Saturday, May 9, 2009

Berakhir Kisah ku Disini




hari merupakan hari terakhir aku di kolej kediaman pertama, insyaallah.. yup.. 9hb mei 2009.. berakhir pengajian aku selma tiga tahun.. selama 6sem termasuk 2 sem aku dalam department musik, menjadikan 8 sem atau 4 tahun aku di universiti malaya.. merupakan kenangan terindah aku. aku mengukir satu demi satu sejarah di sini.. mencari seorang demi seorang sahabat dan teman.. dan sekarang meninggalkan semua itu... pernah terfikir, sudah cukupkan aku berjasa kepada diri ku disni, cukupkah aku berjasa kepada kolej kediman pertama ini, ckupkah jasa aku untuk universiti malaya ini... cukup teguhkah semangat persahabatan yang aku titipkan selama ini, ckup berfungsikah selama aku menjadi insan bernama kawan selama ini... terllau subjektif dan hanya mereka yang mampu menjawab. bagi diri aku, aku telah lakukan yang terbaik untuk kamu semua. aku yakin dengan itu..

selama 4 tahun kami semua bersama. apa saja yang kami belum lalui. menangis bersama... meraikan kemenangan bersama. merajuk bersama... malah berselisih faham. bergaduh... bermasam muka.. duduk sama2 mengumpat.. sama2 menyusahkan diri. study bersama... membina goal dan target bersama.. dan kini, saat ini, semua itu akan tinggal menjadi sejarah. sejarah yang cukup manis untuk dikenang. sejarah yang pasti membuat air mataku jatuh berlinangan walaupun bibir manis menguntum senyuman.. iya.. aku akan pergi.. kita akan pergi sahabat.. kaki kita semua akan melangkah menuju destinasi yang berbeza.. pulang ke pangkuan keluarga masing masing, dan kita akan berjauhan. dan kali ini bukan untuk seketika.. kerna mungkin tiada kesempatan lagi untuk kita bertemu.. namun, harapan itu ada. aku percaya tentang itu. aku percaya persahabatan bukan dibina untuk tempoh tertentu. persahabatan adalah perkara yang dibentuk dan takkan dapat dimusnahkan. andai kata ada harapan untuk kita semua, kita akan kembali ke tanda ini. untuk bersatu seperti dulu.. walau mungkin pada ketika itu, segalanya telah berbeza..

aku sebenarnya tewas... aku tewas menjaga air mataku ini dari jatuh berlinangan.. terlalu banyak keindahan yang datang ketika aku di sini.. 4 tahun di um ni, aku rasakan semua nya. semua yang takkan aku dapat di luar nanti... satu fasa kehidupan yang terlalu indah untuk aku gambarkan. apa aku boleh simpulkan, disinilah bermula kehidupan paling indah untuk aku.... selepas ini, kita kan berada di dalam satu lagi fasa berbeza.. ya kita kan tetap bersama ke akhirnya, tetapi aku pasti akan merindukan situasi ini. dimana aku berdiri sebagai seorang remaja, pelajar, kawan, sahabat.. selepas ini aku masih lgi kawan dan sahabat, tetapi arah dan fokus kita akan berbeza...

kawan-kawan semua... aku terlalu sayangkan kamu semua... usah dibicarakan lagi kepahitan dlm perjalanan yang kita lalui.. jangan diungkit betapa hati aku telah kamu musnahkan, jgn di kenang air mata aku yang deras mengalir kerana kamu, dan jangan sesekali mengingatkan aku tentang betapa aku telah menyakiti kamu semua.. kerna... semua itu sejarah yang paling manis pernah aku rasa... aku ingin mengenang yang kamu adalah sebahagian diriku.. sebahagian yang membentuk aku menjadi apa yang aku ada sekarang ini. kamu adalah tapak untuk aku berdiri tegap.. kerna kamu aku berjalan tenang, kerna kamu semua bebanku terasa ringan.. kerna kamu, aku menjadi insan yang lebih baik dr semalam..

aku tak mampu nak membiarkan kamu semua terpinggir dari sanubari ku. ya aku terlalu sayang kamu semua... sahabat, aku mohon beribu kemaafan untuk segala yang terucap, tertindak, dari diriku. sesungguhnya berdiri nya aku sebagai fairuz selamat, adalah sebagai insan yang terlalu banyak kekurangan. dan adakalanya dalam aku cuba menutup kekurangan itu., banyak hati yang aku lukakan tanpa aku sedar.. aku memohon seribu kemaafan sahabat... aku yakin.. aku tidak sengaja berbuat itu. kerana apa.. kerana kamu juga adalah diri aku.. setiap kali aku melukai kamu semua, setiap kali itu juga aku merobekkan luka di tubuhku sendiri. aku mohon ampun sejujur dan seikhlasnya...

iwe, aish, farul, nina, fazren, iswazir, elia, ain, alia, hatta, izwan, ejin, shima, syafik, hadi, yan, huda, yuyu, farah, diyana, nana, al amin, hazuan, ika, ein, afi, ate, farah, nani, nasrul, ron, syakirin, ita, sham, dayang, dilla, nisa, kak umi, ain sahil, ashrin, miza, shamsidar, haris, faryz, izat, amer, aidil, nabila, fina, adik, zihan, eddy, aini, mira, ila, shafri, casey, adi, addelle, yi jing, meiling, tiam tong, siew boon. sylvia, dina, esther, monica, jac, suziana, nana, alex, simon, all juniors, jemey, natrah, zana, farah, reen, che, izul, kak nani, puan rose, en sab, en fendi, kak ha, kak jaa, puan eleezaa, master sabri, apple, aly, syafizal, pat, mai, apip, fayad, kicap, kalong, zack, puan kasmah, master woo, puan ira, jun, ezi, hafiz, hafizudin, ainaa, farhana, faizul, atie, biyan, akie, roy, suriani, suhal, aiman, zaff, aqmaal, piek jin, michael, eta, zaim, jim, raihan, fahmin, mamak, cik mat, hazren, etty, jaja, zain, zaidi.. dan semua kenalan aku di UM atau semenjak aku di um.. maaf.. banyak lgi nama yang aku tertinggal...

aku sayang kamu semua... aku harap air mata aku ini terbalas dengan kenangan indah kita.. ckup lah kalau kamu mengingati insan seperti aku ini walau seketika.. itu sudah memadai.. semoga berjaya kepada kamu semua... ingat, aku takkan pernah melupakan kamu... aku akan mendoakan segala yang terbaik untuk kamu semua.

Andai air mata mampu menggantikan semua, aku rela menangis sehinga mata ini tidak berdaya lagi...

aku tinggalkan secebis lirik yang aku kira ckup indah.. hanya untuk kamu, sahabat...

Aku sekarang
Adalah bahagian dari masa laluku
Aku pernah pergi
Meninggalkan dirimu jauh
Melupakanmu

Tapi lihatlah, diriku rapuh
Tanpa dirimu tiada ertiku
Hebatnya engkau
Tak sedetik pun
Pernah kau meninggalkan diriku
Ku sedari...

Kerana dirimu
Ku mampu berdiri tegar
Walau seberat apa pun
Beban di hadapan ku kini

Kerana cintamu
Ku mampu berjalan tenang
Sesulit bagaimana pun jalan
Yang ku lalaui nanti

Pasti hanya dirimu
Kaulah segalanya
Ku jaga selalu
Satu cintamu...
selamat tinggl Pusat Kebudayaan, Kolej Kediaman Pertama, dan Universiti Malaya.. kita akan berjumpa lagi dalam arena yang berbeza.. selamat tinggal..

Friday, May 8, 2009

Aim Tak Relevan Kerana Siti?


hari ni aku baca kosmo on9, dan aku terbaca tentang satu artikel yang mengatakan adakah AIM atau anugerah industri muzik masih lagi relevan untuk dianjurkan. aim yang dilaksanakan bermula 1994 diobjektifkan untuk memartabatkan penggiat-penggiat seni tanah air dikatakan sudah tidak lagi relevan. ini link dia. KOSMO. dikatakan anugerah ini sudah tidak lgi berprestig. tolak rencana-rencana yang diutarakan tu, kita baca secara general, subtextnya kepada artikel ini hanyalah "tahun depan siti tak payah bertanding"....

"Kemenangan anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu selama 10 kali seolah-olah kita hanya ada seorang sahaja penyanyi wanita iaitu Siti. Tahun lepas Siti, tahun ini Siti, tahun depan pun Siti lagi. Siti, Siti dan Siti. Tanpa sedikitpun menyalahkan Siti yang sudah layak dilabel sebagai 'penyanyi terunggul', atau apa saja, dia sememangnya layak berada di para paling atas, tetapi bagaimana dengan nasib penyanyi wanita lain? Apakah mereka langsung tidak ada kehebatan sehingga 'dipulaukan' AIM?"
"Hakikatnya, ada yang bercakap, Siti sudah selayaknya digelar ikon di negara ini, maka dia tidak perlu lagi untuk bertanding. Cukuplah seluruh negara mengetahui kemampuannya yang sukar untuk diganggu-gugat.
"

saya peminat siti.. dan penulisan ni dibuat kerana saya adalah peminat siti.. tp jgn risau, penulisan ini masih lagi berjalan diatas landasan yang "relevan".taknaklah dikatakn menjadi peminat yang buta... ok, aim dianjurkan untuk menilai mereka yang terbaik DI MATA JURI.. jadi, perkara pertama yang harus dilihat sebagai kayu ukur yang terbaik untuk menilai ke"prestig"an aim adalah jurinya. adakah jurinya dikalangan mereka yang terbaik?.. adakah mereka yang bertauliah.. adakah mereka yang peka dengan perkembangan muzik serantau?.. adakah mereka yang sedar dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.. Siapakah mereka?.... tak tahu..

"Jangan terkejut kerana di Indonesia, bila-bila masa sahaja nama-nama besar boleh dibenamkan dengan mudah oleh penyanyi baru kerana kualiti kerja mereka dalam sesuatu masa. Ia membuktikan bahawa dari semasa ke semasa Indonesia selalu melahirkan muka baru yang lebih bagus daripada Rossa, Kris Dayanti atau Agnes Monica.

Bukankah orang yang layak perlu diiktiraf walaupun baru sehari menyanyi? Itu tidak berlaku di AIM."


Kedua.. Aim sudah meletakkan syarat2 tertentu kepada artis hebat yang lain untuk menyertai Aim... melihat kepada kepayahan industri untuk berjalan.. apatah lagi tak mampu untuk berlari, AIM merendahkan "kuota" mreka.. single boleh, album penuh 5 lgu pun boleh.. jd apa lagi yang aim harus lakukan untuk memastikan "semua" artis terlibat dlam aim.. ini antara sebb kenapa aim dilihat hilang nilainya.. kerana apa... kerana aim tunduk kepada keadaan... tunduk untuk menagih artis supaya join dalam aim... jadi perkara ini berbalik kepada indusri, kepada peminat muzik seni tanah air, kepada stesen radio dan tv yang asyik nak pasang muzik luar, kepada artis yang susah nak hidup dalam industri muzik malaysia ni.. itu dia.. aim terpaksa merendahkan nilainya untuk "MEMOHON" artis menyertai aim. harus kita berterima kasih kepada jawatankuasa AIM di atas perkara ini... tgok di negara luar... anugerah nya sudah digaris sebegitu.. artisnya?.. ko nak join ko buat mcm tu.. tak buat mcm tu, artis lain byk lgi boleh join... itu sebenarnya yang tak berlaku di aim.. kita jangan salahkan siti kerana dalam kelembapan industri, siti adalah satu-satunya artis yang terus gigih menerbitkan album yang berkualiti. misha omar amik berapa tahun untuk kuarkan album?.. ziana zain biler nak kuar album?.. mana album adibah nor dan jac?.. sume tengah perit nak kuarkan album....jadi apabila saban tahun siti tercalon, ini bukan kerana aim atau siti sendiri menutup peluang kepada artis lain, tetapi artis lain yang tak mampu nak sampai ke situ. artis lain yang tak segigih siti, atau artis lain yang tak berpeluang untuk menghasilkan album. dan andai siti layak untuk anugerah itu... bg jek la.. pengadilan yang telus..

lihat untuk katagori vokal terbaik.. kenapa ditukar penilaiannya kepada vokal terbaik "dalam lagu".. kenapa?.. kerana berapa kerat sangat yang buat album?.. klau tak ditukar... memang siti jek la sorang2 yang tercalon.. jd penukaran itu juga sebenarnya dilihat untuk memberi peluang kepada artis lain untuk join.. kalau tak... takdenye shiela tu, takde ayu tu, takdenye bob tu.... sekali lagi tq to aim kerana membuka pintu ini... jd kenapa harus di fokus kepada siti... yaa... artikel itu ada mengatakan tidak menyalahkan siti.. tp apabila kemenangan siti itu dijadikan berita utama.... sedkit pelik lah ya.. Hurrmmm ada ke yang menafikan siti itu bagus?.. kalau ada mereka yang tak mahu siti menang pun, hanya kerana mereka tak minat siti... jd bagaimana?... untuk kembalikan prestig aim, artis sebagus siti harus "dipastikan kalah"?., setiap tahun artis yang sama tidak boleh menang?....


"Kalau begitulah gayanya, maka sampai bilakah penyanyi sedia ada dan muka-muka baru hendak rasa pegang trofi keramat itu walaupun mereka juga berbakat besar dan bersinar dalam industri seni".

dalam keadaan sekarang bukan sewajarnya mereka mempertikaikan kemenangan di aim.. tetapi kita harus membuat satu pendekatan untuk memastikan orang ramai menghargai insan insan seni, seterusnya melestarikan industri kita.. kerana nilai aim sekarang ini jatuh bukan kerana pemenang atau penjuriannya, tetapi tempias dek kelembapan industri kita. itu tugas kita.. kaji balik apa yang kita sudah lakukan untuk industri... kemenangan siti dilihat relevan dan seperti membayar balik sumbangan bsarnya kepada perjalanan industri muzik tempatan. dan sekarang tugas kita untuk memastikan masyarakat percaya dengan bakat dan insan seni negara kita. bukan menggali lubang dalam industri sendiri yang akhirnya menjerumuskan kita balik.

mahu dibandingkan dengan grammy atau indonesia?.. relevannya...pengikut muzik indie?.. atau peminat setia peterpan?.. atau penonton setia american idol?... pada saya kita ada orang kuat dlam industri yg diiktiraf di mata dunia. kita ada penggiat seni yang masih lagi wajar dibuat panduan.. apa RELEVANnya kita nak bandingkan dengan anugerah di negara orang?.... ingat lagi kemenangan Macy gray di grammy?... anda nilaikan.. suara seperti macy gray itu layakkah diiktiraf sebagai vokal terbaik?... kemenangan artis baru di indonesia... lihatkah anda bagaimana press disana menutup pintu untuk artis luar masuk bagi memastikan artis mereka maju...?.. yang mana kita boleh artikan sebagai semangat nasionalisme mereka dalam menjaga maruah industri mereka...?... kita juga harus ada semangat nasionalisme itu.. kita semua penggemar seni ini..

sebenarnya.. aim msih lagi relevan.. dan kalau nak dipertikaikan kemenangan di aim, bukan siti sahaja.. tetapi BANYAK lagi... kalau kita mengikuti rentetan aim ini sejak 1994.. saya rasa kita maklum dengan isu seperti ini. iya, dahulu, kalau bahagian teknikal, susunan terbaik la, cover album terbaik la...syarikat rakaman ini, ini. dan ini punya... kalau bahagian vokal, lagu terbaik pulak, ini, ini ini punya..... dr dulu lagi la.. bukan VOKAL TERBAIK WANITA sahaja... kemenangan dalam aim seperti berpola.... tiba tiba tertanya di dalm hati, kenapa lentera timur tak tercalon untuk kulit album terbaik?.. kenapa hujan menang lagu rock terbaik dikalangan lagu lain yg hebat.. kenapa aizat menang vokal terbaik mengenepikan vokal reshmonu dan bob yang ternyata bagus... jgn dipertikaikan, kerana penjuriannya telah dilakukan oleh mereka yang bertauliah. tapi ia tidak disebut.. kerana ia bukan SITI YANG MENANG... ye la. 10 kali pegang vokal tebaik.. itu sesuatu yang LUAR BIASA.....

jadi kesimpulannya... yea.. aim masih lagi relavan.. dan sebagai satu satunya anugerah terawal yang mengiktiraf tenaga seni dalam konteks terbaik.. ia akan terus relevan. perubahan yang dilakukan dilihat sbg ingin menambah baik kan lagi aim... justeru, KITA sebagai wahana menyampaikan maklumat kepada masyarakat yang sememangnya mempunyai pengaruh tersendiri, mereka harus lakukan sesuatu. usah bangkitekan berbagai persolan kenapa itu dan ini....

TAPI TANYA APA YANG KITA TELAH LAKUKAN UNTUK INDUSTRI..

peace kepada mereka.. ..


note:

analogi dr Syahmi.. (tq bro).. same jek mcm kite belajar dr darjah satu dlu, sape yang pandai akan selalu dapat no 1... di nilai dr semua subjek.. dah layak, dapt la kan?
  1. siti, teruskan usaha menerbitkan album berkualiti
  2. artis lain, teruskan usaha, bakat anda akan dinilai seandainya rezeki itu telah ditetapkan
  3. aim. kredit kepada penganjur.
  4. masalah ini harus dikaji oleh semua pihak
  5. kdt juga kepada wartawan faizal saharuni kerana membangkitkan hal ini. sedikit sebanyak membuka mata kita tentang masalah di dalam industri.

Thursday, May 7, 2009

Trip Ke Pangkor Yg Berduri Dalam Selesa


ps: entri ini panjang..!!!

aku mulakan dengan pengenalan dulu lah ya.. hahaha.. actually plan ke pangkor di keluarkan oleh aku, dan classmate aku Yi jing dan Adelle... hehehe.. we r allready in our final semester.. meaning to say, this will be our last gathering.. or.. yup.. i can our last.. sbb nya.. kami sume akn balik hometown masing2 la.. huwaaaa... jadi plan punya plan.. tarikh punya tarikh.. tolak exam sume... kitorang decide pergi pada 29hb dan balik pada 1 mei.. 3 hari dua malam.. ehehhe... wat pa nak lama2... heheeheh... jadi setelah dipersetujui, kami sume 10 org pelajar dan 2 org lecturer pun ok jek.. tp aku yijing dan sorang lg lectrer gerak trip lain.. sbb kami ade show siang 28hb tu... aku nak citer yg trip aku la ni ek.. eheheh

ok aku, Yi jing, dan Bapak Indra (Pensyarah), gerak dari kl pada pkul 3 petang.. sampai ke teluk intan dalam pkul 5.30.. kami terus amik teksi untuk ke lumut iaitu kite jeti lumut la senang.. sampai sane dlaam pkul 7.30 sbb kami gerak dari teluk intan dlm kul 6 lebih mcm tu... then kitorang amik feri pkul 8.10... sampai ke pulau pangkor dlam pkul 9.. ehhehe..terus amik van.. dan dia anta kami ke umah kami.. heheh chalet kami la... namanya Zek Pink Chalet.. ahahaha... ok kos... teksi dari teluk intan ke lumut, rm70... ticket feri rm5 one way... teksi@vam tu.. rm15 dr jeti ke chalet... hehehe...

sampai2 jek.. kami terus masuk blik, mandi2 salin baju terus gerak d kedai makan tepi pantai tu.. mase tu yang lg 9 orang dah sampai dah.. diorang tenagh dinner mase tu.. tau tak.. agak zalim la.. sbb kami kan sampai lambat.. mereka2 yang dah sampai awal tu siap leh dan mandi pantai sume.. dah buat sume aktiviti.. zalim giler... masa makan malam tu, diorang leh bukak kamera.. siap tunjuk gambar2 nye.. giler jahat.. kami bertiga yg lewat sampai ni panas jek.. sbaar.... esok masih ada. heeheheh... aku lak.. sbb tengah lapa... jd aku tak amik pot sgt.. yg penting aku makan nasik goreang kegemaran aku dengan lagaknya.. hehehe.... snap! snap! snap.!

malam tu.. kami memang kirenya berhabisan bergumbira.... ok untuk pengetahuan umum dan juga FARHANA, heehhe, kami tempah dua bilik besar.. satu untuk lelaki, dan satu untuk perempuan.. mana leh campur... gilerr kene tangkap basah kang.. ahahah.. hehehe jd pada malam hari pertama tu.. kami duk sebilik, bual2.. cerita tentang perkara2 yang best spanjang kami ada kat UM tu.. hehe sambil main UNO, main Tower Up.. hehehe.... then kami semua balik bilik masing2 dan tidor dalam pkul 3 mcm tu.... TETIBA.......


pkul 3.50 mcm tu.. sedang kami tido.. budak pmpuan kol.. ADE ORG LELAKI MASUK BILIK..!!!.. omg..!! aku mse tu terus bangun.. tp aku tak pgi ke bilik pmpuan.. sbb budak laki yg lain dah pg.. aku jage blik jap.. then sume dah reda sket.. kami pun gather... yup.. betol.. ade org masuk blik pmpuan..!!! menakutkan kan... mcm ni.. ade sorang budak pmpuan ni terjage dan terus nampak ade orang lelaki dalam blik tu.. then org tu terus lari lalu tingkap... cuak giler... then lepas kems2, dua anset ilang, dan duit 6ratus... juga bebrapa helai baju budak perempuan.. yang kitorang masih tertanye2, macam mane dia boleh masuk.. sbb tingkap tu takleh bukak dr luar.. kkalau nak bukak kene cungkil.. mesti bunyi nye.. tu kitorang agak ni mesti pukau... so dlm sejam dua gak kami semua mcm terpaku dengan apa yang berlaku.. terus kami hugungi pehak pengurusan.. dan tau tak.. chalet tu hanya dijaga oleh seorang budak perempuan..!! sian dia.. takut dia... then kami mintak tukar blik.. kami dpt tukar bilik yang kembar.. sebelah2 jek blik lelaki ngan perempuan.. tingakap sume kami ikat pakai dawai.. hahaha..

esoknya.. kami sume bangun.. tp tau tak.. masa ni kami dah tak pk sgt pasal hal mlm td.. emmang pk, nak wat report sume, tp kami taknak bnda yang dah terjadi ni efek mood kami.. yela.. dah la nak cuti, dah lama plan lak tu.. so show must go on.. ehheehe... kami pagi tu cek segenap blik.. kunci, ikat semua tempat.. eheheh nak bg selamat la kan.. hahaahah

ni lah dia keadaan sejurus sebelum oerkara itu berlaku.. kami bersuka ria tanpa menjangkakan perkara itu akan berlaku....


padi hari kedua... pagi tu kami semua gerak dr bilik agak lewat la.. dlm kul 11 mcm tu.. then terus g carik kedai makan.. heeheh.. sarapan apa yang patut.. aku makan nasik lemak ngan teh o panas dua cwan.. then.. bincang2 nak wat ape... ehheehe snorkling..!!!! bnda yang aku tunggu untuk wat... kami g snorkling dlm kul 12.30.. thank god sbb hari tu memang tak panas.. jut nice jek... eheheh kalau tak memang dah hitam la kulit aku ni.... aku sgt la suke snorkling ni... memang dah lama aku nak wat.. mase mule2 tu agak pelik ar nak pakai pebenda tu.. ahahah.. aku tak suke pakai life jacket tu.. ganggu badan ar.. since aku pandai berenang, aku pun snorkling guna tiub tu jek.. seronok giler time bagi ikan2 tu makan... beribu ikan datang makan.. memang sram.. aaku terbayang jek ikan tu jd rakus dan terus ratah badan aku.. uwaaaa... takuuttt...


monkey beach... dan gmbar di bawah.. aku sedang mencari baju yg dicuri oleh sang monyet atau sang ombak.. waaakkakaak.. mcm tarzan kan?

then lepas snorkling.. kami g lepak kat monkey beach..!!! waaa.. best.. ade satu paip dr air gunung.. memang dingin n sejuk giler mandi kat situ.. pantai dia sgt bersih... pasir dia halus n puth... memang best ar pantai tu.... aku bukak baju jap sbb baju aku penuh ngan pasir.. then aku mandi2 la kat pantai tu.. tetibe.. dtg monyet korang tau.. dan monyet tu nak kejar kami.. apa lagi.. bertempiaran ar masuk air.. ahahahah.... memang menakutkan.. dan tau takk..!!! BAJU AKU KENE CURIK..!!! zalim giler... terpaksa aku balik ke chalet tanpa baju..!! memang jahat giler.. jaga ko monyet.. nanti aku dtg aku tuntut balik.. sayang baju tuh..!!!! hahaah.. then kami main banana boat la.. memang best ar.. sbb pangkor air sgt jernih arr.!!! best.. wat aktiviti air memang best.. air dia bersih.. cuma masin sket ar air dia... lbh masin dr port dickson...




different faces of us..!! showing our happiness...

then balik kami semua lepak blik jek.. sbb giler penat kot.. sume dah mcm zombi dah... ahhaahah tp kami still lg bersemangat,... mlm tu kami wat bbq.. eheheh.. memang best time ni.. sume mcm satu team yg sgt rapt.. suap2 lagi.. waaa.. best.. kami masak ayam, sosej, ikan, udang... best2... makan ngan sos bbq ngan cili.. ehehehhe memang time mcm heaven.. dengan angin laut lagi.. hehehe.. kami semua mcm dah taknak pisah dah.. eheheheh.. hheeheh.. then abis jek.. mlm tu kami lepak blik tak lewat sgt.. sbb masing2 penat kan.. bleh tak sebelum pg bilik masing2.. mase kami lepak2... leh la plak wat pillow talk.. tau tak soalan dia..!!! FAIRUZ, BILER KO NAK CARIK AWEK.. giler la soalan tu.. terbongkar rahsia rahsia aku.. ahahaha... ape rahsia tu.. teettt...ahahahah..

udang bakar..!! sedapp..!!!

sosej..!!! laparrr..!!!

heyy..... ape muka ni.. ahahaha.. thats me..!!

adelle.. u manyak seksi la... lain kali tutup sket... ehheeh

hari ketiga.. hari terakhir.. tak byk sgt aktiviti.. lepas sarapan pagi, kami jalan2 area situ, sape nak shoping sket2... then shoping... dalam kul 2 mcm kami gerak ke jeti pangkor.. tapi tak terus naik feri.. kami sume shoping2 lagi kat situ.. takde sgt pun.. budak2 banyk beli ikan masin la.. sotong kering la.. aku tak makan sgt2 bnda2 mcm tu.. heeh... then kami terus naik feri.. best2.. sbb kami dpt outdoor nye.. then leh rasa laut.. amik2 gambar sume.. siap main uno lgi.. ahahahah.. sampai jek ke jeti lumut, kami shoping lagi.. eli baju sket mcm tu.. eheheh.. sbb bus kami balik kl kul 5.. jd jalan2 dlu.. makan kfc sume.. ahahahah.. then kul 5 kami naik bus.. naik jek bus, aku tak banyak ckp.. terus tidorr..!!! yeehaaaa... haah. sampai dalam kul 9 lbh mcm tu..then tau tak.. sampai2 jek.. kami salin baju sume, then g makan dlu.. kali ni mek nani nak belanje.. time ni sgt sdh la.. kire pasni kami dah susah nak jumpe.. masing2 dah berpisah dah.. uwaaaa..



before leaving pangkor... leaving our memories.... see the 2nd photo, do i look like samseng playing card?.. ahahhaah


ok tu jek entri kali ni.. byk lgi aktiviti yg aku tak smpat nak tulis.. sbb time aku tulis ni jam menunjukkan pkul 5.08 PAGII..!! ahhaha.. apepun aku sgt seronok dengan trip ni.. kire trip perpisahan ni berjaya... tq adelle, yijing, mira, simon, meiling, kak nani, bapak, adi, alex, shafri, ila... makasih sume..!!! having so much fun wit u guys... hope to join all this activiti lgi ngan kamu semua..!!!!

PANGKOR IN MEMORY...!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...