan

filem ini sangat hebat. berdurasi 2 jam 40 minit. ia seperti tidak membenarkan mata ini terleka. dihidangkan dengan keindahan permandangan dunia pendora itu, dengan sentap dengan persoalan yang harus dinanti pengakhirnya.. ia seperti mengikat aku di kerusi untuk tidak bergerak. saat kemusnahan hometree.. aku seperti ingin menangis.. seakan ia adalah satu kehormatan tertinggi yang dirobek dengan senyuman sinis. aku keluar dr panggung dengan satu rasa puas... rasa yang menyelinap hampir ke sluruh ruang rasa aku. aku sehingga saat aku menulis ini, masih lagi mengimpikan untuk pergi ke pendora... untuk hidup disana.. haahah.. terlalu indah dunia itu... keindahan yang seperti menggambarkan ironicnya... dunia kita, yang semakin hilang nilai alam.. apabila besi konkrit sahaja yang menjadi santapan mata... satu pujian yang tinggi kepada team avatar... inilah yang dinamakan menonton filem yang berbaloi... jangan seperti filem2 itu.. yang digembar gembur.. tetapi hasilnya... mcm pemusnah seni...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...