Sunday, March 29, 2009

Fairuz Dalam Ukhwah Astar


seawal aku mendaftarkan diri ke universiti malaya pada tahun 2005, dan apabila kami diperkenalkan dengan pergerakan seni kolej kediaman pertama dan seterusnya kepada acara seni tahunan terbesar um, iaitu festival seni, aku merupakan ahli kepada pasukan nasyid kolej pertama.. pada penyertaan kali pertama, aku yang erupakan junior pada kala itu, hanya mampu diri kaku dan membuat apa yang diarahkan.. pada waktu itu abg muaz yang mengajar kami... kami juga diberitahu bahawa sebelum ini tidak ada sebarang pencapaian yang pernah kolej kami dapat... terus saja kami buat yg terbaik... alhamdulillah... kami dpaat tempat ke5... sangat bersyukur kerana berdasarkan apa yang kami buat, ntah apa2...!!


masuk tahun kedua, iwe, roommate aku, menjadi org penting yang membangunkan nasyid... kami berdua sepakat untuk meneraju nasyid tanpa perlu mengundang jurulatih luar... aku telah dilantik menjadi pengajar... seterusnya kami meneruskan misi mencari junior, melatih, dan memberi kata2 semangat.... alhamdulillah.. membuahkan hasil apabila kami mendapat juara untuk pertama kalinya....



masuk tahun ketiga... iwe masa tu dah kurang semangatnya pada nasyid kerana ade komitmen lain.. nasyid diteraju olh hazwan..... pada waktu ini, aku sedih kerana makin ramai senior tak join, tp dlm masa yg sama gembira kerana junior2 baru menunjukkan minat dan semangat yang tinggi.. aku teruskan menjadi jurulatih.. melatih vokal.. harmonizing, solidness... sume la... kami buat yg terbaik atas jalan dakwah dan juga ingin mendapat juara seterusnya menaikkan nama kolej pertama.. alhamdulillah sekali lg, apabila kami dinobatkan sebagai juara sekali lagi... pada waktu ini aku hanya mampu bersyukur tidak terhingga kerana tuhan membri rezeki melimpah kepada aku dan budak2 nasyid....


masuk tahun keempat pula iaitu tahun 2009.... aku sekali lagi dipujuk olh junior tahun lepas untuk mengajar.. pada mulanya, aku tolak kerana hanya aku seorang senior yg tinggal dan juga aku terlalu bz dengan projek akhir aku... tp setelah dipujuk aku terima... lansung latihan berjalan mcm biasa.. agak lama kerana festival seni kali ini dibuat pada bulan 3... team kali ini pada aku adalah yang paling mencabar kerana byk masalah yg kami hadapi termasuk ahli, lagu, pakaian.. dan kepala hangin.. hahaha.. kami bersabar aje.. sampai satu masa kami rasakan yang kami takde harapan nak menang.. yup.. itu yg kami rasakan.. seminggu sebelum bertanding, kami mulakan latihan intensif... dan berterusan sehinggalah sehari sebelum bertanding.. dan pada malam itu, byk masalah berlaku apabila kami berhadapan dengan masalah percanggahan idea... memang stress dan merisaukan.. kami tentukan cubaan suara yg hendak dibuat pada malam itu, sehari sebelum bertanding... tp kami yakin kan saja


esoknya, kami bertanding, kami buat yg terbaik.. mencurah hati kami kepada apa yang kami latihkan selama ini... terus... kami redha dengan pa yang kami dah buat.. setelah diumumkan keputusan.. kami sekali lagi memegang kejuaraan itu... kami gembira.. aku terduduh sedih.. aku sedih keran agembira... tiga tahun aku mengajar nasyid ukhwah astar ini, kami diberikan rezeki yang sgt baik oleh tuhan..... aku juga dinobatkan sebagai vokal terbaik untuk dua tahun berturut2.. alhamdulillah.... kini aku dah berada di bulan2 terakhir sebelum aku tamat pengajian... ukhwah astar adalah salah satu memori yg aku takkan lupa.. bermula dengan alia, iwe dan seterusnya kepada ejin dan bad, dan seterusnya kepada amin dan hazuan dan afi, dan seterusnya kepada shima dan hadi dan syafik.. dan semua ahli2 nasyid... aku merasakan memori ini benar2 yg terindah yang pernah aku rasakan......





ps: thanks iwe... kite yang wujudkan ukhwah astar..!!!
ps: thanks alia, kite yg paling setia dengan ukhwah astar
ps: thanks hazuan kerana berjuang untuk team kite
ps: thanks amin sbb sabar dengan kerenah aku
ps: thanks sume ahli nasyid ukhwah astar... teruskan kejuaraan kite pada tahun hadapan..!!!

Thursday, March 26, 2009

Penatnye jadik fairuz selamat...

kenapa la susah nak faham... ingat aku tipu ke mase aku ckp aku bz.... kenapa susah nak faham.. biler aku dtg latihan pakai baju cantik2, bukan aku pergi berjalan.. aku pergi tengok final projek classmate aku, aku WAJIB kene tengok sbb tu lah yg kami belajar selama tiga tahun.. walaupun bukan team kami, kmi kene tgok gak.. dan kekadang kami kene pergi jumpe pengarah panggung, pengarah lakoknan.. pengarah set.... ni final projek kami selama tiga tahun kami belajar.. nak main2 ke? bleh ke skip.....? cube aku mintak korang skip anta tesis korang.. bleh tak?

dan biler aku ckp aku ada latihan dekat fakulti dr pg sampai malam ingat aku memain ke... selama tiga tahun aku belajar, aku pun ade final projek.. kalau student lain sibuk buat tesis sampai tak ingat dunia, sama la macam kitorang.. malahan lagi bz ok..!!! dengan latihan hari2, dengan laporan projek yg lbh kurang tesis gak... dengan kelas lg.... kitorang kene kerah keringat... mlm siang sibuuk dengan latihan yg bukan memeningkan emosi jek... tp dengan fizikal dan otak sekali... plus dengan latihan festival seni lg... ingat aku tak tau stress...???

selama ni aku ade ke tinggalkan mereka tanpa sesuatu... sejarang2 aku pergi latihan pun, sampai sekarang dapat gak kan part2 diorang? jgn sesekali ckp aku BERLAGAK atau MENGUNGKIT, aku berkorban banyak giler untuk kolej dan diorang... pengarah, team mate , production manager dah puas menyumpah aku sbb aku berani amik risiko ni.. "kau nak gagal ke final projek kau nanti???" tp aku buat jugak aktiviti kolej walaupun komitmen aku mcm hape... tapi aku buat kan? yg diorang buat tu aku yg bg gak kan?...

sorry la, aku bukan buat2 penat... berada kat tempat aku baru korang tau apa yang aku rasa......

Monday, March 23, 2009

Kejuaraan Kan Ku Bunuh Cinta dan Semangat Gejolak

kelakarians..!!!!

tengah tunggu result..!!


segalanya selesai.. keputusan telah diketahui... ada yang melonjak kegembiraan.. ada yang terduduk kesedihan.. ada yang mengakui kekurangan masing, tak juga kurang ada yang umpama rumah siap pahat berbunyi....


bagi diri aku, tanpa menafikan kesedihan yang berbuku di hati ku, aku sangat gembira setelah meminjamkan kejuaraan kepada pihak lain, kami sekali merampas kejuaraan itu... alhamdulillah.. permulaan yang sangat baik untuk kolej pertama dan juga momentum yg baik kepada tenaga kerja kelab lakon astar..... skrip hasil nukilan Idham Hadi, Kan Ku Bunuh Cinta telah menjuarai acara drama pentas kali ini... bagaikan kemenangan hatrik apabila kami merupakan persembahan pertama untuk acara ini, dan seterusnya menjuarai acara ini.. alhamdulillah... selain kejuaraan utama, pelakon utama, akmal azam, mendapat pelakon lelaki terbaik, skrip ini juga menggondol anugerah skrip terbaik dan juga mendapat pengarah terbaik untuk Idham Hadi..... bagus.... even aku menjangka farini yang akan mendapat pelakon pembantu wanita terbaik... tp tak kisah la... rezeki itu tuhan yang tentukan... aku sebagai warga astar sangat berbangga dengan kemenangan ini.. tahniah ate, tahniah abg idham, tahniah team kan ku bunuh cinta.... apepun situasi yang aku gambarkan sekarang ni, aku nak korang tau yg aku sangat berbangga dapat join teater astar dan aku sangat suke dengan kemenangan korang.. sgt suke..!!!!

Gejolak????



" saya JAY... lulusan harvard, dalam bidang criminal justice.. saya masih bujang... tapi dah tak teruna lagi... saya di masukkan ke sini diatas tuduhan merogol. dan kesemuanya ada 27 kes... "


hurmmm very dispointed.. plus frusterated.... kenape? sbb kami tak dpt ape2... melainkan anugerah keseluruhan di tangga ke empat...... kami tak bersyukur? takkk... kami memang bersyukur dengan apa yang kami buat dengan apa yang kami dapat.... tp kekecewaan ini memang aku tak dpt singkirkan.. semalam tu aku terus terusan memikirkan apa yang aku dah buat dalam gejolak sampai begini.... 5 org pengarah kolej lain jumpe dan ckp, fairuz dalam kesemua show teater untuk feseni kali ni, kau punya yang paling entertaining.. ko punye yang paling berjaya ikat penonton.... diorang gak ckp, fairuz, kau buat yang terbaik, kemungkinan besar untuk pelakon terbaik... mmmmmmm by komen dlm fb aku pun, aku rasa korang tahu... tu la.. kami tertanye2 kalau almost 90% mengatakan kami lbh baik dr kolej itu, dr kolej ini, jd apa silapnya, dimana kurangnya sehinggakan kami tak berjaya... kami tak jangka no 1.. cume mungkin ke-3 sudah cukup baik..... walaubagaimanapun, jgn salah sangka,. aku tetap bersyukur dengan apa yang ada, dengan apa yang diberikan...



komen juri ade mengatakan ade team yang mcm buat sambil lewa.. adakah itu ditujukan kepada gejolak?... yup aku merasakan sebegitu kerana semua kolej buat yang gempak2 kecuali gejolak sahaja... bagaimana kami harus jawab kenyataan ini, sedangkan kami ibarat budak baru yang hanya mengikut ckp org besarnya sahaja... jd kami diamkan diri.. tiada komen..

tp takpe lah... ramai yg msg aku ckp, gejolak menang di mata penonton.. berbekas di hati penonton.. itu sudah cukup baik untuk kami.. lg pun apa lagi yang kami mahukan kan, astar sudah menjuarai feseni kali ini untuk acara teater..!!!! yeeehaaaaa.......

sekarang masa untuk memikirkan acara lain yg lebih patut aku pentingkan....

ps: gejolak sepatutnya dihargai....



keputusan acara drama pentas festival seni 09

Juara - kolej pertama A

Naib juara - kolej 12

tempatke-3 - kolej 5


Pelakon lelaki terbaik - kolej pertama A
pelakon wanita terbaik - kolej 5

pelakon pembantu lelaki - kolej 5

pelakon wanita pembantu - kolej 5

skrip terbaik - kolej pertama A

teknik terbaik - kolej 12



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...