Wednesday, May 5, 2010

Apa Yang Aku Harapkan Untuk Besday Aku 1

hahaha.. ni aku saje nak create entri sempena bulan mulia ni.. heheeh saje je... aku wat wishlist enri tentang ape yang aku nak sempena bsday aku... so korang yang nak bg hadiah.. leh la pakat2.. sorang nak beli ape.. yang ni nak beli apa... hahahhaha... nanti tersama hadiah.. tak besh.. kan2... ok here is...

CAKE



ofcourse la mase ari jadi aku nak cake..!!! bcz of, im a big fan on choc... it must be choc cake... ehehehe.. aku suke yang lembap.. dilimpahi dengan saduran coklat lembut dan sedap.. arggg......... nak cake cokolat..!! kalau korang nak beli kat secret... hurmmm... indulgent pun ok..... choc mud pun ok.. taknak banana choc tau.!! hehehe.. demand lg ni..!!!!


Aku Seorang MAY-ERS... Kamu?


Perhatian..!! Entri ini agak melampau... jd diharap sume ngerti ia adalah satu luahan hati sahaja.. ehehe... diharap jangan la ada yang mengklasifikasikan aku dalam golongan materialistik ke.. plastik ke... tetikus ke.... plastisin ke... ok.. eheh.. ok jom start..!!! now dah 3 mei dah... aku biler masuk je bulan mei ni.. sahsah memang aku suke.. nape ek.. LAAA..!!! eheheh sbb nye dalam 29juta rakyat msia ni.. dan hampir 10billion manusia di muka bumi ni.... juga dekat2 300triliian unsur yang berjaya di kesan sekitar orbit kite.. korang ingat senang ke nak carik org yang lahir dalam bulan 5 atau may ni?.. (YEKE.!!) lgi2... 23 haribulan Mei.. lagi2.. 23hb Mei 1985...!!!. hanya yang bertuah sahaja tau.. contohnya... SAYA.. ehehe.. dan juga mak kepada ZAFFIRAH ZAINI... mak dia la tapi.. eheeh..

puas aku cari dan tanye ape gelaran untuk org2 yang lahir dalam bulan 5 ni.. kalai april mcm aprilian kan.. mcm tu la... tapi jawapannya... Eh sorry ar untuk May memang takde... lantas. aku dengan si "DIA" try nak mengcreate stu gelaran baru untuk manusia2 bertuah yang lahir pada bulan keramat ni... dan setelah dipersetujui oleh majlis besar raja2 senusantara.. kami bersetuju untuk menggelarkan mereka yang lahir pada bulan 5 sbagai

' MAY-ERS ' (created by Fairuz Selamat)

hehehe... jd to all MAY-ers.. happy birthday to all of you.. u know what.. we should be thankfull lahir bulan 5 ni.. sbb 5 adalah no paling best.. hehehe.. jd aku ucapkan selamat hari lahir kepada semua yang lahir pada bulan ini ya.. seingat aku time aku wat entri ini... kawan2 aku yang lhir bulan ni adalah.. FAIZ 1mei, FAIZUL 1mei, BLAIR 8mei.. MAISARAH 30mei.. tu yg aku teringat ar.. mesti ramai lg kan.. so jom.. kite gegar bulan mei tahun ni sempena menyambut kelahiran kite yang sungguh hebat.. heheeh

PRESENT..??

heheh itu satu kewajipan.. byk gak present yang aku harapkan.. ahakz... dan korang akan menemuinya pada entri akan dtg.. iaitu wish list aku.. aahahah haa.. actually every year.. i will buy something for myself on my birthday.. handphone, perfume, shoes... byk lagi.. and tak lupa gak this year... this year actually was my best la.. maksudnya.. hadiah dr diriku kepada diriku tahun ni paling MAHAL... hehehe... and it make me proud having it.. heheh... expensive and huge.. yes It IS..!!

and the present is......



TARAAAAAAAA....!!!!!!

hehehehhe... that is my new darling.... 2004?.. yeah.. just like my phone num... ops... heheeh.. buying something expensive like this... using ur own money... i mean totally by ourself... is like having the maximum level of satisfaction... hahahaah... jom ronda2 jom.!!!



Tuesday, May 4, 2010

Mengintai corat-coret AIM17- Sitizoners Mengganggu?


berikut adalah corat coret yang aku copy bulat2 dr mymetro... huhuh senum je aku baca pasal banner siti tu.. hahahaahah iyakan jek la... tp terbayag gak.. kalau takde zoners.. sah2.. malam hambar aim tu terus tawar hebeh bak kata org johor.... hehehehehe... senyum aje... jom layan..!!


SS pun turut berada di Dewan Merdeka, menonton Anugerah Industri Muzik Ke-17 (AIM17), malam kelmarin. Banyak pula yang SS dengar dan lihat tatkala berada di celah penonton sepanjang majlis berlangsung dan ketika 'post party'.

  • Kata Mawi sebelum ini, dia tidak tersentuh atau 'ambik pot' apabila kena boo di Arena of Stars tetapi ketika muncul menyampaikan trofi bersama Diana Danielle di AIM17, dia sendiri yang membuka mulut mengakui dia berdebar takut kena boo lagi. Patutnya, Mawi buat selamba sudahlah. Mawi juga nampak berada dalam dunianya sendiri dan tidak serasi dengan Diana.
  • Ramai juga mempersoalkan kenapa Bunkface mendapat Anugerah Kembara. Ada berpendapat Zee Avi lebih layak. Mungkin juga anugerah itu diukur bersandarkan pencapaian artis Malaysia membawa muzik kita ke luar negara berbanding artis itu beraksi dengan menyanyikan lagu karya luar.
  • Ada pihak berpendapat tindakan peminat fanatik SitiZoners membawa sepanduk rentang yang tidak sesuai dengan prestij AIM di Dewan Merdeka. Maklum sajalah, majlis bertemakan Black Tie, tapi sepanduk yang biasa kita lihat dalam stadium atau karnival pula dibawa masuk. Bagaimana agaknya kalau kelab peminat artis lain juga membawa sepanduk masing-masing yang sebegitu pada malam itu? Tentu AIM akan nampak macam funfair bukan? SS tak pernah nampak pun Academy Awards atau Grammy Awards kelihatan seperti itu. Lainlah kalau sepanduk bling-bling atau daripada kain baldu, barulah ia nampak mahal macam juga Siti.
  • Memang susah nak puaskan hati semua orang. Ada yang cakap, mutu persembahan AIM semakin menurun dan 'show' malam itu agak Citrawarna dengan konsep Melayu, Cina dan India. Penonton mahukan sesuatu yang lebih kreatif dan 'ethnic fusion' daripada konsep yang agak lama.
  • Ramai juga artis yang muncul agak lewat seperti Yasmin Hani. SS lihat Yasmin terpaksa ke hulu dan ke hilir mencari tempat duduknya.

  • Penonton di rumah tidak dapat melihat telatah spontan Adibah Noor dan Afdlin Shauki ketika laluan iklan. Antaranya, Adibah mengeluh kelaparan sebab tidak sempat makan dan turut mengusik rambut penari latar Vince macam sarang lebah. Adibah dan Afdlin juga sempat menyebut nama-nama artis yang menghilang dari kerusi mereka kerana terpaksa ke tandas.
SEKIAN..!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...