Tuesday, June 16, 2009

Ganyang Malaysia?




topik ini kelihatannya panas... panas bukan?... jd untuk pertama kalinya, ingin sekali aku memohon maaf kepada sesiapa saja yang membaca ini , jika anda terasa... sejujurnya, niat aku membuat posting ini tidak kotor... bukan mahu menghentam indonesia dan bukan juga membela malaysia... aku hanya menyampaikan hasrat hati aku yang tidak selesa dengan keadaan ini..... tidak senang melihat dua negara ini yang seharusnya bersama membangunkan alam melayu nusantara, secara perlahan di suntik elemen2 perbalahan ini... lansung aku tidak senang....

kenapa harus begini... kita ketepikan kesemua fakta yang di bangkitkan ekstrimis indo ini... memang ada benarnya fakta2 itu... namun, untuk melihat semua itu dr kaca mata yang berdebu... bukankah terus faktanya juga bedebu... terus, indonesia tidak nampak dengan jelas apa itu malaysia, dan malaysia juga tidak mampu menyapa dengan jelas kepada indonesia. kita serumpun.. kita dilihat sebagai satu puak yang sama.. satu panji yang sama... jd kenapa harus digali fakta-fakta hanya untuk membangkitkan kemarahan..

secara jujurnya, aku pencinta indonesia.... lagunya, makanannya, budayanya... kerap juga aku kesana... ke jakarta, ke bandung... ke bukit tinggi... lagu2nya juga menjadi mainan bibirku saban hari... aku peminat berat kris dayanti... afgan.... judika... dan terkini aku juga meminati vivi aldiano...... DAN aku juga peminat berat siti nurhaliza... aku hormat malaysia, namun dalam masa yang sama aku tetap mengagungkan indonesia.. kerana kita sama.... budaya itu tetap mempunyai akarnya yang tersendiri.... jangan dibilang yang kami mencuri budaya2 itu.. kerna kedatangannya budaya itu juga mengikut arus alam... jadi... bukankah lebh indah.. jika kita berkongsi apa yang kita ada... kerna... jika sudah termaktub keindahan budaya itu... dimana2mana pun, ia tetap akan dijulang...


aku rasa tidak patut kita bertelagah.. kita harus menjadi satu walaupun pandangan dan rumpun itu berbeda.... aku juga senang dengan kawan2 ku dr indonesia... lecturerku juga dr indonesia... jd bukan kah lebih indah jika perkongsian yang baik itu memanipulasi aspek2 lain juga... jangan biarkan politik2 yang berbaur dengki, khianat dan perbalahan ini menghancurkan keindahan budaya timur yang kuat di malaysia dan juga indonesia......


hidup malaysia... maju indonesia... berjaya bersama

ps: malaysian... dont call them indon... call them indonesia or indo....


Saturday, June 13, 2009

Esok Show.!!!

Esok 14hb jun.. aku ade show pentas.. di Terminal 1, Seremban.. negeri Sembilan.. So pada sume yang dekat2 tu.. jemput lah stg ek.... leh gak kite bertanye kabar.. cewwaahhh... aku akan hiburkan mereka dalam 4 ke 5 lagu..... jd sape2 yang free.. jom dtg terminal one.. seremban...

Jenis : show pentas
Tarikh : 14hb Jun 09
Masa : 3 Petang
Lokasi : Terminal 1, Seremban




Secebis Sedar Iman


seminggu dua ni aku tak buat banyak keje pun... duk umah mcm biasa... cume ade aku berulang alik ke UM untuk uruskan beberapa perkara. tapi bukan itu yang aku nak coretkan disini.. seminggu dua ini juga aku ada menonton beberapa drama di astro yang mana memberi impak yang sgt besar kepada mental aku... satu berjudul suara dari kubur jika aku tak silap, dan satu lagi berjudul tanah kubur. kedua dua drama ini mengisahkan tentang tema keislaman.. tentang seteguh mana keimanan kita bila berhadapan dengan nafsu dunia. kedua dua nya memaparkan persoalan yang sama. iaitu apabila manusia telah kaya, kita selalunya akan lalai dan lupa tuntukan ilahi...

untuk suara dari kubur... mengisahkan sebuah family... hidup dalam kemewahan.. sehingga lupa norma2 sebagai manusia dan umat islam.. sehinggalah dosa menjadi normal buat mereka. dan apabila salah seorang anak mereka mati dibunuh kerna merogol wanita, perkara ini menghantui isterinya orang kaya ini apabila kerap mendengar suara dari kubur. dan roh anak mereka yang mati itu kerap datang mengganggu mereka sekeluarga. dengan desakan ini, mereka perlahan2 mempelajari agama dengan mendalam.. sehinggalah mereka sedar selama ini mereka hidup berlandaskan jalan syaitan.... sangat indah...

tanah kubur... juga memaparkan konsep yang sama. sepasang suami isteri.. sibuk mencari kewangan... di mata masyarakat mereka adalah jutawan pemurah kerna kerap menderma.. tp sebenarnya mereka menderma untuk mendapatkan pulangan yang berlipat ganda... malah mereka juga membeli title haji.. hanya untuk mendapatkan persepsi positif dr masyarakat.. di akhirnya.. si suami meninggal.. semua duit hilang, kawan entah kemana, anak yang dihantar belajar ke liar negara tidak lansung mengambil berat walaupun si ayah sudah meninggal.. desakan seperti ini lah yang mengajar si isteri untuk mendalami agama yang sudah di tinggalkan bertahun2....


sangat indah bukan... kekadang drama drama berunsurkan kerohanian seperti ini sememang nya bagus.. apatah lagi dengan persoalan yang dipaparkan benar2 berlaku di sekeliling kita... menyingkap tema dan mesej yang cuba disampaikan, seperti memberi satu kesedaran untuk aku... entah berapa banyak dosa yang aku dah buat.. entah berapa banyak slaah yang aku tak sedar.. entah berapa besar dosa aku pada mak ayah aku.... masyaallah....

lantas.. aku duduk termenung... benar.. segala keindahan didunia ni.. rupa paras yang menarik.. duit yang bertimbun2, pangkat yang tinggi melangit.. hanyalah pinjaman yang takkan kekal.... menyelusuri jalan yang diberikan tuhan kepada kita ni, isilah dengan izin dari- NYA... harta itu sebanyak mana kita carik, sebanyak itu juga lah kita akan rasa tak cukup... bersyukur dengan apa yang ada.. berusaha untuk mengubah kemampuan kita... namun DIA yang memberi janganlah kita lupakan....

insyallah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...