Friday, March 13, 2009

Festival Seni UM 09

Festival Seni Universiti Malaya atau nama asalnya, Pertandingan Seni Pentas ini dianjurkan oleh Pusat Kebudayaan Universiti Malaya sejak 1975 lagi. Ia merupakan acara kemuncak kegiatan kesenian dalam kampus UM dan menjadi salah satu acara tahunan yang sangat dikenali dan diminati oleh warga kampus terutamanya penghuni kolej-kolej kediaman.

Bidang kesenian atau persembahan pentas yang dibuka untuk pertandingan ialah, Boria, Drama Pentas, Dikir Barat, Koir, Nasyid, Pop Band, Muzik Akustik, Nyanyian Irama Malaysia, Nyanyian Asli, Nyanyian Inggeris, Kompang, Manifestasi Puisi, Tarian Tradisional Kebangsaan, Tarian Kreatif. Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar dan kakitangan Universiti Malaya.

Bermula dari tahun 1996, Pertandingan Seni Pentas telah diberi nama baru, iaitu, FESTIVAL SENI UNIVERSITI MALAYA (FESENI). Maka, seperti menjadi kebiasaan, FESENI, menjadi acara yang ditunggu-tunggu oleh penggiat dan aktivis seni kampus setiap sesi, untuk beradu keunggulan, keaslian dan kreativiti mereka dalam bidang kesenian. Secara tidak lansung juga memupuk semangat kesatuan melalui kesenian antara pelajar-pelajar universiti malaya.



Pada tahun ini, FESTIVAL SENI UNIVERSITI MALAYA yang juga akan dipanggil FESTIVAL SENI UNIVERSITI MALAYA 2009 (FESENI ‘09), akan memperlihatkan usahasama dari lebih ramai pihak. Pihak kolej-kolej kediaman akan terlibat secara lansung bersama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dan juga Pusat Kebudayaan untuk menjayakan FESENI ’09.

Festival seni sekali lagi akan dianjurkan untuk sesi 08/09. Ia kan dianjurkan pada semester kedua dan terdapat 16 acara kesenian yang akan dipertandingkan. FESENI ’09 telah berjaya meningkatkan kualiti dan profesionalisme para mahasiswa UM dalam bidanh kesenian sekaligus meningkatkan martabat seni pada tempatnya.



Monday, March 9, 2009

Malam Penganugerahan Astar 09

masquerade couple? ahakz...


mmmmmm... majlis makan malam atau dinner kolej terakhir sebelum aku abis belaja dan mungkin meninggalkan um.... alhamdulillah.. segalanya berjalan lancar... seperti yg aku harapkan, dan ade yg datang melebihi apa yang aku sangkakan... terima kasih sume... btw, uuntuk tema kali ni, masquerade telah diplih.. tema yg sangat cool ok..!!! dengan topeng yg berbagai..!!!! ok lanjut ke cerita aku

pada 7hb tu.. aku awalnya di kejutkan dengan berita yg aku ade show... wo its like, aku tak dpt dtg dinner terakhir aku ni.... jd walaupun agak sedih dan kecewa, dah la bju dah beli... aku pun redha la.. ye la.. show tu dah deal ngan pihak lain, so nak tak nak kene jalan tanggungjawab la kan....
cute hunks... (penghuni D 208.!!)


tp puas pk, aku berkeras aku nak g gak dinner tu.. mcm ade aura yg kata aku kene dtg... jd aku kol manager aku. ckp ngan promoter show tu,letak aku sbg artis pertama.. dan alhamdulillah, diterima dengan baik... jd pada 7hb kul 8 mlm tu, mase yg lain sibuk bergambar di lobi hotel untuk dinner, aku g coliseum lama untuk majlis tu.. anjuran karyawan.. memang kire mcm weekly event la.. persembahan santai... aku nyanyi tiga lgu.. dlm 9.10 dah abis.. aku terus chiuao.....
Farah, Fahmin,Fairuz Sarah.. GEJOLAK team..!!!!!


ko rang nak tau, aku siap tukar baju dlm kereta ook.. berhenti je kat traffic light yg lama, aku tukar sume tu.. ahahahah.. sampai kan ade kete toleh menoleh ye... huh... aku tak kesah, yg penting aku nak g dinner.. smpai crown plaza hotel dlm 9.30.. aku tak terus naik, aku siap2 sulu kat parking tu.. panggil kawan aku mintak tolong pakaikan tux tu.... ahahaha.. giler leceh ar....

then aku pun terus la ke ballroom dia.. dan sunddenly, my room mate gve me satu paper kecil, bertulis fairuz, penerima anugerah tengku mahaleel.... OH MY GOD..!!!! dalam hati aku what the hell is this... tak sangla giler...!!! anugerah tertinggi untuk warga kolej pertama... aku selalu rasa tak berapa di pandang di kolej even aku dah buat berbagai, macam nak mati untuk kolej pertama ni... dan tetibe2 juga aku rasa mereka sebenarnye hargai apa sumbangan aku pada kolej... thanks guys..!!! really appreciate it... thanks hazuan.. puan ira.... dan semua yg membantu dah pernah berurusan dengan insan yg kerdil ni (tak kerdil sgt..!).


me in grey tuxedo?

dan sepanjang malam tu, aku hanya berfikir.. memikirkan layakkah aku memegang anugerah tu... sbb pada aku ia sgt tinggi.. aku tak terpk lansung untuk menerima anugerah tengku mahaleel ni.... tp apepun bersyukur kepada tuhan.....

Wednesday, March 4, 2009

I Need My Family..!!!!!




OMG..!!!! what the hell is this...!!! aku mcm nak giler bulan ni.... seriously, selama aku hidup hampir 24 tahun... bulan mac 2009 ni adalah bulan paling menganiaya bagi aku... korang tak dpt bayangkan betapa aku bznya... aku rasa if aku mampu bahagi kan tubuh aku, aku nak bahagikan tubuh aku kepada 3 bahagian..... ahahahahaah mungkin salah aku kerna tak sedia nak bz mcm ni... tp still aku rasa sangat sakit beerhadapan dengan semua situasi ni... korang nak tau apa jadual aku?


ok selain jadual kelas dan asgment yang berkaitan dengan study aku, aku jugge terlibat dengan final projek aku yang mana kami akan mempersembahkan persembahan teater yg kami sendiri uruskan from a to z... latihan berlansung pada tiap2 malam.... dalam masa yang sama aku terlibat dengan teater untuk kolej aku yang akan dipertandingkan dalam festival seni..... pada 19 atau 20 hb ni... selain itu, aku juga peserta nasyid dan juga jurulatih nasyid kolej pertama.. yang mana akan bertanding pada 26hb... seterusnya, aku adalah pengurus pasukan puisi dan merangkap jurulatih... yang akan bertanding pada 2 april.. aku tak dpt turut serta sebagai peserta sbb tarikh tu merupakan segalanya bagu aku apabila aku akan dinilai sebagai seorang pelajar yg mengambil seni persembahan.. bukan itu sahaja, aku juga wakil kolej untuk solo asli dan solo inggeris.... dan seterusnya aku adalah salah seorang peserta tarian asli yang akan dipertandingkan serentak dengan latihan teater aku di panggung taman budaya... tak termasuk lg tugasan kelas pemasaran yang mana aku terpaksa menjadi sekreteriat festival seni untuk melakukan kerja2 pemasaran dan promosi.. tak termasuk lg, tugasan kelas temuduga yang akan dibentangkan pada 4 april.... selain tu, aku kene uruskan berkenaan pertukaran pelajar yang melibatkan aku ke korea yang aku harus siapkan sebelum bulan 4.... seterusnya, aku juga sibuk dengan aktivi aku sebagai orang seni.. show, interview....


korang dapat tak bayangkan mcm mane aku nak bahagikan masa.. aku memang tak ckup masa.... jd dalam keadaan begini, aku nak sangt jumpe family aku... mak aku terutamanya.... tu je ubat untuk aku tenang... pluz. aku rindu sgt dengan anak sedara aku... seriously aku memang family man.... aku nak jumpe anak sedara aku sekarang gak.. diorang je mampu wat aku lupe tentang keletihan ni.. plz.. i need my family..!!!!!!

My mum..!!!! Puan Maimunah

Harith Hilmi

Ariff Adhza

Erdiena Syuhada

Erviena Syahira


OMG..!!! i miss them so badly..!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...