Sunday, April 5, 2009

Nyanyian Maut yg hampir membunuh aku..!!!


seawal sem lepas.... kami sume dah decide untuk bawak skrip no exit sebagai persembahan final kami... final projek kami... berlatih punye berlatih.... kami pasrah.. skrip atau naskah absurd itu terlalu berat untuk kami..... kami sudah mencuba hampir sebulan latihan, membuat yg terbaik.. namun skrip itu mengharapkan lbh dr itu... yang mana kami terutamanya aku masih tak mampu untuk memberikannya..... namun kami teruskan latihan apabila masuk ke sem dua ni.. seawal januari kami tetapkan hati untuk mencuba yg terbaik.. kami memilih kak ja dan zehan sebagai pengarah.. dengan harapan mereka mampu membantu kami... namun sekali lagi kami gagal membawa skrip ini dengan baik.. even kami dah mencube beri segala yang kami ade, hasilnya adalah sangat bosan dan terukk.. tertanya2 bagaimanakah harus skrip ini dipentaskan untuk menutup segala kelemahan itu....

pada akhir januari, kami duk berbincang mencari penyelesaian.. lantas kami putuskan kami akan tukar skrip.. dan berbincang dengan penyelia kami, puan ros, kami memilih naskah tewfik al hakim , berjudul nyanyian maut... alhamdulillah, pengarah kami memberi reaksi positif...!!! awal bulan dua, kami memulakan latihan.. seterusnya dengan kakja dan zihan.. alhamdulillah gak sbb latihan dengan naskah ini membuahkan hasil.. kami mula nampak perjalanan persembahan kami... berbanding dengan naskah no exit yang tidak menampakkan sinar walaupun hampir dua bulan berlatih...

bercerita tentang naskah nyanyian maut.. sememangnya aku tidak dapat menahan sebak dan sayu.. satu kerana inilah naskah terakhir yang membenarkan aku berkongsi idea, kenangan dan perhubungan dengan rakan rakan kelas aku... hal ini kerana ini lah persembahan terakhir aku sebelum aku melangkah keluar dr universiti malaya ini.. sedih... sayu.. tak terjangka apa yang aku akan pk kan...

secara jujurnya, aku rasakan naskah ini bukan memihak kepada aku.. aku berlakon dengan sangat teruk dan aku lansung tidak berpuas hati.. tp walaumcm mana pun, persembahan kedua hari tu yang mana kami di nilai, aku berpuas hati dengan apa yang berikan.. walaupun aku yakin aku mampu memberi yang lebih baik drpada itu.....

memegang watak alwan.. sangat memberi cabaran pada aku.. aku menangis, aku tertekan, aku merintih, aku membawa diri dengan harapan aku akan mampu membawa watak ini.. tapi sehingga ke akhirnya aku tau watak itu tak ckup menyerlah di tangan aku... aku ckup tertekan untuk memberikan yang terbaik kerana dua watak lagi pada aku sudah siap tersusun untuk menyerlah.. aku sebagai watak yang tidak banayak boleh aku lakukan, aku memang tertekan.. sehinggakan aku pernah terpk kenapa aku tak buat tesis jek... tapi aku kuatkan hati.. aku yakin ini yang aku pilih, ini gak yang aku akan buat, ini gak yang terbaik untuk aku....


fina dan ila sewaktu latihan..!!!!

zihan, pengarah kami yg sangat memahami aku...!!!


pada 1 dan 2 apriil tempoh hari, berlansungla persembahan nyanyian maut.. pada 1hb, aku terlalu yakin bahawa aku tidak memberi yang terbaik.. bukan persembahan yang aku fikirkan, tetapi kerisauan yang mana telah memberi efek yg buruk pada aku.. dan pada 2 hb pula, aku mencuba yang terbaik.. alhamdulillah.. aku berpuas hati dengan lakonan pada hari kedua.. aku bersyukur.. walau banyak kekurangan... aku tau mereka tidak berpuas hati dengan lakonan aku.. tetapi aku lelah untuk memberi yang terbaik.. itu yang termampu untuk aku berikan... kalau ada yang mengatakan aku tidak mampu berlakon, aku akan buktikan lain hari bahawa aku mampu.. aku bukan budak belasahan yang hanya mengambil lakonan semata2 untuk naik ke atas pentas.. akan aku buktikan aku mampu buat yg terbaik dalam bidang teater ini seperti apa yang aku buat untuk watak jak dalam gejolak..!!!!






left: asakir, alwan natalya, mabrouka dan sumeida...

  1. terima kasih che zihan...
  2. terima kasih kak ja.
  3. terma kasih pak tam dan anas.. our am..!!
  4. tq mira, our production manager..
  5. tq fina dan ila as a acting partner..
  6. tq kekawan yg beri sokongan.....
  7. tq semua pensyarah dan kawan di universiti mlaya. kenangan ini adalah yg terbaik

Sunday, March 29, 2009

Fairuz Dalam Ukhwah Astar


seawal aku mendaftarkan diri ke universiti malaya pada tahun 2005, dan apabila kami diperkenalkan dengan pergerakan seni kolej kediaman pertama dan seterusnya kepada acara seni tahunan terbesar um, iaitu festival seni, aku merupakan ahli kepada pasukan nasyid kolej pertama.. pada penyertaan kali pertama, aku yang erupakan junior pada kala itu, hanya mampu diri kaku dan membuat apa yang diarahkan.. pada waktu itu abg muaz yang mengajar kami... kami juga diberitahu bahawa sebelum ini tidak ada sebarang pencapaian yang pernah kolej kami dapat... terus saja kami buat yg terbaik... alhamdulillah... kami dpaat tempat ke5... sangat bersyukur kerana berdasarkan apa yang kami buat, ntah apa2...!!


masuk tahun kedua, iwe, roommate aku, menjadi org penting yang membangunkan nasyid... kami berdua sepakat untuk meneraju nasyid tanpa perlu mengundang jurulatih luar... aku telah dilantik menjadi pengajar... seterusnya kami meneruskan misi mencari junior, melatih, dan memberi kata2 semangat.... alhamdulillah.. membuahkan hasil apabila kami mendapat juara untuk pertama kalinya....



masuk tahun ketiga... iwe masa tu dah kurang semangatnya pada nasyid kerana ade komitmen lain.. nasyid diteraju olh hazwan..... pada waktu ini, aku sedih kerana makin ramai senior tak join, tp dlm masa yg sama gembira kerana junior2 baru menunjukkan minat dan semangat yang tinggi.. aku teruskan menjadi jurulatih.. melatih vokal.. harmonizing, solidness... sume la... kami buat yg terbaik atas jalan dakwah dan juga ingin mendapat juara seterusnya menaikkan nama kolej pertama.. alhamdulillah sekali lg, apabila kami dinobatkan sebagai juara sekali lagi... pada waktu ini aku hanya mampu bersyukur tidak terhingga kerana tuhan membri rezeki melimpah kepada aku dan budak2 nasyid....


masuk tahun keempat pula iaitu tahun 2009.... aku sekali lagi dipujuk olh junior tahun lepas untuk mengajar.. pada mulanya, aku tolak kerana hanya aku seorang senior yg tinggal dan juga aku terlalu bz dengan projek akhir aku... tp setelah dipujuk aku terima... lansung latihan berjalan mcm biasa.. agak lama kerana festival seni kali ini dibuat pada bulan 3... team kali ini pada aku adalah yang paling mencabar kerana byk masalah yg kami hadapi termasuk ahli, lagu, pakaian.. dan kepala hangin.. hahaha.. kami bersabar aje.. sampai satu masa kami rasakan yang kami takde harapan nak menang.. yup.. itu yg kami rasakan.. seminggu sebelum bertanding, kami mulakan latihan intensif... dan berterusan sehinggalah sehari sebelum bertanding.. dan pada malam itu, byk masalah berlaku apabila kami berhadapan dengan masalah percanggahan idea... memang stress dan merisaukan.. kami tentukan cubaan suara yg hendak dibuat pada malam itu, sehari sebelum bertanding... tp kami yakin kan saja


esoknya, kami bertanding, kami buat yg terbaik.. mencurah hati kami kepada apa yang kami latihkan selama ini... terus... kami redha dengan pa yang kami dah buat.. setelah diumumkan keputusan.. kami sekali lagi memegang kejuaraan itu... kami gembira.. aku terduduh sedih.. aku sedih keran agembira... tiga tahun aku mengajar nasyid ukhwah astar ini, kami diberikan rezeki yang sgt baik oleh tuhan..... aku juga dinobatkan sebagai vokal terbaik untuk dua tahun berturut2.. alhamdulillah.... kini aku dah berada di bulan2 terakhir sebelum aku tamat pengajian... ukhwah astar adalah salah satu memori yg aku takkan lupa.. bermula dengan alia, iwe dan seterusnya kepada ejin dan bad, dan seterusnya kepada amin dan hazuan dan afi, dan seterusnya kepada shima dan hadi dan syafik.. dan semua ahli2 nasyid... aku merasakan memori ini benar2 yg terindah yang pernah aku rasakan......





ps: thanks iwe... kite yang wujudkan ukhwah astar..!!!
ps: thanks alia, kite yg paling setia dengan ukhwah astar
ps: thanks hazuan kerana berjuang untuk team kite
ps: thanks amin sbb sabar dengan kerenah aku
ps: thanks sume ahli nasyid ukhwah astar... teruskan kejuaraan kite pada tahun hadapan..!!!

Thursday, March 26, 2009

Penatnye jadik fairuz selamat...

kenapa la susah nak faham... ingat aku tipu ke mase aku ckp aku bz.... kenapa susah nak faham.. biler aku dtg latihan pakai baju cantik2, bukan aku pergi berjalan.. aku pergi tengok final projek classmate aku, aku WAJIB kene tengok sbb tu lah yg kami belajar selama tiga tahun.. walaupun bukan team kami, kmi kene tgok gak.. dan kekadang kami kene pergi jumpe pengarah panggung, pengarah lakoknan.. pengarah set.... ni final projek kami selama tiga tahun kami belajar.. nak main2 ke? bleh ke skip.....? cube aku mintak korang skip anta tesis korang.. bleh tak?

dan biler aku ckp aku ada latihan dekat fakulti dr pg sampai malam ingat aku memain ke... selama tiga tahun aku belajar, aku pun ade final projek.. kalau student lain sibuk buat tesis sampai tak ingat dunia, sama la macam kitorang.. malahan lagi bz ok..!!! dengan latihan hari2, dengan laporan projek yg lbh kurang tesis gak... dengan kelas lg.... kitorang kene kerah keringat... mlm siang sibuuk dengan latihan yg bukan memeningkan emosi jek... tp dengan fizikal dan otak sekali... plus dengan latihan festival seni lg... ingat aku tak tau stress...???

selama ni aku ade ke tinggalkan mereka tanpa sesuatu... sejarang2 aku pergi latihan pun, sampai sekarang dapat gak kan part2 diorang? jgn sesekali ckp aku BERLAGAK atau MENGUNGKIT, aku berkorban banyak giler untuk kolej dan diorang... pengarah, team mate , production manager dah puas menyumpah aku sbb aku berani amik risiko ni.. "kau nak gagal ke final projek kau nanti???" tp aku buat jugak aktiviti kolej walaupun komitmen aku mcm hape... tapi aku buat kan? yg diorang buat tu aku yg bg gak kan?...

sorry la, aku bukan buat2 penat... berada kat tempat aku baru korang tau apa yang aku rasa......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...