Tuesday, May 5, 2009

Shampoo Terhangat Dipsaran


Rejoice Pantene Elseve


Head n Shoulders Sunsilk Dove

hahaha.. entri ni entah tetibe je rasa nak wat... hahaah.. ok mcm ni.. actually aku nak tanya pendapat korang apa shampoo terbaik yg korng rasa.. korang leh jawab berdasarkan pengalaman sendiri atau mungkin melalui penglihatan.. mcm ni sebenarnya, fairuz ni rambut panjang... then banyak sgt wat style, blow la, iron, a colour la... now da rosak la slet.. heheheeh.. mcm dah kering la... mcm ni..!! uwaaa... no big deal sebenarnye.. memang plan nak ptong pendek je sebenarnya.. hehehe.. tapi terlanjur nak wat rambut baru, fairuz nak tanya pendapat korang apa shampoo yang bagus ek.. mcm rambut fairuz sekarang ni.. dah jadi rambut jenis kering ni... so ni ade beberapa jenis shampoo yang fairuz senaraikan.. kalau korang ada pendapat tentang shampoo lain yang bagus, sila kongsikan bersama ya..




Monday, May 4, 2009

Semangat Aku Setelah Tomok

rasanya satu dunia atau satu malaysia telah maklum bahawa penyanyi kumpulan newboyz, Tomok atau Shah Indrawan telah menjuarai rancangan realiti One In A Million. satu kejutan setelah dua musim sebelumnya seperti sukar untuk lelaki membolosi tembok ini. dan juga sepeti sukar untuk penyanyi meraih undi dr masyarakat melihat kepada nasib yang menimpa dayang, faizal dan shiela. namum tomok membuktikan bahawa jika ikhlas dan jujur usahanya, tiada yang mustahil. aku sangat2 memandang positif kemenangan tomok ini. sejujurnya aku tak pernah mengikuti konsert mingguan oiam.. cuma di youtube saje. mungkin kerana kesibukan aku di final semester ini. namun apabila sudah berada di pentas final, melihat pengamatan aku, hanya tomok dan esther yg mungkin menjadi juara.. aku kuat mengatakan itu...

yea.. sume tau tomok merupakan vokalis kumpulan newboyz yg muncul dlm industri tempatan sekitar tahun 1999/2000.. album silih berganti sehinggalah nama newboyz itu seakan2 pudar ditelan kehebatan artis2 baru yg silih berganti. ramai tertanye2 kemana newboyz.. dan satu berita mengejutkan apabila tomok menyertai oiam dan layak ke pentas mingguan. dan saban minggu tomok berusaha gigi membuktikan yang dia bukan belasahan. sehinggalah malam jumaat itu, dia dinobatkan sebagai juara. ini sangat memberi semangat kepada aku.. Kenapa?

mungkin ade yang tahu, mungkin tidak.. aku juga pernah menganggotai dua kumpulan sebelum ini. satu daripadanya adalah qface. qface muncul sekitar tahun 2000.. tidak jauh dr newboyz. dan pada masa tu kami berdua.. dua kumpulan ini saling disatukan. sering dikaitkan. peminat kerap menghantar surat melaga-lagakan kami. wartawan mengatakan kami pencabar terdekat newboyz...hahaha.. kenangan kan.. namun keteguhan newboyz lbh kukuh dr kami. aku keluar dr qface atas sebb tertetntu.. namun banyak yang aku belajar dr qface ini. inilah band pertama yang mengajar aku arti menjadi artis rakaman. melalui qface juga bnyak aku dapat.

Q-Face

sekitar tahun 2002 aku menyertai kumpula antz di bawah FMC. alhamdulillah album pertama kami membuahkan hasil yg agak membanggakan.. lagu kami seperti sebati, lydia, juga cinta remaja duet bersama elyana kerap diputar di radio.. namun tidak lama juga. selepas menghasilkan album kedua pada 2005, kami senyap.. aku menyambung pelajaran.. yang lain dengan bisnes masing2.. setelah ini jugalah, aku pernah merasakan untuk give up saja... banyank sebenarnya yang aku terpaksa telan sepanjang hampir 10 tahun dlm industri ini.. pernah aku terfikir untuk biarkan saja dunia ini dengan alirannya.. tapi aku gagal..

Antz

aku terlalu mencintai nyanyian.. saban hari melihat bakat baru gigih mengasah bakat. aku makin teruja. melihat seperti tomok, usaha menaikkan namanya semula. aku bersemangat.. namun aku terfikir, adakah nasib aku sebaiknya? adakah memang ada rezeki aku di jalan ini. kerana sehingga saat ini, aku buntu untuk memikirkan bagaimana mahu menembusi dinding utuh industri ini. selama 10 tahun ini, aku mencuba berbagai cara.... apa aja yang aku tak cuba, apa aja cacian dan hinaan yang aku tak terima.... aku dituduh bersetubuh, aku dituduh membawa penyakit AIDS, aku dituduh menggunakan ilmu hitam untuk membantu suaraku. itu sebahagian yang aku terima.. yang family aku terima?... ya lebih teruk dr itu. yeaa aku puas di tipu.. dr sekecil kecilnya, sehinggalah sebesar bsarnya.. aku iyakan saja.. aku biarkan saja.. kerana apa? aku terlalu mencintai seni...

Fairuz Selamat

lantas... kemenangan tomok seperti memberi aku satu kekuatan.. untuk terus berusaha sehinggalah bakat dan semangat aku diiktiraf dan dinilai. namun, mungkin kah itu akan berlaku? Adakah Yang danggup untuk menyokong aku?.. aku masih tertanya......

Sunday, May 3, 2009

Review Untuk Keputusan AIM16


Secara keseluruhannya, aku boleh katakan, keputusan aim kali ni menyamaratakan yang lama dan yang baru.. kenapa? sbb ada katagori yang aku rasa artis tu patut menang, tp artis lain menang.... memang biasa la kan majlis anugerah kat masia ni.. selagi ade mase nak dipertikaikan, selagi tu ade bnda yg boleh dipertikaikan.. yelah.. nak carik majlis anugerah yang menyamai ramalan sratus% memang takde la kan... btw ni dia komen aku tentang keputusan aim ke 16 ni

1- aku mulakan dengan sitinurhaliza. memenangi 4 anugerah.. vokal terbaik, album pop etnik terbaik, album terbaik, dan susunan muzik terbaik. secara dasarnya, aku rasakan Lentera Timur jauh lebih baik dr 4 anugerah ni. aku emmang dr awal rasakan, kulit album terbaik dan lagu pop etnik terbaik dalam lagu boleh dapat... tp... mmm ok la tu.. takkan nak bg semua kat siti kan...? ulang lagi sekali "takkan semua nak bagi pada siti kan.."... ahahha.. ok la tu.. untuk semua zoners... tq sbb dtg and support siti even siti takde... ni ganjaran untuk kite yg setia dan yakin dengan siti... memang LT adalah yang terbaik..

2- artis baru terbaik, MUH menang.. takde pertikaian.. pada aku diorang memang bagus. muzik yang segar, persembahan bertenaga setiap kali show. gubahan muzik yg bgus.. mereka memang layak menang.. cume byk sgt berita negative tentang attitude kump ni.. aku taktau betol ke tak.. yg pasti aku akui mereka ni bagus


3- vokal terbaik lelaki. secara rasionalnya dalam otak aku, hanya bob dan resh je yg layak menang.. kita jgn bgi sebab lagu popular atau tak. atau mungkin sbb aizat cipta lgu sendiri dia menang... tp nilai secara pro. reshmonu lontaran, kawalan dia sgt style. and yet, sgt bagus. bob?,, what i can say, he gave his best for cinta terhalang.. sume pun bleh dengar kan.. lontaran superb, kawalan superb, teknik superb.. what else?.. no, i have no idea at all when aizat diumumkan menang award ni.. untuk lagu "lagu kita?"... i don't think so guys...

4- Hujan... album rock terbaik dengan lagu rock terbaik.. hurmm.. secara jujur aku terkejut gk.. sbb aku memang jangkakan butterfingers lor.... untuk lagu rock terbaik tu.. haiiyaaa.. sgt terkejut ok... have no idea how they can win lor... really..... tp takpe la.. kite keluarkan statement tipikal aim, "juri hanya menilai yg terbaik"



5-misha omar.. yup malam tu selain siti, memang malam misha... dengan 4 anugerah yang agak besar. lagu pop terbaik, lagu pop etnik terbaik, album pop terbaik dan lagu terbaik. setelah kerjaya nyanyian misha agak suram kebelakangan ni, anugerah ni mcm tetibe memanaskan kembali namanya. untuk pop etnik aku tak rasa mule2 nafas cahaya yang akan dpt.. tp entah la... untuk lgu pop ok la.. tak de saingan sgt.. album pop? sebenarnye aku tak tau pun album penuh misha dsn dipasarkan.. serious tak tau... adakah dipasarkan hanya untuk aim? no idea.. no idea at all..


6- Rossa...ok la.. katagori ni memang sengit dan memang calon2 sume terbaik.. aku akan puas hati kalau sape2 menang pun... aku suke matahariku. komposisi sgt bagus. vokal bagus. gubahan muzik pun bgus... ayat ayat cinta pun bagus. tp aku prefer matahari ku. lbh segar dan menonjol.. tp ayat ayat cinta tak membenarkan aku mempertikaikan kemenangannya tu sbb lgu ni pun bagus gak

itu jek la secara generalnya aku komen untuk beberapa anugerah utama aim kali ni.. ye.. byk untuk dipertikaikan.. tp ckup la untuk aku bersyukur siti telah menang.. aku ingatkan sekali lgi, aku bukan mhukan siti menang hanya kerana aku peminat berat dia, tp lentera tiur memang hasil yang baik...

APA KATA ANDA..?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...