Thursday, August 20, 2009

Shooting Di Rumah Pernim




Untuk Rancangan Evolusi Muzik yang bakal disiarkan di astro180, selain dr persembahan pentas kami juga dijadualkan untuk membuat rakaman bersama anak-anak istimewa di sebuah rumah yang digelar rumah Pernim... yang terlibat hanya aku dan gitaris aku, Nan.. yg lainya ada hal yang tak dpt dielakan... btw aku sungguh teruja kerana kami dapat meluangkan masa dengan kanak-kanak ini yang pada aku walaupun nasib mereka tidak sebertuah kite, tetapi mereka sangat istimewa... Rumah Pernim ini, mengumpulkan kanak-kanak yang tiada ibu bapa dan juga kanak-kanak yang dijangkiti HIV.. takut?.. takda lansung.. aku rasa mereka ini lgi suci dr mereka-mereka yang diluar tu... kanak2 ini yang tak mengerti apa2, aku rasa mereka terlalu suci untuk menerima suratan ini.. air mata aku hampir mengalir apabila diberitahu dua orang drpada mereka hampir sampai ke penghujung hayat, kerana jangkitan itu sudah ke tahap kritikal... sedih kan... aku hanaya mampu berdoa... berdoa untuk kesejahteraan mereka di dunia dan akhirat..












ini dia antara team produksi yang terlibat hari tu... sume ok.. sume sempoi...



And, Of Course... My Trademark.. ahhaha

Dan selesai je rakaman tu, kami balik ke office FMC... then takde pape nak wat.. lepak2 jap warong mamak.... minum air secawan dua.. ehehehe.. dan ape gunanya kamera kalau bukan untuk amik gmbar sendiri.. ahahahh kan?









Tuesday, August 18, 2009

Izinkanlah- Live



Ni sempena program evolusi muzik ari tu.. enjoy.. mungkin dah tak sama dengan suara 9 tahun lepas.. tp rasanya... hahaha.. korang dengar la ek..


Aku Dan Konvokesyen.!!



Tnggal 13hb ogos 2009.. selamat upacara konvokesyen untuk fakulti aku... bagi sesi 09... alhamdulillah... aku tergolong dalam mereka yang diraikan... setelah mengalami kekecewaan dalam tempoh tertentu di awal aku melangkah ke Universiti Malaya ini, namun aku dapat juga memberi sedikit rasa kebanggan kepada mak ayah aku...

Tiga tahun aku menghambakan diri untuk menuntut ilmu di Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya, mengambil seni persembahan untuk pengajian drama.. selama tiga tahun ini, aku mempelajari satu lagi cabang seni yang aku tak pernah termimpi, untuk melihat aku didalamnya sebelum ini... selama tiga tahun aku belajar satu lagi ilmu baru yang mana membuat aku sedar, seni itu terlalu indah... selama tiga tahun juga, aku dikelilingi dengan mereka2 yang hebat dan berbakat...



Kini, setelah 6semester mencuba memberi yang terbaik, aku cukup berbangga dengan apa yanga ku usahakan.. ya masih banyak lompong2 yang perlu di isi dengan pengalaman dan ilmu sampingan, namun apa yang aku dapat di Fakulti kebanggaan ku ini, tetap aku rasakan berada di tahap yang terbaik pada kelasnya.

Alhamdulillah.. aku berjaya menyudahkan pengajian aku dengan keputusan yang cemerlang.. aku dianugerahkan Sarjana Muda Seni Persembahan (Drama), Lulus dengan Kepujian (Dengan Cemerlang)



Perjalanan masih jauh. namun di destinasi ini, aku percaya tuhan memberi aku pilihan yang terbaik untuk aku mencorakkan masa depan aku dengan keputusan ini.. masih terlalu awal untuk dibanggakan, namun sedikit rasa puas, akan aku jadikan sebagai pendorong untuk memilih yang terbaik untuk aku di masa hadapan.. guys... doakan aku... amin..

P/S: akan ada entri susulan berkenaan segala mcm kejadian, hadiah, dan apa sahaja dalam kenangan kovo ku ini.. tunggu yaaaa.!!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...